Rabu, 21 Oktober 2026

PENCERAHAN KES ADAT


PENCERAHAN

 KES ADAT NEGERI 9

KHALAS 

PROJEK SALAH BENDERA


KAH KAH KAH

JANGAN RISAU

JANGAN TAKUT

KAH KAH KAH

SEBELUM PRU16

BOLEH BUAT

SALAH BENDERA

KAH KAH KAH

KHALAS

Hadi Awang dakwa ketakutan sedang 


memuncak di pihak kerajaan


PAS mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) melalui suatu notis yang dikeluarkan semalam dan akan mengambil tindakan mahkamah bagi mencabar keputusan itu.

Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata, parti itu kesal dengan keputusan terbabit yang dilihat mendahului keputusan mahkamah serta menghadkan hak demokrasi yang dijamin Perlembagaan.

“(Ini) sekaligus memperlihatkan ketakutan yang sedang memuncak di pihak kerajaan.

“Tindakan di mahkamah bagi mencabar keputusan ini akan diambil secara bersama dengan parti-parti PN yang sehaluan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, RoS mengesahkan pembatalan pendaftaran PN selepas mendapati penjelasan dikemukakan gabungan itu gagal menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.

Menurut RoS, keputusan itu dibuat di bawah sub perenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) selepas meneliti keseluruhan dokumen dan representasi dikemukakan PN pada 12 Oktober lalu.

Pada 23 September lalu, RoS mengantung semua kegiatan PN mengikut Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) susulan notis dikeluarkan kepada PN pada 22 September lalu.

PN menerima notis RoS bertarikh 22 September lalu yang memberi tempoh 30 hari kepada gabungan itu untuk mengemukakan penjelasan mengapa pendaftarannya tidak patut dibatalkan.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi turut mengesahkan segala aspek pentadbiran dan pengurusan PN dijalankan secara teratur mengikut perlembagaan parti.

“Keharmonian dalam kalangan parti anggota amat utuh, kecuali satu pihak yang telah menyisihkan diri dan berpaling arah,” katanya yang jelas merujuk kepada Bersatu.

PAS dan Bersatu - dua parti utama dalam gabungan PN - gagal untuk bekerjasama pada Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan, sebelum ini - dan dijangka akan bertembung lagi pada Pilihan Raya Negeri Melaka, pada 14 November ini.

Gabungan pembangkang itu yang dikuasai PAS sudah beberapa bulan meminggirkan Bersatu dan pada masa sama gabungan tersebut mendekati Umno.

Abdul Hadi berkata, selain tindakan mahkamah, langkah seterusnya PAS adalah persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada 14 November ini.

"PAS menghargai sokongan ahli, penyokong dan pengundi atas pagar yang mengharapkan berlaku perubahan dalam kepimpinan negara.

"PAS juga menyeru semua pihak untuk menghormati undang-undang dan lunas demokrasi," katanya lagi







 

PARTI AMANAH MULA BERSUARA


PARTI AMANAH

DAH  BERANI

BERSUARA

AMIN

PARTI  POLITIK

YANG TERUS

TIMBULKAN

MAFIA KORPORAT

AKAN DAPAT 

UNDI RAKYAT

KHALAS 



AMANAH desak laporan penuh siasatan dakwaan mafia korporat didedahkan

KUALA LUMPUR : Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu laporan penuh pasukan petugas yang ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kewujudan mafia korporat didedahkan kepada rakyat.

Timbalan Presiden AMANAH, Mujahid Yusof Rawa, berkata pasukan itu perlu mematuhi tempoh tiga bulan siasatan ditetapkan dan jelaskan dapatan, tindakan serta pihak bertanggungjawab.

Beliau berkata, siasatan perlu dilakukan secara bebas tanpa konflik kepentingan, dengan mana-mana individu atau agensi yang dikaitkan dengan dakwaan tidak boleh mempengaruhi proses siasatan.

"(Siasatan perlu) berdasarkan bukti, bukan spekulasi. Setiap dakwaan mesti diuji secara profesional tanpa menghukum sebelum proses undang-undang selesai.

"Jika terdapat bukti, dakwa tanpa memilih bulu serta tutup kelompongan undang-undang yang memungkinkan manipulasi korporat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam,  Anwar bin  Ibrahim memberi komitmen di Parlimen siasatan kes mafia korporat tidak akan ditutup, selain menegaskan tiada pihak akan dilindungi dan laporan lengkap akan didedahkan kepada umum dalam tempoh tiga bulan.

Beliau berkata, terma rujukan yang jelas dalam siasatan juga perlu bagi memastikan siasatan dilaksana memperoleh keyakinan rakyat.

"AMANAH menyambut baik keputusan  Anwar bin  Ibrahim, menubuhkan pasukan petugas pelbagai agensi diketuai Peguam Negara bagi menyiasat dakwaan kewujudan mafia korporat.

"AMANAH menyokong ketegasan Perdana Menteri dalam menangani hal ini. Siasat tanpa takut, dedahkan kebenaran dan bertindak tanpa memilih bulu," katanya.

Beliau berkata, isu itu bukan sekadar mengenai beberapa individu, sebaliknya menguji sama ada kuasa ekonomi boleh memperalatkan institusi, mempengaruhi penguatkuasaan dan menafikan hak pemegang saham serta rakyat.

RAMAI DUIT RASUAH


MAMAT INI

BUKAN SAJA

RASUAH

DIA KURANGKAN

DANA NEGARA

KHALAS 

SPRM reman penjawat awam disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30 juta


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30 juta daripada beberapa buah syarikat sebagai balasan membantu mengurangkan bayaran cukai taksiran berjumlah RM140 juta.

Sumber SPRM berkata, perintah reman selama enam hari sehingga 26 Oktober itu terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Menurutnya, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu telah ditahan kira-kira jam 12.30  tengah malam tadi ketika bersembunyi di sebuah hotel di sekitar Lembah Klang.

“Siasatan awal mendapati suspek yang juga merupakan Pengarah Unit disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2025 hingga 2026,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009. –

TAK MASUK AKAL


KAH KAH KAH

APAKAH INI

MENUJU SALAH

BENDERA

KAH KAH KAH

LAWAN WAZE

TAK MASUK

AKAL KERANA 

BLACKROCK

DAH BELI 39

AIRPORT 

MALAYSIA

KHALAS



Kerajaan larang penjawat awam guna Waze serta-merta

KUALA LUMPUR – Kerajaan melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN).

Arahan itu dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Shamsul Azri Abu Bakar menerusi surat edaran kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Jabatan Persekutuan, ketua pengurusan badan berkanun Persekutuan, Setiausaha Kerajaan Negeri serta ketua pengurusan pihak berkuasa tempatan.

Menurut surat edaran itu, keputusan berkenaan dibuat dalam mesyuarat JKSN Bilangan 3 Tahun 2026 pada 20 Oktober lalu yang dipengerusikan  Anwar bin Ibrahim.

Larangan itu diputuskan susulan aplikasi navigasi berkenaan yang menurut surat tersebut berpangkalan di Israel.

Sehubungan itu, semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan diarahkan memaklumkan keputusan berkenaan kepada pegawai di bawah seliaan masing-masing, termasuk agensi dan jabatan berkaitan, bagi memastikan pelaksanaannya serta-merta.

“Sebarang pertanyaan atau keperluan penjelasan lanjut berhubung pelaksanaan arahan ini bolehlah dikemukakan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, selaku agensi penyelaras bagi perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KSN turut meminta kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi bagi memastikan arahan itu dipatuhi sepenuhnya.

Semalam, Anwar bin Ibrahim berkata, kerajaan menggalakkan orang ramai menggunakan aplikasi tempatan TuJu, yang dibangunkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebagai alternatif bagi keperluan navigasi jalan raya.

Langkah alternatif itu dicadangkan berikutan risiko keselamatan maklumat dan data pergerakan rakyat susulan penggunaan aplikasi Waze yang terikat di bawah undang-undang Kerajaan Israel.

Beliau berkata perkara itu antara dibincangkan sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bil 3/2026 bagi meneliti perkembangan ancaman siber serta memperkukuh kesiapsiagaan dan kedaulatan digital negara hari ini. –

IRAN AKAN DI SERANG ?


4 NOV 2026

PRU DI AMERIKA

AMIN

IRAN AKAN DISERANG

SEBELUM PRU?

KHALAS 

KUNYIT DAH ADA KARTEL - AWAS !!!


BERAWAS

KUNYIT DAH TUBUH

KARTEL

AMIN 

MUSUH UTAMA NEGARA IALAH RASUAH


MUSUH UTAMA

NEGARA IALAH

RUSUAH

AMIN

MUSUH UTAMA

KITA IALAH

ANWAR

BIN IBRAHIM

KERANA 

DIA PILIHARA

AZAM BIN BAKI

KHALAS 


Unknown commented on
 "TOLAK ZOO - TEMPAT HAIWAN
 DALAM HUTAN"

Wei makanan di zoo pun orang-orang kita curi, kesian binatang di zoo woit, dah lah dikurung makanan dia pun engkau orang sapu, apa punya bangsat ? Kah kah kah kah


Unknown commented on 
"SELAMATKAN KTM DARI CUKONG"

Pertama sekali kena selamat diri dari pemimpin Melayu yang perasuah songlap curi duit sakau duit rakyat negara kah kah kah yang lain akan selamat, pencuri dibebaskan disimpan di rumah bukan penyelesaian tetapi penyakit rasuah merebak sampai kaki woit kah kah kah kah


Unknown commented on 
"POLIS TAK SIASAT SAPA BUNUH"

Betul betul betul, zaman sekarang polis berjaya menjaga scammer, memberi perlindungan memberi peluang meneruskan operasi scam orang, manakala mangsa scam pula dituduh, mangsa atas nama kaldai akaun, mangsa tidak tahu scammer guna butiran mereka pun, inilah polis cemerlang, 

apabila jumpa penjenayah jadi kawan, dapat masuk bulan lagi kuat pegangan tangan erat hubungan kah kah kah memang terpaling haprak jenama sebegini, majoriti begitu, tak siasatan pun kah kah kah kah tahap polis lebih teruk dari kumpulan kongsi gelap wei

AKHIRNYA DUNIA INI MILIK ANAK MUDA


AKHIRNYA

DUNIA INI MILIK

ANAK MUDA

KHALAS 

INI KES APA DI PERLIS?

APA TERJADI

DI PERLIS?

AMIN

PASAL APA

MB DI GANTUNG?

 AMIN

PERLIS ADA MB

 ATAU TIDAK?

KHALAS 


BERSATU sah gantung MB Perlis


PADANG BESAR: Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, digantung keahlian BERSATU selama dua penggal pemilihan parti berkuat kuasa 13 Oktober lalu.

Penggantungan itu disahkan Pengerusi BERSATU Perlis, Izizam Ibrahim, yang berkata surat berhubung tindakan berkenaan sudah dikeluarkan minggu lalu.

Bagaimanapun, Izizam menafikan beliau terbabit dalam penyebaran surat penggantungan yang tular di media sosial sejak kelmarin.

"Ya betul, surat dikeluarkan minggu lepas lagi, tetapi bukan saya yang tularkan. Menteri Besar juga sudah mengetahui mengenai surat penggantungan itu.

"Buat masa ini, kita sedang menunggu keputusan rasmi daripada kepemimpinan BERSATU Pusat dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS," katanya ketika dihubungi hari ini.

Surat bertarikh 14 Oktober 2026 itu ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin BERSATU,  Mohd Radzi Manan dan memaklumkan keputusan penggantungan keahlian Abu Bakar yang juga Ketua BERSATU Bahagian Kangar.

Menurut surat berkenaan, Lembaga Disiplin parti yang bersidang pada 13 Oktober lalu memutuskan untuk menggantung hak keahlian Abu Bakar di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan BERSATU bagi tempoh dua penggal pemilihan parti.

Tindakan itu didakwa diambil berikutan pelanggaran Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.

Susulan keputusan itu, Abu Bakar turut dilucutkan daripada semua jawatan dipegang dalam parti dan dilarang membuat sebarang kenyataan atas nama BERSATU sepanjang tempoh penggantungan berkenaan.

Bagaimanapun, notis itu menyatakan Abu Bakar masih boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan parti dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis dikeluarkan untuk membela diri dan mendapatkan pertimbangan lanjut.

5 TUNTUTAN PELAJAR INDONESIA


5 TUNTUTAN

MAHASISWA

 INDONESIA

AMIN 

DEMO PERANCIS MAKIN MEREBAK


WARGA PERANCIS

TERUS BERDEMO

AMIN

DEMO MEREBAK

KE SELURUH

 EROPAH 

AMIN 

KERAJAAN

 LAWAN RAKYAT

KHALAS 


Kerahan besar-besaran polis Perancis diarah bagi kawal demonstrasi hujung minggu ini


PARIS: Perdana Menteri Perancis, Sebastien Lecornu berikrar mengerahkan anggota polis secara besar-besaran bagi menghadapi demonstrasi baharu yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini.

Beliau kini berdepan kritikan berhubung pengendalian keganasan jalanan baru-baru ini, susulan demonstrasi kesatuan sekerja membantah kenaikan kos sara hidup dan protes pelajar sekolah menengah menuntut penambahbaikan.

Ekonomi kedua terbesar zon euro itu digegarkan pada Sabtu lalu oleh rusuhan terburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hanya enam bulan sebelum pengundi memilih pengganti Presiden Emmanuel Macron.

Ketika berdepan Ahli Parlimen yang berang di Parlimen, Lecornu mengakui tindak balas pasukan keselamatan tidak mencapai tahap yang sepatutnya dan berjanji mengambil pendekatan lebih tegas menjelang gelombang demonstrasi baharu.

"Penempatan anggota keselamatan pada Sabtu depan akan dilakukan secara besar-besaran," kata Lecornu.

Beliau menuduh kumpulan radikal ultra kiri merangka 'pelan pemberontakan' menyemarakkan rusuhan berkenaan yang tercetus di sebalik demonstrasi di seluruh negara membantah peningkatan kos sara hidup.

Rakaman pertempuran, kumpulan perusuh menceroboh kedai dan bangunan awam dibakar pada hujung minggu lalu mendorong beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS), China dan Jerman mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat masing-masing yang berada di Perancis.

Isnin lalu, pihak berkuasa Perancis mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung secara terhad di Paris dan beberapa bandar lain, manakala Lecornu berkata perintah berkurung baharu akan dilaksanakan jika perlu.

Kerajaan Perancis sedang bergelut dengan hutang awam yang tinggi dan kemarahan rakyat akibat kenaikan harga yang mendadak, selain berdepan cabaran kuat daripada golongan tegar berhaluan kanan.

Rusuhan pada Sabtu dirancang selepas kira-kira 500,000 orang kini menyertai demonstrasi di seluruh Perancis bagi membantah peningkatan kos sara hidup, susulan empat minggu protes pelajar sekolah.

Sementara itu, Menteri Kehakiman, Gerald Darmanin, berkata hampir 150 orang sudah dipenjarakan, manakala lebih 800 lagi dibawa ke mahkamah.

Beliau berkata, tindakan kehakiman yang tegas perlu diambil bagi menghalang orang awam daripada bertindak sendiri untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

"Sistem kehakiman bertindak dengan amat tegas. Individu yang tidak mempunyai rekod jenayah terdahulu juga dihantar ke penjara," katanya.

Negara Eropah lain turut menyaksikan demonstrasi membantah kenaikan harga dengan pertempuran kecil tercetus di Milan, pusat kewangan Itali dan Belgium pada hujung minggu lalu.

Kerajaan Itali pada Selasa mengumumkan seramai 500 anggota tentera ditempatkan di Milan sehingga akhir tahun ini bagi membantu polis.

Presiden AS, Donald Trump, mengambil kesempatan daripada pergolakan di Perancis untuk memperhebat retorik anti imigran dan anti Islam, ketika Parti Republikan pimpinannya berdepan cabaran besar menjelang pilihan raya pertengahan penggal November ini.

"Ini berpunca daripada imigresen dan saya sudah memberitahu Presiden Macron supaya menutup sempadan negara," kata Trump.

Bagaimanapun, beberapa penganalisis menegaskan imigresen bukan faktor utama yang mencetuskan pergolakan di Perancis. - AFP

TOLAK ZOO - TEMPAT HAIWAN DALAM HUTAN



ZOO BUKAN

TEMPAT GAJAH

AMIN

TEMPAT HAIWAN

DALAM HUTAN

AMIN

TOLAK DAN

TUTUP ZOO

KHALAS

Unknown commented on
 "TABEK HORMAT"

Cool Isham 👌

Answer my question though.

Zoo Malaysia tau jaga gajah ke?





 

BANI MELAYU WARGA ASLI


BANI MELAYU

PENDIRI TAMADUN

ADALAH

 WARGA ASLI

AMIN 

Unknown commented on
 "PENDATANG HARAM AGENDA PRU 16"

melayu pun pendatang! jangan putar belit fakta dan sejarah! isham pula dari bawah tempurung kelapa dalam perigi buta dalam gua batu di hutan belantara! kah kah kah!


Unknown commented on 
"PN DI HARAM - ADA HIKMAH"

pakailah logo nazi! memang sesuai dengan imej pas! puak taliban ada logo tak? apa kata guna logo senapang, kapak, parang serta keris? sangat ngam! kah kah kah!


Unknown commented on
 "TURUNKAN YAM SENG
 SEMUA SELESAI"

tukang bekam dan isham tak pertahankan balai undang ke? apasal? buah dan batang kecut? hanya melalak di longkang brickfields saja ke? lancaulah usham! kah kah kah!


Unknown commented on 
"PENDATANG HARAM AGENDA PRU 16"

Tepat! Pendatang haram sebelum Merdeka yang anggap sendiri tuanpunya tanah ini

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

RABU 21  OKTOBER 2026

SELAT HORMUZ MASIH DITUTUP


MAT TERAM MARAH ZELENSKY
Presiden Teram mahu perang di tamatkan. Teram mahu Zelensky dan Putin berunding.

ANSARALLAH
Terus mara.  Kem latihan soldadu pro Saudi di bom – ramai bakal soldadu gugur.

IRAN
Makin kerap kapal yang cuba mengelat di Selat  Hormuz di bedil oleh soldadu Iran. Amerika buat deek – klim minyak masih mengalir keluar di bawa oleh kapal minyak.

PERANCIS
Demo  terus berjalan.
Belum di lihat jalan tamat. Beberapa kawasan di adakan  perintah berkurung.

ITALI
Soldadu turun mengawal  kota Milan. Demo menuntut  ekonomi di baiki. Kedai di pecah – maka soldadu di bawa mengawal kota.

HOKKIEN
Pagi ini basah. Kemarin hujan sekejap. Guruh kilat petir tapi hujan hanya sekejap – KL & KL Sentral berjerebu. Matahari dah keluar cahaya di halang jerebu.

HA HA – pagi ini ramai menunggu – semua dapat nasi. Dua Puppy datang makan tapi Puppy Itam tidak kelihatan.

Masa gua mengetik Tak Tak tidak ada di rumah  - dia masih dalam Hokkien – TAK TAK  HORNY dengan Siti yang dah jadi anak dara – kah kah kah – entah kemana mereka mengawan!

Berjalan pulang  Betina Baik dan kawan dah berani ikut gua sampai ke Pintu Keluar.  Wow – apakah mereka akan berani masuk ke Le Chateau?

Hujan – datanglah – kami menunggu. Amin

BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI RABU
DENGAN SENYUMAN

BRO
Anak Hindu beli sepatu
Beli sepatu bermain galah
Ramai-ramai kita bersatu
Tibai Madafaka sampai kalah

Punggur berdaun di atas batu 
Simpan beras dalam tempayan
PRN Melaka kita bersatu
Tolak  Madani tanda kejayaan

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA