Ahad, 10 Oktober 2021

INI WAYANG KE SANDIWARA ?

 




SPRM ambil maklumat


 daripada bekas 


ketua menteri Melaka 


berhubung isu 


royalti pasir

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah bertemu dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang Idris Haron bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan berlaku pembolotan projek ekonomi dan penipuan terhadap kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir di Melaka.

Pengarahnya, Mohd Shahril Che Saad berkata perjumpaan melibatkan bekas ketua menteri Melaka itu dengan tiga pegawai SPRM berlangsung kira-kira dua jam bermula 3 petang semalam di sebuah lokasi di negeri ini.

“Saya mengesahkan kita telah berjumpa dengan beliau (Idris) dan pihak kami telah mengambil beberapa maklumat berkaitan dakwaan berkenaan dan kerjasama yang diberikan adalah baik.

“Ia lebih kepada maklumat awal berkaitan dakwaan itu dan maklumat tersebut telah dihantar ke Ibu Pejabat SPRM untuk dianalisis dan diperincikan bagi tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan ulang tahun BPR/SPRM ke-54 peringkat negeri Melaka di Masjid Al-Azim hari ini.

Mohd Shahril berkata tiada sebarang dokumen berkaitan dakwaan berkenaan diambil daripada Idris setakat ini.

Idris dilaporkan mendakwa terdapat pemimpin Umno di Melaka membolot projek ekonomi dan menipu kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir, yang menyebabkan beliau menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka.


INI WAYANG KE

SANDIWARA?

KAH KAH KAH

KITA TUNGGU

DAN LIHAT

APA AKAN JADI

KAH KAH KAH

KALAU TAK JADI

APA APA

INI MAKNANYA

SATU PEMENTASAN

TEATER TIPU

MELAYU

KAH KAH KAH 

MUSTAHIL BEKAS

 KETUA MENTERI

 TAK ADA 

MAKLUMAT TEPAT

 LAGI TUNTAS

 SEBAGAI 

BAHAN BUKTI

AMIN

Tiada ulasan: