Isnin, 13 November 2023

MEK DONAL TERUS DIBOIKOT



Restoran Makanan Segera Lengang Tanpa Pengunjung

Aqsa Syarif - | Terkini Premis McDonalds di Kb Mall, Kelantan kosong dari pelanggan sedangkan premis lain penuh seperti biasa. Inilah penangan boikot. Teruskan usaha anda untuk memboikot produk-produk Israel sehingga mereka lumpuh

KHALAS 

TUNTUT GENCATAN SENJATA


OIC, negara Arab gesa PBB muktamad gencatan senjata di Gaza

SIDANG Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Arab yang baru sahaja selesai menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat keputusan tegas memuktamadkan segera gencatan senjata di Gaza serta menyekat sebarang tindakan Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Dalam kenyataan akhir yang dikeluarkan malam tadi pada penghujung sidang tergempar sehari bagi membincangkan pencerobohan Israel yang berterusan ke atas Palestin itu, negara-negara peserta menggesa agar ditamatkan segera pengepungan terhadap Gaza dan membenarkan konvoi bantuan kemanusiaan Arab, Islam dan antarabangsa memasuki Gaza.

“Menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil keputusan yang tegas dan memutamadkan keputusan untuk melaksanakan gencatan senjata dan menyekat pihak berkuasa pendudukan penjajah yang melanggar undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, serta resolusi legitimasi antarabangsa, iaitu yang terbaharu Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. No. A/ES-10/L.25 bertarikh 26/10/2023.

“Tidak bertindak dianggap sebagai satu persekongkolan yang membolehkan Israel meneruskan pencerobohan kejamnya yang membunuh orang yang tidak bersalah, kanak-kanak, orang tua, dan wanita, serta meranapkan bumi Gaza,” menurut kenyataan itu.

Berlangsung di Pusat Konvensyen Raja Abdulaziz, Sidang Kemuncak Tergempar Islam Arab bersama itu untuk membincangkan pencerobohan Israel ke atas Palestin dihoskan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga Perdana Menteri Arab Saudi.

Kenyataan Akhir itu turut menyeru UNSC untuk segera meluluskan resolusi yang mengecam pengeboman biadap tentera Israel terhadap hospital di Semenanjung Gaza, menghalang perubatan, makanan dan bahan api serta memutuskan perkhidmatan penting seperti elektrik, air, komunikasi dan akses Internet.

“Tindakan hukuman kolektif ini sama dengan jenayah perang mengikut undang-undang antarabangsa. Kami menekankan keperluan untuk mengenakan resolusi ini terhadap Israel, kuasa pendudukan, untuk memastikan pematuhan undang-undang antarabangsa dan segera menghentikan tindakan biadab dan tidak berperikemanusiaan ini.

“Kami menekankan keperluan untuk menarik balik sekatan yang telah dikenakan Israel ke atas Semenanjung Gaza selama bertahun-tahun lamanya,” menurut kenyataan itu dengan menambah Israel dan semua negara di rantau ini tidak akan menikmati keselamatan dan keamanan kecuali jika rakyat Palestin menikmati keselamatan dan keamanan serta mendapatkan kembali semua hak mereka yang telah dirampas.

Sidang Kemuncak Tergempar Bersama Islam dan Arab itu juga menggesa agar pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menyelesaikan siasatan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin di semua wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Al-Quds Timur.

Ia akan menugaskan Sekretariat Agung OIC dan Liga Arab untuk membuat susulan terhadap pelaksanaan siasatan ini dan menubuhkan dua unit pemantauan undang-undang khusus untuk mendokumentasikan jenayah Israel yang dilakukan di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober.

“Unit itu kemudiannya akan menyediakan prosiding undang-undang mengenai semua pelanggaran undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang dilakukan oleh Israel, kuasa pendudukan, terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan seluruh wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Al-Quds Timur,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan akhir itu turut menuntut semua negara untuk menghentikan eksport senjata dan peluru ke Israel yang digunakan oleh tentera dan peneroka haram pengganas mereka untuk membunuh rakyat Palestin, memusnahkan rumah mereka dan infrastruktur penting lain. – Bernama, 12 November, 2023.

KITA LIHAT 

DAN TUNGGU

APA JAWAPAN PBB

KHALAS

KAPIR LAKNAT BERCAKAP JELAS TUNTAS

 

DENGAR CARA

PEMIMPIN PARTI

KAPIR LAKNAT

 BERCAKAP

AMIN

JELAS TUNTAS

TIDAK PUTAR BELIT

KHALAS 

BUKAN SEMUA USTAD BEBAL


BUKAN SEMUA

USTAD BEBAL

KHALAS


Unknown commented on
 "HIZBULLAH TERUS MENYERANG !!!"

yg Hizbullah ko pihak dgn dia, tokey dia ostat ostat tu tat… kepala hotak dia org lebih kurang la mcm ostat2 yg kat msia nie… ko nak arapkan sapo nak pertahankn negaro… tokmat montori pun cabut la klu msia kono perang, dio org modal bnyak, kito2 nie dgn ostat mana ado modal nak lari naik kapatobang…

USTAD ROGOL HITAN RIMAU JADI MARAH


USTAD ROGOL

HUTAN DARA

DI KELANTAN

BIKIN RIMAU MARAH

KHALAS

Unknown commented on
 "RIMAU MALAYA
 TIDAK RASIS"

Siapa kacau kawasan Belang akan kena belasah, Belang tak kira Ustaz mana sekalipun, kalau kacau cari makan dia, tebang hutan dia, rondok haiwan makanan dia, dia makan Ustaz akhirnya kah kah kah, jadi jangan asyik nak gadaikan segalanya kepada kaum pemodal kapitalis kah kah kah nanti Belang cari sampai depan rumah

HARI CUTI


HARI CUTI

SENIN 13 NOVEMBER 2023
HARI CUIT DEWALI
KELMARIN DIWALI
GUA DAPAT LEMPENG 
DAN KARI AYAM DARI
ACHI  DEPAN FLET

BANJIR  SEDANG MELANDA
DI UTARA  BANJIR SAMPAI
DI SELANGOR BANJIR SAMPAI

JABATAN KAJI CUACA
DAH UMUM MINGGU DEPAN
HUJAN BERPANJANGAN
KIAT SEMUA WAJIB BERSEDIA

PALING KESIAN KALI INI
PASTI ADA KAWASAAN 
YANG SEBELUM INI
TIDAK  PERNAH DALAM SEJARAH
DALAM INGATAN PERAH 
DI LANDA BANJIR

INI TANDA JELAS
IKLIM SEDANG BERUBAH

SAUDI ARABIA
NEGARA ISLAM BERSIDANG
TUNTUT GENCATAN SENJATA
DAN BERI BANTUAN
PENDUDUK GAZA

KITA LIHAT DAN TUNGGU
APA JAWAPAN NETANYAHU

GAZA
HOSPITAL AL-SIFA
TIDAK LAGI BERFUNGSI
KERANA DI BOM ZIONIS
BANYAK HOSPITAL
JUGA DI BOM
TANPA AIR
TANPA LETERIK
TANPA UBATAN
INI KERJA ZIONIS

AMERIKA
LIMA SOLDADU AMERIKA MATI
BILA KAPAL TERBANG TERHEMPAS
DALM KAPAL YANG DI HANTAR
UNTUK BANTU ISRAEL

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR BASAH
SANA SINI LOPAK AIR
HUJAN PETANG KELAMRIN
BAWA BASAH DAN KABUS

KL & KL SENTRAL BERKABUS
MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA ENAK MEMBAKAR PIPI

DI KIRI KANAN JALAN
TERKUKUR BERLAGU
SEKUMPULAN PIPIT UBAN
BERTERBANGAN MENCARI BIJIRIN

HAH HAIRAN
PAGI INI CENGKERIK
TIDAK BERSIMPONI
WAT IS DE BEKOS

GUA YAKIN HARI INI
AKAN PANAS
PETANG MUNGKIN HUJAN
MALAM SANTAI

BRO
SENYUM 
KITA SAMBUT SENIN
DENGAN SENYUMAN

BRO
MAMAT YANG TAK MENILAI
APA LU CAKAP
LAIN KALI BILA JUMPA
BERI SENYAP

BRO
KATA KATA INI
MACAM KUNCI
KALAU LU PILIH DENGAN BETUL
DIA BOLEH MEMBUKA HATI
DAN MENUTUP MULUT

BRO
JIKA LU SENYAP
ORANG TAK TAHU
APA NAK DI SERANG

BRO
JADI KEDEKUT
DENGAN MASA YANG LU MILIKI
RAMAI ORANG TAK PERLU
DI LAYAN

BRO
JIKA LU  BERJALAN
HANYA
KETIKA ADA CAHAYA  MATA HARI
LU TAK KAN SAMPAI TEMPAT
DI TUJU

BRO
TAKUT INI SEMENTARA SAJA
SESALAN SEPANJANG HIDUP
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI