Isnin, 7 Mei 2018

TAHNIAH - SALUT





TAHNIAH

SALUT

SYABAS




Hamid Albar: Tumpaskan penipuan, pembohongan


 Kepada seluruh rakyat Malaysia,

Pilihan raya umum ke-14 semakin hampir dan semestinya ramai antara anda telah terdedah kepada pelbagai ‘hadiah’, poster-poster dan iklan-iklan kempen serta taktik menakut-nakutkan.

Di sebalik segala yang disampaikan, saya berharap anda semua juga berpeluang untuk mendengar pendirian dan pandangan-pandangan matang serta rasional yang telah bersuara.

Sebagai pengundi, kita tidak patut membantu mereka yang sudah sedia kuat. Jangan sesekali terperangkap dalam situasi ini.

Pada 9 Mei nanti, marilah kita bersama-sama sebagai rakyat Malaysia, mengundi dengan hati yang ikhlas untuk perubahan yang positif.

Undilah mengikut naluri dan suara hati. Undilah dengan ikhlas. Gunakan kebijaksanaan dan pertimbangan yang rasional.

Undilah untuk mereka yang berintegriti, yang dihormati, telus, amanah dan yang akan bekerja keras serta boleh dipercayai, kerana kualiti-kualiti ini akan menjadi asas kepada kerajaan yang mereka wakili.

Inilah maksud demokrasi yang sebenar – kebebasan untuk memilih sesiapa sahaja yang mampu untuk menggerakkan aspirasi menjadi realiti dan bukan setakat janji kosong melalui kempen dengan slogan-slogan dan manifesto.

Kita seharusnya menghormati mereka yang mempunyai kuasa, namun kita tidak patut gentar terhadap mereka.

Fikirkanlah tentang masa depan dan fahamilah bahawa keputusan yang akan anda buat pada 9 Mei ini tidak hanya memberi kesan kepada lima tahun akan datang, malah ia akan menjadi titik rujukan untuk tahun-tahun kemudiannya.

Malaysia adalah negara yang masih muda dan sedang rancak membentuk dirinya sebagai sebuah negara demokratik.

Perjalanan sehingga ke hari ini penuh dengan pelbagai liku, namun saya percaya jika kita benar-benar bersatu berasaskan objektif bersama dan mempertahankan perjuangan kita demi keadilan dan kehormatan, InsyaAllah, ini mampu menumpaskan penipuan, pembohongan dan pemalsuan.

Rakyat Malaysia sekalian,

marilah kita mengundi dan semoga undi kita membentuk kerajaan untuk rakyat, oleh rakyat. Penentuan masa depan ada di tangan kita. Undilah dengan bijak.

Sebagai rakyat Malaysia, kita menegakkan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.


SATU

LAGI

TANDA

MENANG






------------------

3 ulasan:

SukuSamdol berkata...

Tuan TT, ini satu lagi mamat yg beli insurance ke?
kahkahkah!!

Tanpa Nama berkata...

Oiiittt...Singa Albar sudah mengiutkah? Kahkahkah...

Tanpa Nama berkata...

Johor akan lingkup, bn pun tau, itu pasal najib taknak pun buang masa kempen di johor, gasak kau la wak khaled, pandai-pandai sendiri la nak hidup ke, nak maintain jadi mb ke, nak mampos kena belasah orangramai ke. Takut gak najib walaupun tmj dengan bapak dia dah cakap tak perlu tukar kapten kapal, hanya perlu tunjukkan jalan betul je kikiki