Isnin, 25 Januari 2016

PLAGIAT TERBUKTI






APA KHABAR
AZAD KHAN
APA KHABAR
MAHADI HAJI MURAD
SAJE TANYA KABAR
TAK DA APA
JANGAN MARAH




 Mahkamah Sahkan Tesis Prof Abu Hassan Adalah Plagiat

 Abu Hassan Plagiat

KUALA LUMPUR – Mahkamah mengesahkan tesis Profesor Abu Hassan Hasbullah yang menjadi kontroversi sebelum ini adalah merupakan hasil plagiat.

Sebelum ini, menerusi penulisan tesis kedoktorannya dikatakan disiasat pihak Universiti Vienna, Austria dan mengumumkan hasil daripada siasatan kes tersebut.

Sementara itu, Abu Hassan telah meminta bersara awal dengan alasan untuk menjalankan perniagaan keluarga dan menjaga isterinya yang sakit kanser.

Bagaimanapun, keputusan Phd beliau adalah tidak sah dan telah menjawat jawatan dekan di UMK secara haram.

Menerusi satu kenyataan keputusan kes setelah perbicaraan penuh mendapati hujahan bertulis kedua belah pihak, mahkamah menolak tuntutan plaintif dengan kos RM10,000 yang perlu dibayar kepada defenden.

Ia diputuskan atas alasan justifikasi yang dilakukan oleh defenden telah dicedok bulat-bulat dari penulisan oleh Viola Shafik dalam buku Arab Cinema (AC) tanpa dirujuk dari mana-mana rujukan buku tersebut yang satu persatu dimuat turun dan diceduk seratus peratus hanya sekadar menggantikan perkataan Cinema Malaysia.

Isu yang lain diteliti mahkamah dan mendapati ia memenuhi pembelaan justifikasi yang mana terdapat kebenaran kepada alegasi dan defendan layak kepada perlindungan berpatutan dan bersyarat sebagai ahli dan pensyarah fakulti yang sama dan universiti yang sama.

Defenden telah menyalurkan segala kenyataannya melalui laporan polis dan dipersembahkan kepada DYMM Sultan Kelantan.

Terdahulu, wakil daripada Universiti Vienna akan datang ke Malaysia untuk memaklumkan mengenai hasil siasatan kes yang didakwa menghasilkan tesis Ph.D yang diciplak daripada beberapa buah buku pada tahun 2004.

Katanya, pihak UMK telah menulis semua laporan berkaitan kes itu dan ia telah diserahkan kepada pihak Universiti Vienna.

Beberapa orang kakitangan akademik UMK sebelum ini mendedahkan kepada SuaraTV berhubung salah laku jenayah dan penipuan akademi yang didakwa dilakukan oleh bekas pensyarah Universiti Malaya itu ketika menyiapkan tesis kedoktorannya.

UMK sebelum ini menafikan berlaku plagiat dalam kalangan ahli akademik universiti berkenaan.

Naib Canselornya, Dr Raduan Che Rose ketika ditanya berkata pihaknya memandang serius dakwaan itu dan telah melakukan siasatan.

Terdahulu, Abu Hassan berdepan dengan tuduhan plagiat apabila seorang pensyarah di universiti yang sama tampil membuat laporan polis pada 1 November 2014, di Balai Polis Bachok, Kelantan.

Di dalam laporan polis tersebut, persyarah terbabit mendakwa menemui bukti yang menunjukkan tesis Abu Hassan tidak sah untuk penilaian akademik kerana telah ‘diciplak’ dari sebuah buku yang ditulis oleh Viola Shafik bertajuk ‘Arab Cinema History And Cultural Identity’. – Suara TV 
-------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Melayu lagi

Melayu memang bangsa BODOH

Tu sebab bila cerdik pandai cakap macam Mat Rempit

Tapi Professor tu

Kepala Otak saja

Tanpa Nama berkata...

Prof?? Tu gred VK, gaji banyak dia dah sapu.. suruh dia bayar balik laa gaji tipu tuuu.

panglimo potaseh berkata...

Silapnya pada Si Abu Hassan (dulu dipanggil Professor Doktor Abu Hassan), thesis nya di ambil di negara kapir, di Vienna Austria. Orang kapir di negara maju tak suka kapor, mereka lebih muslim daripada orang eslam.

Kalau lah Si Abu Hassan ni ambil Phd, di UKM ke, UiTM ke, atau di universiti Riduan Tee ngajar ke, dah tentu selamat sampai bila-bila. Teringat gwa kisah Si Abu Hassan Pencuri .. jangan marah aaaa a.