Isnin, 23 Jun 2025

KEMPEN BAKAR DAN SEBAT


KEMPEN 

BAKAR & SEBAT

TERUSKAN LAGI


Hari ini Setiausaha Politik Anwar Ibrahim , yang baru sandang Ketua AMK Pusat keluar kenyataan kecam aksi bakar kartun Anwar di Sabah. 

Sekumpulan ratusan anak muda yang diketuai kumpulan mahasiswa Sabah telah membuat aksi bantah perang rasuah Anwar yang sangat munafik. Kemuncak aksi, para demonstran membakar karikatur Anwar. 

PEMBELA TANAH AIR (PETA) ucap tahniah atas aksi anak muda tersebut. 

Namun tindakan Kamil Ketua AMK mengecam tindakan itu memperlihatkan betapa AMK kini sudah putus dengan suara gaya anak muda. AMK sudah penuh dengan anak muda beg kepit seluar sendat bawa fail lobi projek. 

Untuk pengetahuan Kamil, tahukah kamu ketika zaman Pemuda keADILan Nasional kami demo siap sebat patung gambar perdana menteri dan menteri besar. Sebat pula diperkarangan Masjid. 

Pijak, bakar, koyak gambar pemimpin memang aksi anak muda seluruh dunia. Pemimpin yang bijak akan terus lakukan engagement mendengar dan menjawab kritikan namun bagi dictator kuku besi sudah tentu akan mengecam dan ambil tindakan undang undang. 

Yakinlah kekecewaan terhadap Anwar kini sudah mengakar kerana dia kononnya malaikat reformasi. Malangnya reformasi semua kencing kini kekecewaan mula bertukar kebencian. Akibat amalan KKN lebih parah dan regim mula menyerlahkan wajah kuku besi. rakyat dihimpit kos kehidupan nyanyian dan laungan Anwar sudah bertukar membingitkan. 

PETA cabar regim ambil tindakan kepada aksi bakar karikatur Anwar itu. Nescaya tindakan regim itu akan mempercepatkan ketatuhan regim bergelar #kimjongnon ini. 

Satukan tenaga Himpunan #turunAnwar || 26 Julai || Kuala Lumpur. 

Che GuBard 
Penyelaras Kebangsaan PETA.
22 Jun 2025

Klik https://www.facebook.com/share/p/16SsoBssAz/ 

Tiada ulasan: