Khamis, 11 Julai 2013

NAJIB CETUS HURU HARA - ARKIB BERITA









 TAMAROD
GARIS POLITIK ANAK MUDA
Pembangkang 'Buat Kacau' Untuk Cetuskan Huru-Hara - Ku Nan
"Sekarang kita ada pembuat kacau dan pembangkang sedang cuba membangkitkan beberapa perkara sehingga negara bertukar menjadi huru-hara," katanya, sambil menambah undang-undang seperti Akta Hasutan masih diperlukan demi kepentingan keselamatan negara.
Beliau juga berkata, undang-undang pencegahan yang baharu diperlukan untuk menangani kadar jenayah yang semakin meningkat.
"Kita perlukan satu lagi rancangan untuk menggantikan Ordinan Darurat kerana kita agak bimbang dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling kita.
"Kerajaan perlu meletakkan sesuatu di 'tempatnya sekali lagi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Rabu.
dari arkib berita

PM mansuh Akta Hasutan, gubal Akta Keharmonian Nasional
KUALA LUMPUR -  Najib  Razak malam ini mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan, dan digantikan dengan akta baru, yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.
Beliau berkata demikian pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara malam ini.
"Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.
Najib berkata, tanpa keseimbangan yang ideal, ia mungkin merencatkan hak bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif atau membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremisme.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... SILA BACA  BERITA   11 JULAI 2012..... kah kah kah..

kah kah kah...MAT MONGOL TELAH BUAT PENGUMUMAN.... kah kah kah..

kah kah kah...MAT MONGOL MAHU HAPUS AKTA HASUTAN..... kah kah kah....

woit... KALAU IKUT LOJIK TENGKU FRAUD... MAT MONGOL KEPALA HURU HARA.... kah kah kah

kah kah kah...MAT MONGOL ... KEPALA BUAT KACAU... kah kah kah

Add caption


----------

PANDANGAN DARI PEMBACA



 TAMAROD 
GARIS POLITIK ANAK MUDA
LEBAI OPORTUNIS
Gua caya lu Hisham,puak2 lebai selalunya oportunis ,Khomeini yg lebai syiah blh disisihkan oleh puak2 lebai di Iran ketika lawan Syah bila berjaya " Islamic Revolution 1979 " dan Syah tumbang , puak2 lebai berduyun2 pegang jubah Khomeini.Walaupun Syiah ada idola nya Imam Husyin,lebai tetap oportunis.

 Puak lebai sunni lagi teruk, perjuangan tanpa idola, bila tak ada hujah alih alih aja sebut Muhammad s.a.w. Kan Muhammad s.a.w datuk kpd Husyin .Tak mungkin idola Husyin - Hassan Al Bana . on MEMAHAMI APA YANG BERLAKU DI MESIR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/11/13
 SAMA MACAM MADEY
isham same je mcm madey..due2 nyanyok,nk spin cucuk angin tp terbau taik busuk berak dlm sluar..sudah2 la menulis pasal politik/imperialis bagai org tue,sb ko dh nyanyuk,realiti dunia ank mude skg laiiiiiinnn!!! tulis je pasal burung belatok ke burung pegar ke.kisah bdk2 kecik sblom tido,boleh jugak income msuk,xpyh la mengharap duet dr badan2 anti-Islam on MEMAHAMI APA YANG BERLAKU DI MESIR
Anonymous
on 7/11/13
 ON9 DENGAN ALLAH
Tt yg suka pluralkan islam dgn agama lain pun posa ke? Rekalah agama sendiri jgn dok ciplak stgh2 ajaran islam yg kena dgn nafsu je. Sapolah kamu tt nk nilai ajaran Allah swt? yg ini sesuai, yg itu tk sesuai. Kamu lebih bijak dr Allah swt? Sedar diri tt! Elok kau belajar agama dr dok merapu spt diatas. Kitab Allah swt dan hadis Rasulullah saw penuh dgn ilmu dan hikmah yg maha tinggi! on MERAYAKAN HARI PERTAMA
Abdul Haq
on 7/10/13
 
MEDIA DUNIA
Aden ikuti program politik di Aljazeera, BBC dan CNN mengenai perkembangan politik Mesir tapi belum jumpa pencerahan seperti yang diturunkan oleh TT. Pencerahan yang dibawa oleh TT sulit untuk pengikutnya yang tidak faham politikal ekonomi dan perjuangan sejagat, bukan seperti perjuangan Islam yang walaupun dikatakan sejagat tapi pada hakikatnya lebih memihak kepada mereka yang sebulu dengan kepercayaan agama Islamnya,

dan menjadi masealah jika populasi itu mempunyai pelbagai agama dan juga ada populasi yang tak percaya agama. Jadi memanag sosialisme itu yang tak pandang bulu agama kecuali untuk kepentingan semua/majoriti. Oarng banyak tak faham sosialis kerana istilah itu sudah banyak kena momokan atau propaganda kapitalis/korporat/media. on MEMAHAMI APA YANG BERLAKU DI MESIR
Anonymous
on 7/10/13

---------

SELAMAT BERSAHUR DAN BERSUBUH





BERSAHUR  PAGI INI

baru selesai bersahur
makan nasi dagang
dengan ikan tongkol




silap
ini nasi jualan buka puasa
nasi dah macam basi
lembik dan tak perisa
gulai ikan pun  tak panas
sayur kacang sejuk menjuk

justeru
masih belum bertemu
masih mencari
kedai makan
warung makan
yang khusus
untuk bersahur



MENYELEWENG DI JALAN TAR
lalu singgah kedai bundle
khemah kedai mula dipasang
tapi masih belum hebat lagi
kerana itu kedai bundle  tak padat
dan tak sibuk

kedai kueh raya belum muncul
yang banyak muncul di jalan tar
ialah kedai bundle jual kasut

----------

PROJEK TIPU RAKYAT DI RAHSIAKAN



 TAMAROD
GARIS POLITIK ANAK MUDA

Perbincangan TPP pusingan ke-18 di Malaysia
KUALA LUMPUR 10 Julai - Pusingan ke-18 perbincangan Perjanjian Trans-pasifik (TPP) bakal diadakan di negara ini, bertempat di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah, dari 15 Julai hingga 25 Julai ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... TAHUKAH KENAPA TETIBA BUAT DI KOTA KONABALU?... kah kah kah..

kah kah kah...JAWABNYA SENANG SAJE.... kah kah kah..

kah kah kah...INI PROPJEK JUAL NEGARA.... kah kah kah...

kah kah kah...INI PROJEK TIPU RAKYAT.... kah kah kah..

kah kah akh.... INI PROJEK BUNGKUS DAN  JUAL MELAYU.... kah kah kah..

kah kah kah...BUAT JAUH JAUH... BIAR TAK ADA YANG BERDEMO.... kah kah kah..

woit...NAPA TAK BUAT DI WASHINGTON DC... LAGI BAIK.... kah kah kah

NOTA
apa jadi dengan dewan perniagaan melayu?
apa jadi dengan pukasa?
apa jadi dengan pukida?
apa jadi dengan pukipm?
sennyap saje
bila melayu kena jual
kah kah kah

TEATER
POLITIK DAN BERAMAL
MALAM INI



--------

Rabu, 10 Julai 2013

SENYUM SESUDAH BERBUKA



TALIPON CAP AYAM
alhamdulilah. sehari dah lepas, bos! 29 hari lagi nak lalu. slow2 kayuh. dah arwah phone lu, kena ganti baru la yang smart bukan dumb. kasi upgrade sket, baru awek tertawan melihat! kahkahkah awek hari ni materialistik, bos. 

mana awek nak rapat kalau lu masih guna dumb phone walaupun dorang sendiri banyak yang bimbo pun.... (sexist giler!) sorry awek peminat TT. kahkahkah.... on MERAYAKAN HARI PERTAMA
Publish | Delete | Spam
Anonymous

at 8:04 PM

-------

MERAYAKAN HARI PERTAMA




SELAMAT BERBUKA PUASA





aku berbuka hari pertama
dengan buah manggis
kopi o kosong

udang masak lemak
tidak pedas 
tidak bersantan
gulai udang dengan susu




NOTA
talipon aku tidak berbunyi satu hari
bila aku rapati
baru aku sedar
talipon aku sudah mati
aku cuba hidupkan  
tapi gagal

dalam perut talipn ini
ada number kawan dan kenalan
maka terputuslah hubungan

bila talipon mati
semua terputus
sebelum teknoloji ini
semua number aku tulis

teknoloji ini baik
tapi teknoloji ini lemah


PETANG INI HARI PERTAMA
petang pertama aku lalui dengan  damai 
terik pun tidak
redup pun tidak

awan puteh memagar langit biru 


angin bertiup
tidak kencang
tidak malas

di padang rumput aku nampak
ratusan burung pipit uban
mamagut biji rumput
kemudian terbang mengikut angin
lenyap dari mata

betapa nikmatnya jika hidup ini
dipupus angin
belayar dari padang ke padang
meragut  rumput
menyebar benih

oh alam yang indah ini
oh alam yang aku lihat ini
hari demi hari
sedang terbakar

apakah burung burung ini sedar
bahawa bumi semakin panas

apakah burung burung ini sedar
air laut semakin muntah

apakah burung burung ini sedar
salju di khutub utara semakin cair

dua minggu dahulu
aku tak nampak burung burung ini
aku tak terdengar kicipan suara si pipit uban
kemana si pipit uban menghilang
apakah mereka sedar tentang jerebu

ketika jerebu melanggar
dimanakan mereka bermalam
ketika jerebu melanggar
bahang yang panas
dan angin mati
di mana burung burung ini mencari air
di mana burung burung ini berpesta makan petang

aku tidak ada jawapan
aku hanya tahu bertanya


-------