Isnin, 25 Disember 2023
EKONOMI DUNIA JUGA AKAN TERRGUGAT
Israel syor tutup 10 kementerian kerana kurang bajet akibat perang
TEL AVIV – Kerajaan Israel dilaporkan bakal menutup 10 kementerian di negara itu berikutan kekurangan belanjawan kerana digunakan untuk perang di Gaza, Palestin.
Menurut media negara zionis itu, The Times of Israel, syor berkenaan dibuat oleh Kementerian Kewangan untuk menampung kekurangan bajet semasa perang sebanyak AS$20 bilion (RM92 bilion).
Kementerian terbabit adalah:
Kementerian Penempatan dan Misi Nasional, diketuai oleh Orit Strock.
Kementerian Baitulmaqdis dan Tradisi Yahudi, diketuai oleh Meir Porush.
Kementerian Perisikan, diketuai oleh Gila Gamliel.
Kementerian Pembangunan Negev dan Galilee, diketuai oleh Yitzhak Wasserlauf.
Kementerian Kerjasama Serantau, diterajui oleh David Amsalem.
Kementerian Hal Ehwal Diaspora dan Kesaksamaan Sosial, diketuai oleh Amichai Chikli.
Kementerian Hal Ehwal Strategik, diketuai oleh Ron Dermer.
Kementerian Warisan, diketuai oleh Amichai Eliyahu.
Peningkatan Taraf Kementerian Wanita, diterajui oleh May Golan.
Kementerian Kewangan Israel turut mengesyorkan pemotongan AS$1.4 bilion (RM4.6 bilion) daripada dana gabungan – wang untuk tuntutan politik parti.
Selain itu turut disyorkan adalah mengurangkan subsidi ke atas harga gas, menaikkan cukai ke atas rokok dan menambah faedah cukai dalam dana kajian lanjutan.
Jika tiada pilihan lain, perbendaharaan dilaporkan boleh mengesyorkan menaikkan cukai VAT (Cukai Cukai Barang dan Perkhidmatan) kepada hampir semua barangan pengguna, yang kini berjumlah 17%.-Agensi
PERANG SUDAH
PASTI HANCURKAN
EKONOMI
AMIN
TURUT PARAH
EKONOMI DUNIA
AKAN KACAU
AMIN
KALAU PERANG
MELUAS
SATU DUNIA AKAN
TERIMA BALA
AMIN
KHALAS
MANGSA BANJIR BERTAMBAH
Mangsa banjir di Kelatan, Terengganu dan Pahang terus naik
JUMLAH mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu dan Pahang terus meningkat pagi ini manakala keadaan bah di Negeri Sembilan beransur pulih.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,991 orang daripada 561 keluarga setakat 9 pagi ini berbanding 1,599 orang daripada 441 keluarga yang direkodkan malam tadi.
Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Kelantan, sebanyak 21 PPS dibuka melibatkan empat jajahan di negeri itu iaitu Pasir Mas (lima PPS), Tanah Merah (lapan PPS), Gua Musang dan Jeli masing-masing empat PPS.
Banjir gelombang ketiga di Terengganu pula semakin buruk apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS di enam daerah setakat 8 pagi ini meningkat kepada 2,111 orang daripada 612 keluarga berbanding 826 orang daripada 253 keluarga malam tadi.
Menurut sekretariat JPBN Terengganu, Kemaman adalah daerah terbaharu dilanda banjir dengan seramai 349 mangsa daripada 110 keluarga terpaksa dipindahkan ke empat PPS malam tadi.
Dungun yang merupakan daerah paling terjejas pula, merekodkan seramai 1,149 mangsa daripada 299 keluarga ditempatkan di 21 PPS manakala di Hulu Terengganu, 393 mangsa daripada 148 keluarga berlindung di 10 PPS.
Selain itu, di daerah Setiu, seramai 189 mangsa daripada 48 keluarga berteduh di lapan PPS, di Marang, 12 mangsa daripada tiga keluarga berada di PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai manakala di Besut pula seramai 19 keluarga daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Surau Perumahan Bukit Cina.
Menurut https://publicinfobanjir.water.gov.my, paras air sungai di lapan stesen utama di lima daerah negeri ini mencapai paras bahaya.
Di Hulu Terengganu stesen terlibat termasuk Sungai Peneh di Felda Mengkawang, Sungai Berang di Kampung Menerong dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu manakala di daerah Setiu membabitkan stesen Sungai Nerus di Kampung Langkap.
Di daerah Dungun pula stesen terlibat iaitu Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau sementara di daerah Kemaman, Sungai Tebak di Jambatan Tebak dan Sungai Kemaman di Jambatan Kg Air Putih.
JPBNT menasihatkan penduduk di kawasan berisiko supaya sentiasa berwaspada dan segera berpindah sekiranya diarah pihak berkuasa.
Di Pahang, daerah Raub merupakan kawasan terbaharu yang dilanda banjir hari ini sekali gus menyaksikan pertambahan mangsa banjir di negeri ini kepada 230 individu daripada 55 keluarga dan ditempatkan di lima PPS berbanding 75 orang daripada 19 keluarga malam tadi.
Menurut aplikasi Info BencanaJKM sebanyak empat PPS telah dibuka di Raub iaitu Balai Raya Kampung Pamah Kulat yang menempatkan 55 mangsa banjir, Surau Kampung Peruas (65 orang), Rumah Pertanian Kampung Pamah Rawas (15 orang), Balai Raya Kampung Pamah Rawas (20 orang) manakala di Jerantut PPS SK Felda Kota Gelanggi 1, menempatkan 75 mangsa banjir.
Sementara itu, menurut laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my/ paras air di stesen Kuala Medang, Lipis dan Sungai Lembing, Kuantan telah melepasi paras bahaya.
Di Negeri Sembilan, Pegawai Operasi APM Seremban, Lt (PA) Md Marisa Aminuddin berkata banjir di negeri itu beransur pulih dan 55 mangsa daripada 12 keluarga yang ditempatkan di PPS SK Sungai Machang, Lenggeng, Nilai dijangka dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing tengah hari ini. – Bernama, 25 Disember, 2023.
BANJIR BUKAN
KERANA MAKSIAT
AMIN
BUKAN KERANA
PEMIMPIN
MAIN BONTOT
AMIN
BANJIR KERANA
IKLIM DUNIA
MAKIN PANAS
AMIN
AKIBAT KERJA
MANUSIA SENDIRI
AMIN
KHALAS
BANJIR - TAHAP BAHAYA !!!
Amaran hujan tahap bahaya, buruk di Kelantan, Terengganu hingga esok
JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dan buruk di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu hingga esok.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Kelantan itu melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu pula melibatkan kawasan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.
Menurut MetMalaysia, amaran hujan berterusan tahap buruk di Kelantan pula melibatkan kawasan Gua Musang manakala di Terengganu meliputi kawasan Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
Dalam kenyataan sama, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan di Kedah meliputi Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling, di Perak (Hulu Perak), di Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan seluruh negeri Perlis, juga dijangka berlaku sehingga esok. – Bernama, 25 Disember, 2023.
BANJIR TAHAP
BAHAYA
AMIN
AWAS JAGA
BERHATI HATI
AMIN
KHALAS
GATE SELAMAT DI KEBUMIKAN
GATE SELAMAT
DI KEBUMIKAN
AL- FATIHAH
LAMA DULU
BERTAHUN TAHUN DULU
GUA TERSEREMPAK
DI PINTU MASUK LE CHATEAU
DENGAN MAKHLOK INI
KERANA TERJUMPA DI PINTU MASUK
MAKA SAYA NAMAKAN MAKHLOK INI
GATE
GATE MENJADI WARGA KAMI
KETIKA ITU ARWAH JAI PUN
MASIH ADA
JAI AKAN MENYALAK
BILA GATE BERSIAR SIAR
DALAM RUMAH ATAU DI BALKONI
TAK TAK
TAK AMBIL POT
KECUALI JIKA GATE
DATANG DEKAT MANGKUK MAKAN
TAK TAK AKAN BERSUARA
EZI TAK PERNAH BERSUARA
TAK PERNAH
KOMPLIN TENTANG GATE
GATE DUDUK MERATA RATA
TIDUR DAN BERAK MERATA RATA
JIKA LAPAR GATE AKAN PERGI KE
KE BILIK MANDI
DALAM BILIK MANDI
ADA MANGKUK TEMBIKAR
GATE AKAN MENGETUK MANGKUK
DAN BILA GUA DENGAR
GUA DATANG BERI MAKAN
INI CARA HUBUNGAN
GUA DENGAN GATE
BERJALAN DENGAN BAIK
DIA MAKAN MAKANAN YANG
GUA BELI DARI KEDAI PET SHOP
JUGA GATE MAKAN
MAKANAN YANG SAMA
YANG GUA BERI PADA TAK TAK & EZI
SESEKALI GUA BERI DAGING AYAM
GUA BACA ILMU INI
DARI LEBAI GOOGLE
KAKI BELAKANG GATE
ADA CACAT SEDIKIT
TAPI TAK HALANG DIA BERGERAK
PERNAH DIA HILANG
BERBULAN BULAN
KAMI AGAK RISAAU
TAK TAHU MANA MENYOROK
DALAM RUMAH
KEMUDIAN MUNCUL
KAMI GUMBIRA
DUA BULAN DULU
GATE BERAK DARAH
TAK TAHU KENAPA
KEMUDIAN AKTIF KEMBALI
KAMI MERASA LEGA
SEHARI SEBELUM
PETANG MAULUD NABI
GATE BERAH DARAH
KEMUDIAN DIA MERAYAU
PADA PETANG 24 DISEMBER 2023
GATE MENINGGAL DUNIA
DI PETANG MALAM KUDUS
KAMI MAKAMKAN
DETEPI PAGAR
DEKAT PINTU KECIL
UNTUK MASUK KE HOKKIEN
INI TANAH
SEMPADAN KAWASAAN
HOKKIEN
MAKAM TIDAK TERLALU DALAM
UNTUK INGATAN
KAMI TANAM SEBATANG
POKOK KETUM
DI SEBELAH GATE
TANDA INGATAN KAMI
KEPADA GATE
AMIN
AL- FATIHAH
SELAMAT JALAM GATE
Langgan:
Catatan (Atom)









