Rabu, 16 Februari 2022

BAIK TETAP BAIK

 

BAIK TETAP BAIK

BENAR TETAP BENAR

AMIN

SALAH TETAP SALAH

KHALAS

KEBENARAN TIDAK

BERUBAH

AMIN

Unknown commented on

 "INI KES APA ? AGAK PELIK"

Jahat atau baik adalah sifat subjektif bergantung pd keadaan dan masa. Jho Low pada suatu masa pentadbiran rosmah dan najib adalah makhluk yg sangat baik dan murah hati. Tp bila BN kalah Jho Low menjadi ikon penipuan terbesar dunia. Ada tp lagi, dibuatnya BN menang PRU ke15 nanti Jho Low akan jd mulia kembali. Sebab tu jahat ngan baik ni adalah adik beradik.

SURAT MADEY PADA BANGSA JOHOR

 



Surat Dr Mahathir kepada pengundi Johor


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera.

Besarlah harapan saya agar surat ini menemui saudara dan saudari sekalian dalam keadaan baik dan sihat serta mendapat kerahmatan sentiasa.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk berkongsi beberapa pandangan berkaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Undi saudara dan saudari akan menentu parti mana yang akan menerajui kerajaan negeri Johor dan amatlah penting pilihan yang dibuat, selain memberi kebaikan kepada rakyat, tidak akan merugikan bangsa, agama dan tanah air.

Saya sedar wujud di kalangan saudara dan saudari perasaan PRN Johor ini tidak akan memberi kesan apa-apa tidak kira siapa yang berjaya menerajui negeri.

Di sini ingin saya memberi pandangan kesan PRN Johor ini kepada pilihan raya umum (PRU) amat besar dan tidak boleh diambil ringan.

PRN ini dirancang kumpulan yang dikenali sebagai kluster mahkamah dan kleptokrat daripada Umno. Tujuan mereka ialah untuk memperkukuhkan kedudukan mereka di negeri-negeri sebagai langkah awal sebelum PRU15.

Perancangan mereka ialah apabila menang pada pilihan raya umum nanti, mereka akan dapat mengguna kedudukan untuk menyelesai kes salah guna kuasa, pencurian wang dan harta rakyat.

Ada pengundi yang berkata kumpulan kluster mahkamah dan kleptokrat tidak bertanding dalam PRN Johor. Memang benar tetapi mereka yang bertanding di atas tiket Umno dan Barisan Nasional akan memberi kekuatan kepada kluster mahkamah dan kleptokrat.

Saudara dan saudari,

Rakyat Johor menolak calon Umno dan BN pada dalam PRU14 pada 2018 kerana mereka tidak mahu bertindak dan mendesak Najib Razak untuk melepas jawatan dan sebaliknya terus mempertahannya.

Kali ini, mereka masih lagi mempertahan kleptokrat. Kerana itu parti saya, Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) menyertai PRN Johor dan akan berusaha menyekat kleptokrat dan kluster mahkamah mencapai perancangan mereka.

Saya pasti pengundi Johor akan bersama Pejuang untuk menyekat perancangan mereka.

Saya akan menulis lagi kepada saudara dan saudari, InsyaAllah.

Semoga saudara dan saudari akan terus mendapat keberkatan.

Sekian, terima kasih. – 15 Februari, 2022.


GUA HANYA

ADA SATU

KOMEN

AMIN

DIRIKAN SATU

PERSERIKATAN

KEMAH BESAR

SEMUA PARTI

BOLEH  MASUK

AMIN

SATU TUJUAN

HALANG PENCURI

DARI KEMBALI

BERKUASA

AMIN

SOLO SOLO

MENJAMIN

TELOR PENYU

KHALAS

MASIH TEGANG - BELUM KENDUR

 


MASIH TEGANG

BELUM KENDUR

KHALAS

TANGGUNG JAWAB SEMUA

 


TANGGUNG JAWAB

SEMUA

AMIN

panglimo potaseh commented on

 "KITA SAMA-SAMA BERSEDIH"

Prihal budak mati sebab makan sisa sampah ..kita tunggu pulak 2025 ..PM kata tahun tu tiap ..gwa ulang "tiap" isi rumah dalam Malaya ni akan bawak balik RM10 ribu sebulan (nilai duwit ari ni) ..yahooo ..

Nazrio commented on 

"KITA SAMA-SAMA BERSEDIH"

semuanya umat manusia bertanggungjawab d atas kematian terutama budiman2 hartawan2 dermawan tun tan tin tua tansri tunsri ayahanda along kawasan termasuK kuti Langkawi


BERITA TAK MASUK AKAL

 


 BERITA TAK

MASUK AKAL

KHALAS

Unknown commented on 

"UKRAINE BIZI

 HARI RABU"

TT, lu pernah dengar musuh nak perang, nak bunuh lu, dia kasi tau sama lu dulu bila dia mau mari bunuh lu tak? Bukan saja kasi tau sama lu tapi buat appointment sama lu juga. Gua pening baca berita ini. Tak le masuk akal. Orang Ukraine percaya ka orang Amerika bagi tahu ini berita?



BERKHALWAT HARI KE 697

 





KHALWAT KE 697

RABU  16/2/2022

KITA MASUK KE HARI 697
BERKHALWAT

ANGKA NAIK
21,000+++
OMICRON SEDANG MEREBAK
BERHATI  HATI
SEDIAKAN DIRI
DENGAN IVERMECTIN
TELAN SEBUTIR
JIKA MERASA WAS WAS
SATELAH JUMPA
RAMAI ORANG
AMIN

PRN JOHOR MAKIN MENARIK
GUA RASA
KALAU GAGAL DI DIRIKAN
KEMAH BESAR ANTARA
PAKATAN DENGAN MUDA PEJUANG 
DAN WARISAN
SEMUA AKAN DAPAT 
TELOO PENYU
KAH KAH KAH

PAGI INI HOKKIEN KERING
DI PINTU MASUK
SIMPONI CENGEKRIK
MENYAMBUT GUA

GUA BERJALAN  ARAH KE SUNGAI
DI ATAS BUKIT 
MURAI BERKICAU
INDAH & MERDU
DI GAUNG HOW WOW
BERSUARA KUAT

TERTIBA  GUA MELIHAT
ATAS KEPALA GUA
BURUNG HITAM  TERBANG 
AGAK RENDAH
GUA NAMPAK JELAS
BADAN NYA
BESAR SADIKIT DARI GAGAK
TAPAI EKORNYA PANJANG
HA HA HA
INI BURUNG
HOW WOW
AKHIRNYA GUA NAMPAK
GUA RASA PAGI INI
GUA BERNASIB BAIK

JALAN PULANG
DIHIBUR OLEH TERKUKUR

MATA  HARI ARAH SUNGAI BESI
BARU NAK MUNCUL
LANGIT BERAWAN BERCAPOK2
PAGI YANG INDAH

KL & KL SENTRAL
MASIH KELAM
PANAS YANG MENJANJIKAN

BRO
SENYUM
SENYUMLAH

BRO
KAWAN YANG BAIK
AKAN JAMIN LU
UNTUK KELUAR PENJARA
KAWAN SEJATI
AKAN DUDUK SAMA DALAM JIL
DAN BERKATA
' INI SERONOK '

BRO
AMAT PENTING DALAM 
HIDUP INI 
UNTUK KITA TAHU
BILA GILIRAN KITA

BRO
PERKATAAN TIDAK ITU
TAK MENYOROKAN APA APA
TAPI PERKATAN IYA
AMAT MUDA  BOLEH  MENIPU

BRO
HARAPAN ITU IALAH
KEBERAHIAN UNTUK BERJAYA

BRO
BINA SEMANGAT
INILAH PERISAI
YANG AKAN  MEMPEETAHANKAN
MINDA KITA

BRO
JANGAN TIPU 
DIRI SENDIRI
ANTARA SEMUA PENIPU
YANG PALING DITAKUTI
IALAH  DIRI SENDIRI

BRO
CARA PALING BIJAK
UNTUK MELIHAT KEHODOHAN
DUNIA INI
IALAH KETAWAKAN
TERBAHAH BAHAK

BRO
HILANG  SESAT
TANPA SEMANGAT
ADALAH PALING MANAI

BRO
JANGAN LUPA
UNTUK JATUH CINTA
PADA DIRI LU SENDIRI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT