TRUMP -
ISRAEL DAN IRAN
Sabtu pagi 21 Jun 2025 - satu minggu sesudah Israel menyerang Iran - Presiden Donald Trump Presiden Amerika yang juga Ketua Komander Angkatan Tentera Amerika mengarahkan 7 pesawat B-2 mengebom fasilitas nuklear Iran.
Fasilitas ini terletak di Fordo, Natanz dan Isfahan. Fasilitas ini tersorok di bawah tanah dalam kawasan gunung ganang. Justeru hanya pesawat B-2 ini berupaya membawa bom peledak Bunker Buster seberat 30,000 pound.
Mengikut Jeneral Dan Caine, ketua operasi berkata: Operasi Midnight Hammer melibatkan 125 pesawat tentera termasuk tujuh pengebom spesawat B-2.
Semasa taklimat di Pentagon, Caine berkata pesawat pengebom berlepas dari Amerika dengan penerbangan selama 18 jam. Beberapa pesawat di arah menuju ke Guam sebagai pukau mengalih pandangan.
Esoknya Trump melalui media sosial mengumumkan bahawa semua pesawat selamat pulang. Tugas di jalan dengan baik. Mengikut Trump Tuhan telah bersama menyelamatkan Amerika.
"Serangan itu adalah kejayaan ketenteraan yang menakjubkan," kata Trump dalam ucapan di televisyen. "Kemudahan fasilitas nuklear utama Iran telah dilenyapkan sepenuhnya."
Kenyataan Trump ini disambut pula oleh Netanyahu. Israel berterima kasih kepada Amerika dan Presiden Trump. Mengikut Netanyahu Tuhan juga bersama menyelamatkan Israel dan Amerika.
Jelas projek memusnahkan fasilitas nuklear ini telah lama dirancang. Projek ini di impikan oleh Netanyahu sebelum dia menjadi Perdana Menteri lagi ini berasaskan dasar yang telah di rangka dalam strategi A Clean Break.
A Clean Break: A New Strategy for Securing the Realm ialah dokumen dasar yang disediakan pada tahun 1996 oleh kumpulan kajian yang diketuai oleh Richard Perle untuk Benjamin Netanyahu, perdana menteri Israel ketika itu. Dokumen ini menjelaskan pendekatan baharu untuk menyelesaikan masalah keselamatan Israel di Timur Tengah. Ini termasuklah memusnahkan Iran dan fasilitas makmal nuklear Iran.
Pada 22 September 2003 Al Jazeera telah melaporkan kenyataan bekas General Wesley Clark: “ ... Pentagon sesudah 9/11 merancang untuk menyerang 7 negara Islam - Iraq, Syria, Libya, Lebanon, Somalia, Sudan dan Iran... “
Satu demi satu negara ini diserang dan di mandulkan. Semua mengikut agenda Clean Break. Paling akhir ialah Iran. Justeru adalah silap jika kita berpendapat serangan terhadap Iran ini kerana Iran dikatakan tidak mematuhi Perjanjian Nuklear.
Projek menyerang 7 negara ini adalah projek untuk memastikan Israel selamat. Untuk memastikan tidak ada negara Arab Islam yang boleh bersaing atau melawan Israel.
Dokumen Clean Break ini juga di perkukuhkan dengan satu lagi dasar di panggil : The Project for the New American Century (PNAC). Dasar projek ini ialah untuk memastikan keunggulan hegemoni Amerika kepada dunia. Juga memastikan tidak ada kuasa-kuasa lain yang boleh menandingi kuasa politik , ekonomi dan ketenteraan Amerika.
Untuk memahami kenapa Amerika ‘gila-babi’ terus menerus membantu Israel kita wajib menyedari dua perkara.
Pertama : Wajib di nyatakan disini bahawa negara yang di panggil Israel adalah Pangkalan Tentera Amerika. Tanah Israel ini adalah tanah jajahan. Israel wujud untuk menjadi polis dan pengawal di Timur Tengah untuk kuasa imperialis Anglo-Amerika.
Kedua: Hampir semua ahli politik Amerika - dari Kongres ke Dewan Senat dan juga Presiden - Republikan atau Demokrat - ada mendapat dana dari Zionis Yahudi. Justeru tidak salah jika ada penganalisa politik pada tahun 2025 ini mentafsir bahawa politik Amerika telah di beli oleh Kaum Zionis.
Menyerang dan memusnahkan Iran ini adalah niat dan cita-cita Netanyahu dan Israel. Bertahun-tahun Netanyahu telah merancang untuk menjerut dan memancing Amerika agar menyerang Iran. Kali ini Netanyahu berjaya. Presiden Trump kini dalam saku Netanyahu.
Serangan dari Amerika ini telah di balas oleh Iran. Sebanyak 6 peluru berpandu Iran telah meledak ke Pangkalan soldadu Amerika di Qatar. Juga di beritakan Pejuang Islam Iraq telah mengebom pangkalan Amerika di Iraq.
Jelas serangan Iran terhadap Amerika ini hanya untuk memberi petanda bahawa Iran tidak mahu berperang dengan Amerika. Malah ada berita melaporkan sebelum peluru berpandu meledak masuk Iran telah memberitahu pihak berwajib di Qatar. Memberi amaran agar tidak ada nyawa melayang.
Tup Tup tanpa diminta tanpa di rayu Trump telah mengumumkan perang tamat. Semua selesai. Iran dan Israel bersetuju untuk tidak serang menyerang.
Dunia kali ini tidak lagi terperanjat kerana dunia telah faham akan borak, kelentong dan labun Trump. Dunia hanya memerhati sambil tersenyum.
Untuk menambak komidi kepada lawak Trump ini - sebelum Trump membuat pengumuman penting tentang ‘Tamat Perang’ Trump telah menjaja pemukul bola golf yang akan menjadi bahan sejarah kerana ada tanda tangan Donald Trump Presiden Amerika.
Kenyataan Trump ini disambut oleh Israel dengan serangan ke atas Iran. Iran pula membalas dengan serangan yang hebat sekali. Ratusan peluru berpandu Iran menghentam masuk ke dalam Israel.
Dilaporkan juga beberapa YB Israel telah cuba melarikan diri dengan menaiki pesawat kecil menuju ke Cyprus.
Warga Israel yang kaya raya telah lari awal. Warga Israel yang memiliki dua kerakyatan telah cabut lama dulu. Yang tercicir kini berbondong-bondong lari meninggalkan Israel mengikut jalan darat ke Syria dan Jordan.
Lapangan terbang utama Israel Ben Gurion telah ditutup kerana telah beberapa kali menjadi mangsa peluru berpandu Iran.
Ketika tulisan ini di garap kelihatan serang menyerang telah berhenti. Dilaporkan Israel dan Iran telah membuat gencatan senjata dan memberhentikan Perang 12 Hari ini. Dunia dan pasaran saham dan pasaran minyak sedang memerhati dengan rapi.
Selat Hormuz dimana 25% bahan bakap petrol melintas di selat ini tidak ditutup.
Tertiba muncul berita di CNN. Muncul berita di akhbar The New York Times mengatakan bahawa pengeboman yang di klim oleh Trump itu tidak benar. Malah ada media Amerika yang mengatakan bom-bom bunker buster seberat 30,000 pound sebutir ini itu hanya berjaya mengebom bangunan dan bilik-bilik kosong.
Gambar-gambar kini muncul dalam media di Amerika yang menunjukkan bahawa semua peralatan , semua uranium milik Iran yang tersimpan dalam 3 fasilitas ini telah dipindahkan lebih awal. Justeru Amerika menghabiskan 100 juta dolar berbelanja mengebom bangunan kosong.
Berita – mengebom bangunan kosong – ini berpunca dari ‘orang dalam Pentagon ‘. Ada pegawai Pentagon yang membocorkan laporan intel yang membuktikan bahawa uranium milik Iran ini tidak musnah. Masih selamat.
Malah The New York Times melaporkan : Kerosakan ini agak kecil. Ianya hanya akan melewatkan beberapa bulan sahaja sebelum Iran akan kembali membina fasilitas nuklear.
Bila berita ini meledak di Amerika Presiden Trump menyumpah dan menuduh stesen CNN sebagai penyebar ‘ fake-news’ – berita palsu. Menurut Trump media-media ini tidak hormat kepada soldadu Amerika yang terlibat dalam operasi ini.
Kini makin jelas gencatan senjata kali ini diminta dan di rayu oleh Netanyahu. Di Gaza Netanyahu berkeras tidak mahu melakukan gencatan senjata. Tetapi kali ini telah bertemu buku dengan ruas. Iran bukan negara kecik anak yang boleh di buli. Iran telah lama membuat persediaan.
Peluru berpandu Iran masih banyak tersimpan. Peluru ini semuanya buatan Iran dari pelbagai jenis. Malah peluru berpandu Iran yang hipersonik seperti Fatah dan Sijjil – 8 kali lebat cepat dari bunyi - bukan saja dapat menembus benteng Iron Dome malah berjaya meledak musnah apa sahaja.
Di laporkan Ibu Pejabat Mossad telah meledak. Pelabuhan Haifa telah musnah. Lapangan terbang Ben Gurion kini terbengkalai. Hakikatnya Tel Aviv kini telah menjadi Gaza. Apa yang dilakukan oleh Israel kepada Gaza kini dapat dirasakan oleh Israel sendiri.
Israel sedaya upaya cuba menyorokkan wajah, imej dan gambar Tel Aviv dan kota-kota lain yang kini hancur. Media luar negara di larang masuk melapor. Malah warga Israel sendiri yang mengambil gambar bangunan runtuh atau terbakar untuk media sosial akan di tangkap kerana mereka di anggap khianat terhadap negara.
The New York Times melaporkan bahawa peluru dan senjata Israel makin kurang. Malah dilaporkan makin ramai anak-anak muda yang Wajib Tentera telah melarikan diri. Banyak juga soldadu telah tidak datang melapor diri.
Bayangkan Hamas yang hanya memiliki 10,000 tentera lengkap dan 30,000 penyokong masih tidak berjaya di kalahkan oleh Israel. Selama hampir tiga tahun Israel memerangi Hamas tetapi Israel masih gagal untuk menghapuskan Hamas.
Mengikut bancian terakhir dari Wikipedia Iran mempunyai kira-kira 610,000 anggota tentera aktif dan 350,000 anggota simpanan. Semua berjumlah kira-kira 960,000 anggota. Sahih Iran tidak terkalahkan oleh Israel.
Renungkan Iran dengan penduduk 90 juta. Israel hanya ada 9 juta. Justeru jika perang 12 hari ini tidak di tamatkan oleh Netanyahu maka Israel akan lenyap sebagai sebuah negara. Amin. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI. COM
https://www.malaysiakini.com/news/747243










1 ulasan:
Setanyatu betol operation rising lion dia telah berjaya..dia dh bangun singa yg sedang tido dan singa tu pun ngap dia balik..padan muka serail
Catat Ulasan