Jumaat, 22 Januari 2016

SEJARAH BERULANG









MUSiM BUNGA

DUNiA ARAB

MULA KEMBALi
 


Police killed in clashes with protesters demanding for jobs in Tunisia

One policeman was killed in clashes between security forces and protesters demanding jobs in Tunisia's western-central province of Kasserine, a security official said Thursday.

The protests in Kasserine started at the weekend after an unemployed young man reportedly suffered a deadly electric shock when he climbed a power pole to protest a rejected job application



SEJARAH
tahun 2010
muhamad bouazizi tewas
kerana tanpa kerja
tahun 2016 
seoarang lagi ank muda tewas

BERULANG




----------

PERNIAGAAN BARU



 





PERNiAGAAN

BUMiPUTERA

YANG BARU

 

'Datuk' jual pingat Datuk diberkas polis

Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' ditahan Selasa lepas kerana dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan penjualan darjah kebesaran Kedah dengan harga RM71,200 pada 2014.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd Yusoff Mamat berkata lelaki warga tempatan berumur 33 tahun dan beralamat terakhir di Bandar Sungai Long, Kajang, diberkas di sekitar Damansara.

 "Suspek ditahan atas laporan seorang ahli perniagaan warga Bangladesh yang mendakwa beliau dan anaknya ditipu lelaki berkenaan yang berjanji mendapatkan gelaran 'Datuk Seri' dan 'Datuk' masing-masing kepada mereka dengan jumlah bayaran tersebut," katanya dalam kenyataan di Shah Alam, hari ini.

KAH KAH KAH
jual kati atau jual kilo
satu kati datuk berapa harga?
satu kilo datuk berapa?
kah kah kah
sekati datuk seri berapa?
sekilo datuk seri berapa?
kah kah kah
mana yang murah
datuk atau datuk seri?
kah kah kah
bila ada jual murah?
bila ada sale datuk?
di kedai bundle 
ada jual datuk ke?
kah kah kah

 JUAL DATUK







------------

BERHENTI KERJA







TANDA TANDA 

MAKiN JELAS






KOMENTAR
kenyataan dari sultan
kenyataan dari MB
kenyataan dari menteri
adalah tanda tanda
yang jelas bahawa
ledakan ekonomi sampai
jaga kerja yang ada
jaga gaya hidup
musim meleset sampai

Menteri beri amaran pemberhentian pekerja hingga 2017

Pemberhentian pekerja di Malaysia mungkin berterusan sehingga 2017, kata seorang menteri Kabinet hari ini, sambil menambah, rakyat Malaysia yang bimbang kehilangan pekerjaan mereka kerana iklim ekonomi yang suram perlu mencari kerja dalam bidang lain.

Menjangkakan pemberhentian kerja yang teruk dalam industri minyak dan gas beberapa bulan akan datang, Menteri Sumber Manusia  Richard Riot berkata rakyat Malaysia dalam sektor itu perlu mencari pekerjaan baharu.



KAH KAH KAH

woit
apa bentuk krisis?
apa rupa krisis?
kita beluam tahu
apa yang kita tahu
nilai ringgit jatuh
apa yang kita tahu
ramai hilang kerja
apa yang kita tahu
gamin tak ada duit
 
AKAN RUNTUH



------------

KAMBING HITAM









FACE BOOK


Zuriyadi Sarpin

Kau sedar tak ada banyak isu besar melanda negara sekarang ini? TPPA pulak nak ditandatangani. Kalau ikut konsep politik kaum borjuis atau kapitalis akan ada sesuatu yang dikambing hitamkan bagi mengalih isu sebenar dan juga bagi membangkitkan kemarahan rakyat.

1998 Anwar dipecat dan sekarang ini Mukhriz Mahathir menjadi kambingnya. Kalau Muhyiddin boleh dipecat apa sangatlah Mukhriz. Kemarahan rakyat ini akan membuatkan mereka lupa isu sebenar dalam negara. Kita akan hilang fokus dan barua-barua politik ini akan terus bertepuk tangan.

Pembangkang pulak dah takde player hebat bagi menghalang gerakan sebegini. Kalau kau tak percaya kau harus percaya sebab ini politik. Kalau kau tak percaya kau kena rajin 'membaca' politik. Ini modal yang sama dipraktikkan dalam sistem ekonomi kapitalis.



-----