KITA
JAGA
KITA
KITA
JAGA
KITA
Unknown commented on
"RAKYAT MARAH -
BOLEH KAH
MUHYIDIN SELAMAT ?"
Lantak la Middin Orang suruh ko masukkan tim banduan dalam penjara cepat ko lambat-lambat kan pi buat kerja lain skrg UMNO nak tarik diri dari kerajaan PN ko nak pegi kt abam guan eng mat sabu plak ke kah kah kah
25 ahli Parlimen Umno
tak akan sokong Zahid
gulingkan kerajaan,
kata Nazri
Pemberontakan terhadap Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir semakin bergejolak selepas beberapa hari ketidakpuasan diluahkan oleh pimpinan pemudanya di beberapa cawangan di negeri itu dalam pergelutan pengaruh antara dua orang kesayangan presiden PKR Anwar Ibrahim.
Dalam perkembangan terbaru, empat pimpinan pemudanya dari Melaka turut menyertai rakan mereka di Selangor menuntut Akmal digantikan selepas beliau memecat beberapa ketua Pemuda negeri dan pimpinan utama sayap parti itu di peringkat pusat.
Pemecatan ketua Pemuda Selangor dan Perlis selain pembubaran seluruh jawatankuasa negeri dilihat sebagai pergelutan kuasa antara Rafizi Ramli dan Farhash Wafa Salvador yang merupakan orang kuat Anwar.
Rafizi yang dilihat kurang menonjolkan diri selepas kalah dalam pertembungannya dalam merebut jawatan timbalan presiden PKR dengan Mohamed Azmin Ali juga dianggap sebagai mentor kepada Akmal.
Sejak Azmin dan pasukannya yang keluar dari PKR kerana tidak sebulu lagi dengan kepimpinan Anwar, Rafizi yang juga bekas ahli Parlimen secara terbuka menggesa Anwar untuk memeriksa orang-orang di pejabatnya yang digelar sebagai kartel 2, golongan itu disifatkan Rafizi bakal mengkhianati Anwar itu sekali lagi.
Kenyataan tersebut jelas menyasarkan Farhash yang merupakan pengerusi PKR Perak yang dilantik sebagai setiausaha politik Anwar dan kini membina pengaruh politiknya secara meluas dalam parti.
Pemecatan orang-orang yang dilihat sebagai sekutu Farhash disusuli dengan beberapa mesyuarat dihadiri kepimpinan cabang untuk memilih ketua baru.
MalaysiaNow turut difahamkan langkah untuk menggantikan Ketua Pemuda PKR Selangor Najwan Halimi dengan Chua Wei Kiat hanya menerima tiga undi dari tiga ketua pemuda cabang PKR.
Kenyataan bersama oleh 13 ketua Pemuda cabang PKR Selangor semalam turut menolak pelantikan Chua.
Bahkan mereka menggesa untuk mesyuarat luar biasa diadakan bagi menggantikan Akmal, mengatakan ketua Pemuda PKR di peringkat pusat itu sudah tidak lagi mendapat kepercayaan mereka.
Gesaan serupa turut dilakukan oleh pimpinan Pemuda PKR Melaka yang menyalah Akmal kerana gagal menyatukan parti selepas krisis politik akhir tahun lalu yang akhirnya menyebabkan PKR kehilangan kuasa dalam pentadbiran kerajaan persekutuan.
Mereka turut menggesa supaya Ketua Pemuda PKR Melaka Prasanth Kumar dipecat, mendakwa beliau hanya dilihat mengikut lenggok Akmal apabila hanya memilih untuk bermain politik daripada bergerak melakukan gerak kerja di peringkat akar umbi.
“Kami juga menuntut agar satu Kongres Angkatan Muda Keadilan Luarbiasa (EGM) diadakan segera bagi memilih semula ketua AMK Malaysia yang baru demi memastikan kestabilan sayap pemuda serta mengukuhkan parti,” kata kenyataan yang ditandatangani empat pemimpin Pemuda PKR Melaka.
Sumber PKR memberitahu MalaysiaNow protes pemuda parti itu di Selangor dan Melaka adalah satu permberontakan yang lebih besar terhadap Akmal.
“Ini akan menjadi pertarungan antara proksi dan proksi, namun sekali lagi begitulah cara PKR beroperasi, melalui proksi memiliki hubungan dengan peringkat kepimpinan tertinggi parti,” kata sumber itu merujuk ahli keluarga Anwar yang menguasai PKR.
KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET
(hegemoni media daulah pecah)
Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market
atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market
Harga: RM30
Atau pesan terus dari 012-664-8873