KHOO IALAH
SUARA
TAIKO DAP
AMIN
SUARA FAIZ
DARI AMANAH
SUARA ADAM ADLI
DAN AMIR SAARI
DARI PKR
SEMUA
DI KENTUTKAN
KAH KAH KAH
PADAN MUKA
BARU SEDAR
SAPA ITU
LEE KUAN YEW OPS..
...SILAP SAPA ITU
DAP
KHALAS
PH Melaka kekal tanding solo tanpa kerjasama
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) Melaka kekal dengan pendirian untuk bertanding solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 tanpa kerjasama dengan BERSATU atau gabungan lain.
Pengerusi DAP Melaka merangkap Timbalan Pengerusi PH negeri, Khoo Poay Tiong, berkata pendirian itu sudah diputuskan di peringkat negeri dan akan dimaklumkan kepada pimpinan pusat.
Tegasnya, sebarang 'bantahan' oleh pimpinan parti komponen dilihat hanya pandangan peribadi kerana pendirian bertanding solo sudah dipersetujui PKR, DAP dan AMANAH di peringkat negeri.
"Tiada kerjasama, kita sudah capai kata putus di mana tiga parti (PKR, DAP, AMANAH) setuju (PH) bertanding solo. Kita akan terangkan pendirian PH Melaka kepada pusat untuk mendapatkan maklum balas.
"Itu perkara biasa (kenyataan pemimpin AMANAH menolak solo), masing-masing ada pandangan dan bacaan sendiri namun di peringkat negeri, itulah formula terbaik untuk kita," katanya ketika ditemui BH di Parlimen, semalam.
Sebelum ini, Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil, dilaporkan tidak 'sekepala' dengan DAP dalam soal kerjasama politik bagi menghadapi PRN Melaka, berpandangan PH wajar mencari rakan sekutu bagi membentuk kerajaan negeri yang stabil.
Sementara itu, Poay Tiong yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka berkata, DAP akan mempertaruhkan gabungan calon muka baharu dan penyandang di lapan kerusi yang ingin ditandingi parti itu.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan kembali bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana prinsip parti kini adalah setiap pemimpin hanya perlu mewakili satu kawasan, DUN atau Parlimen.
Ditanya sama ada PH akan bertanding semua 28 kerusi DUN, Poay Tiong berkata, ia terserah kepada dua parti komponen lain untuk 'memilih' baki 20 kerusi kerana DAP sudah memutuskan bertanding lapan kerusi.
"Bagi DAP kita akan bertanding lapan kerusi, untuk AMANAH dan PKR, terserah pada mereka. Namun perkara ini akan diumumkan kelak," katanya.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP itu secara peribadi mengakui sukar membentuk kerajaan negeri dan atas dasar itu mereka mahu menjadi pembangkang kuat sebagai semak dan imbang dalam DUN.
"Sudah pasti kita harap dapat membentuk kerajaan, namun kita juga perlu realistik. Saya akui secara peribadi bukan mudah untuk menang kerusi (bentuk kerajaan negeri).
"Di Negeri Sembilan, walaupun kita sudah lapan tahun membentuk kerajaan negeri, akhirnya tewas disebabkan gelombang biru dan hijau," katanya.
Mengenai prestasi DAP pada PRN Johor dan Negeri Sembilan, Poay Tiong berkata, sentimen di Melaka sedikit unik kerana hubungan antara parti itu dan pengundi di negeri terbabit sudah wujud lama, lebih 50 tahun lalu.
"Nilai sentimental itu boleh memberi kelebihan buat DAP di Melaka selain rekod lapangan parti yang dilihat baik dalam memberikan perkhidmatan di negeri itu.
"Pertama kali kita bertanding PRU (Pilihan Raya Umum) kita diberi mandat menang di Melaka pada 1969 (melalui Lim Kit Siang di Kota Melaka), memang ada hubungan agak lama dan nilai sentimental.
"Justeru, kita percaya dengan kebijaksanaan pengundi untuk membuat keputusan," katanya


Tiada ulasan:
Catat Ulasan