Trump gesa perbicaraan Netanyahu dibatalkan
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa Israel supaya memberikan pengampunan kepada Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu atau membatalkan perbicaraan terhadapnya berhubung tuduhan rasuah.
Netanyahu didakwa pada 2019 di Israel atas tuduhan rasuah, penipuan dan pecah amanah yang semuanya dinafikan beliau.
Perbicaraan bermula pada 2020 dan membabitkan tiga kes jenayah dan Netanyahu mengaku tidak bersalah.
Trump menerusi platform Truth Social berkata, perbicaraan Netanyahu sepatutnya dibatalkan serta-merta atau diberikan pengampunan kepada beliau yang banyak berjasa kepada Israel.
Media Israel melaporkan sesi soal balas terhadap Netanyahu bermula pada 3 Jun lalu di mahkamah Tel Aviv dan dijangka mengambil masa kira-kira setahun untuk diselesaikan.
Presiden Israel, Isaac Herzog, mempunyai kuasa untuk memberikan pengampunan kepada Netanyahu namun media tempatan memetik beliau sebagai berkata bahawa pengampunan tidak dipertimbangkan pada ketika ini dan tiada permohonan rasmi dikemukakan.
Dalam pada itu, Trump turut memuji Netanyahu dan mendakwa AS sudah menyelamatkan Israel dan perdana menteri negara itu.
Difahamkan, kenyataan berkenaan merujuk kepada sokongan AS terhadap serangan Israel ke atas program nuklear Iran dan Trump sebelum ini mengumumkan gencatan senjata, Isnin lalu.
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada Trump memberi maksud bahawa AS boleh campur tangan dalam kes undang-undang yang dihadapi Netanyahu.
Trump turut menggambarkan kes terhadap pemimpin Israel itu sebagai satu 'pemburuan ahli sihir', istilah yang sering digunakan Trump bagi merujuk kepada siasatan terhadap dirinya sendiri di AS


2 ulasan:
pas ada taliban. sampai kiamat cina tak sokong. kah kah kah!
gua sokong kalau amerika lancar peluru berpandu ke brickfields. habis hishamuddin rais terbakar hangus. kah kah kah!
Catat Ulasan