Rabu, 7 Oktober 2026

ZAMAN MELESET AKAN SAMPAI

 


BERSEDIA !!!

JIKA PERANG

BERTERUSAN 

HARGA MINYAK

MELOJAK NAIK

AMIN

EKONOMI DUNIA

KACAI BILAU

AMIN

KEMBALI ZAMAN

MELESET  1930

 AMIN

MEMBAWA PECAH

PERANG DUNIA KE2

KHALAS



Dunia hampir kehabisan simpanan stok minyak

LONDON: Stok minyak yang disimpan dan boleh diakses pasaran global semakin berkurangan, kata beberapa eksekutif industri pada satu forum di London minggu ini.

Keadaan itu menjadikan pasaran semakin tidak stabil serta memberi tekanan kepada harga minyak untuk meningkat.

Kerajaan dan syarikat tenaga telah mengeluarkan minyak daripada stok simpanan bagi mengurangkan tekanan dalam pasaran minyak global yang berdepan gangguan bekalan luar biasa tahun ini susulan perang di Asia Barat dan Ukraine.

"Kurang daripada enam bilion tong inventori komersial masih berbaki hari ini dengan sebahagian besarnya secara praktikal tidak boleh digunakan.

"Ini menyebabkan sistem sudah berada di bawah tekanan," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat minyak milik kerajaan Arab Saudi, Saudi Aramco, Amin Nasser pada Energy Intelligence Forum di London.

Katanya, lebih satu bilion tong minyak telah dikeluarkan terutama daripada inventori komersial darat, sejak tercetusnya krisis Asia Barat tahun ini, sambil menyifatkannya sebagai langkah utama terakhir yang masih tersedia.

Dalam pada itu, Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), badan pemantau minyak negara Barat dan penyelaras rizab minyak strategik mereka, sedang bersiap untuk melepaskan 100 juta tong minyak mentah dan diesel bagi membantu mengurangkan kenaikan harga diesel.

Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada sebahagian daripada jumlah itu merangkumi bekalan daripada pelepasan rekod sebanyak 400 juta tong oleh IEA pada Mac lalu yang masih belum memasuki pasaran.

"Ia memerlukan banyak rundingan, tetapi jumlahnya 100 juta tong," kata Nasser mengenai keputusan IEA itu.

Menurut IEA, permintaan minyak dunia kini sekitar 102 juta tong sehari.

Kehilangan stok penampan dalam pasaran minyak menjadikan pasaran itu lebih rapuh, kata CEO Chevron, Mike Wirth, sambil mengatakan keadaan itu turut meningkatkan paras harga minimum minyak.

Pergolakan pasaran minyak dijangka berterusan sehingga selepas tahun depan, kata beberapa eksekutif pada persidangan itu pada Isnin, kerana ia mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk mengisi semula inventori, selain memenuhi permintaan global.

Tidak semua minyak dalam simpanan boleh digunakan serta-merta berikutan faktor operasi seperti baki minyak di dasar tangki atau minyak yang masih berada dalam saluran paip.

Selain itu, faktor politik seperti peraturan kerajaan menetapkan paras minimum stok kecemasan.

Nasser berkata, terdapat permintaan besar untuk membina inventori tambahan di seluruh dunia.

Sementara itu, CEO Kuwait Petroleum Corporation, Shaikh Nawaf Al-Sabah, berkata syarikatnya menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti penyimpanan minyak di dalam negara serta di kilang penapisannya di luar negara.

Menurut CEO pedagang komoditi Vitol, Russell Hardy, dunia kini bergantung kepada eksport minyak melalui laut yang keluar dari Asia Barat untuk memastikan keadaan kekal seimbang ketika menghadapi musim sejuk kerana tiada lagi inventori di Barat yang boleh dikeluarkan.

Menurut data Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (AS) pula, stok minyak mentah dalam Strategic Petroleum Reserve (SPR) negara itu kini berada pada paras terendah sejak Oktober 1982.

Selain itu, inventori gas asli juga semakin susut, menyebabkan harga terdedah kepada lonjakan.

Sementara itu, CEO PETRONAS, Tengku Muhammad Taufik, berkata musim sejuk yang buruk boleh mencetuskan 'malapetaka' dalam pasaran gas pada suku pertama 2027 sekiranya simpanan jatuh ke paras minimum. - REUTERS

Tiada ulasan: