Isnin, 11 Mac 2024

KELUHAN RAKYAT



Sudah sehabis jimat tapi harga barang memang mahal – Pengguna

KUALA LUMPUR – Menjelang Ramadan esok, orang ramai mengeluh dengan lonjakan harga barang yang disifatkan melampau sehingga cukup membebankan poket mereka.

Kenaikan harga barang pastinya merisaukan mereka, selepas baharu sahaja berhabis dengan persiapan persekolahan anak-anak.

Rata-rata pengunjung yang ditemui MalaysiaGazette di Pasar Chow Kit hari ini mengakui sudah habis usaha untuk berjimat tetapi sukar kerana kebanyakan barang naik harga.

Disebabkan itu, ada dalam kalangan mereka berkata, lebih baik menyertai jamuan berbuka puasa di surau atau masjid untuk berjimat dalam berbelanja.

Penjawat awam, Sinata Fauzi, 38, yang mempunyai empat orang anak mengakui terkesan dengan perbelanjaan harianyang hampir mencecah RM4,000 kerana serentak dengan  persiapan sekolah.

“Kalau dulu harga bawang merah RM3 , sekarang lebih RM5 sekilo. Kita sebagai suri rumah kalau beli barang dulu bawa RM100 cukup, kalau sekarang kena RM200 ditambah dengan sekolah dah buka dan raya tidak lama lagi.

“Kita memang kena pandai urus berbelanja. Kalau saya sendiri akan beli secara pukal atau borong, kemudian kita asingkan untuk makan harian dan mingguan. Walaupun sedikit tapi kena bijak menabung.

“Dengan ekonomi sekarang ini, kerajaan perlu beri lebih banyak insentif atau bonus untuk rakyat sebab kerja sekarang memang susah tidak seperti dahulu,” katanya.

Pandangan sama turut disuarakan, ibu kepada tiga anak, Amirah Rahmat, 35, yang merasakan harga barang basah meningkat mendadak, tidak setanding dengan kenaikan gaji semasa.

“Saya lihat harga daging pun naik juga, nampak macam terlampau tinggi harganya. Bawang pun naik juga, harga sekampit lebih RM5 hingga RM9, untuk beras wangi dulu RM40, sekarang lebih RM50.

“Rasanya dah terlampau jimat sangat sekarang ini tapi masih tidak cukup. Situasi tidak sama seperti dulu.

“Sekarang ini kita kena cut kemahuan kita. Kalau nak jimat boleh berbuka dekat masjid, sebab sana selalu ada buat jamuan berbuka puasa. Bagi saya itu alternatif bagi kalau sesiapa tidak mampu,” katanya.

Bagaimanapun, Amirah berharap kerajaan dapat melihat semula penetapan harga semasa barangan keperluan dengan tangga gaji rakyat Malaysia terutama untuk golongan B40 serta M40 yang terkesan.

Sementara itu, Mohd Shahrizal Pauzi, 30, berkata, kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada 8.0 peratus telah memberi impak terhadap kos perbelanjaan keluarganya kerana terdapat beberapa barangan keperluan berlaku peningkatan mendadak.

“Sejak kerajaan perkenalkan SST sebanyak lapan peratus, saya rasa harga barangan agak membebankan untuk saya dan semua rakyat terutama persiapan sekolah serta menyambut ramadhan ini.

“Saya nampak harga ayam ada perbezaan dengan kat sini dan pasaraya. Beza kat sini kebanyakkan RM9.50 sekilo kalau pasar raya ada yang bawah RM9. Bawang pun ada juga beza, kita kena pandai membelilah.

“Kita sebagai rakyat, sememangnya nak yang terbaiklah daripada kerajaan. Sebolehnya SST itu rendahkan, supaya semua mampu miliki dan berbelanja seperti biasa,” jelasnya.

Bagi pekerja swasta, Nor Azmira Zaini, 28, turut terbeban dengan kos sara hidup yang kian meningkat saban hari, ditambah pula perlu membayar pengasuh, persiapan sekolah serta untuk menyambut ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

“Perbelanjaan saya naik 20 peratus dengan meningkatnya keperluan sekolah, dan membeli barangan harian dan persediaan hari raya.

“Sebelum ini kita beli ayam dalam RM8 sekilo, sekarang RM9 hingga RM9.50, ada yang RM10, cuma kalau kat sini murah lagi kalau nak dibandingkan dengan pasaraya dan kedai runcit. Bawagng pun naik dalam lima peratus.

“Dulu kalau penat sangat selalu makan kat luar dan mesti cecah lebih RM30. Kini nak jimat kita kena masak dekat rumah, slealu beli barang basahlah dua minggu sekali lebih kurang Rm100 kalau belanja.

“Mungkin orang golongan atasan tidak rasa tekanan kos hidup, macam kami (B40) dengan anak sekolah memang terkesan sangat. Harap kerajaan dapat pertimbangkan balik dari segi pelaksanaan cukai, pantau harga peniaga.,” luahnya. –

BARANG MAHAL

JADI KELUHAN

RAKYAT

AMIN

SECARA JUJUR

HARI INI KITA

BELUM TEMUI

JALAN KELUAR

AMIN

BERJIMAT SALAH

SATU CARA TAPI

TIDAK ADA DUIT

NAK JIMAT !!!

KHALAS

3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Jomm kali ni kita puasa berbetul.. buka kita pi misjid .. makan free .. lps tarawih ade lagi makan2 kiro sahol la tu. Balik rmh kokonyangan .. matnor nyo sobulan kita tak kuar duit ontak makanan .. tuckbEEr

Tanpa Nama berkata...

Lepas Papa Melawat Germany nanti papa akan umum bawak berkilo billion duit pelaburan....sabau haahh

Exchange rate today...RM vs KINA Papua New Guinea...

Malaysian ringgits to Papua New Guinean kinas today . Convert MYR to PGK at the real exchange rate Amount 1,000 MYR Converted to 803.36

PGK
1.000 MYR = 0.8034 PGK
Mid-market exchange rate at 11:26 date 11.3.2024

Minggu lepas Papa baru balik dari Australia umum kerajaan Australia mohon melabur 20 billion. Tetiba bank utama Australia iaitu ANZ Bank jual kepentingan 16.5 % saham dalam AmBank..

Memalukan sungguh memalukan... Teringat kata kata arwah "Malu saya kalau saya dilantik jadi PM tapi tak tau jaga negara ini..."

Kita tunggu papa balik dari German brapa billion kilo papa bawa balik kah kah kah...!!

Selagi papa boleh goreng hangus, selagi boleh konar baring sampai nampak jubo sekali pun papa goreng lah...

Mana yang faham faham lah kecuali walaun walauntit PKR , DAP dan Melayu Kayangan tanjak panjang dan topi badut lebar telinga gajah... Kah kah kah ...!!

#PapaGorengSelagiBolehHaahh..

Tanpa Nama berkata...

Ini sebab apa? Tempias baru terasa pabila semua alim alim kumat kamit 24 jam menyakau.