Isnin, 15 Disember 2025

KIBARAN BENDERA LANUN LUFFY - NAK MUDA TURUN KE JALAN


Belia seru turun ke jalan - 'hentam' Anwar isu rasuah

Kumpulan mahasiswa dan belia merancang untuk mengadakan satu lagi perhimpunan antirasuah di Kuala Lumpur susulan kelulusan beberapa resolusi dalam Kongres Anak Muda 2025, kata penganjur.

Berucap pada majlis penutupan kongres selama tiga hari dua malam itu, Naib Presiden Liga Rakyat Demokratik, Fadhil Kasim berkata perhimpunan tersebut bertujuan memberi peringatan tegas kepada kerajaan agar menangani rasuah di negara ini dengan lebih serius.

“Gerakan pelajar dan belia sedang merancang satu perhimpunan antirasuah, yang akan ditetapkan pada tarikh tertentu, bagi menyampaikan mesej dan mandat yang tegas kepada kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) supaya bertindak secara konsisten dan adil dalam menangani tuntutan berkaitan isu integriti di negara ini.

“Oleh itu, kami, gerakan belia, ingin menyampaikan satu mesej yang jelas: jumpa anda di jalanan,” katanya.

Ini merupakan perhimpunan antirasuah keempat yang dianjurkan oleh golongan belia sejak Anwar mengambil alih jawatan pada 2022.

Perhimpunan pertama diadakan oleh mahasiswa Sabah pada malam Ambang Tahun Baru 2024 bagi membantah pelantikan Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah, selain membangkitkan isu skandal perlombongan yang mula terbongkar ketika itu.

Ia disusuli satu lagi demonstrasi antirasuah di Kuala Lumpur pada Januari dan seterusnya satu lagi protes oleh belia Sabah pada Jun, yang menyaksikan acara membakar patung menyerupai Anwar.

Kongres Anak Muda 2025, yang berlangsung dari 12 hingga 14 Disember di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH), menghimpunkan pelbagai gerakan belia dan pelajar untuk membahaskan masalah negara serta mengemukakan resolusi bagi mendesak pelaksanaan reformasi.

Turut serta dalam kongres itu ialah NGO Bersih, Suaram dan SIS Forum.

Kongres tersebut meluluskan 15 resolusi berkaitan isu yang dihadapi masyarakat di seluruh negara, termasuk kebimbangan terhadap kepimpinan dan maruah rakyat.

Antara resolusi utama yang diluluskan tuntutan untuk akses pendidikan yang lebih luas kepada rakyat terpinggir, kuota 30 peratus wanita dalam politik nasional, pembaharuan bagi menangani rasuah dengan lebih tegas, serta pemisahan kuasa dalam pelantikan institusi utama seperti SPRM, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Peguam Negara.

Cadangan lain yang turut diketengahkan termasuk semakan terhadap undang-undang yang disifatkan drakonian, perlindungan lebih kukuh kepada komuniti Orang Asli, serta pembaharuan berkaitan tadbir urus alam sekitar dan pembangunan mampan.

Penyelaras Mandiri, Hamdin Nordin berkata resolusi tersebut akan dibawa menjelajah ke seluruh negara bagi mengumpul sokongan daripada pertubuhan masyarakat sivil dan kumpulan belia, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap kerajaan untuk bertindak dengan lebih bersungguh-sungguh.

Hamdin turut berkata kongres itu membuktikan golongan belia masih terlibat aktif meskipun wujud persepsi bahawa mereka bersikap tidak peduli politik, serta menunjukkan belia akan terus memberi tekanan sekiranya komitmen tidak dipenuhi.

“Mereka mungkin kata belia hari ini semakin lesu, tetapi hari ini kami mahu tunjukkan bahawa anak muda masih peduli terhadap negara ini,” kata Hamdin.

SUSUN HASUT

RANCANG  ATUR

ANAK MUDA

TURUN KE JALAN

AMIN

RIBU RIBU TURUN

BUKAN

 RATUS RATUS

AMIN

KIBARKAN

 BENDERA

LANUN LUFFY

KHALAS

YAHUDI TEMBAK ARAB DI TEPI PANTAI GAZA


DI PANTAI GAZA

YAHUDI TEMBAK 

PALESTIN

AMIN

DI PANTAI BONDI

AUSTRALIAN

TEMBAK YAHDUDI

KHALAS

PANTAI BONDAI AUSTRALIA JADI MACAM PANTAI GAZA



Terkini: Insiden serangan di Pantai Bondi, Sydney, 12 maut

SYDNEY: Sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan maut, termasuk seorang penyerang selepas insiden tembakan di Pantai Bondi, Sydney, hari ini.

Perdana Menteri New South Wales (NSW), Chris Minns, berkata sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam kejadian tembakan pada acara Hanukah Yahudi di Pantai Bondi, termasuk seorang yang dipercayai sebagai penembak.

"Ini adalah malam yang dahsyat untuk Sydney.

ADVERTISEMENT

Rakaman tangkap layar video UGC menunjukkan pengunjung berlari menyelamatkan diri selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan dalam kejadian di Pantai Bondi, Sydney hari ini. - Foto AFP 
Rakaman tangkap layar video UGC menunjukkan pengunjung berlari menyelamatkan diri selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan dalam kejadian di Pantai Bondi, Sydney hari ini. - Foto AFP

"Pengganas mahu rakyat Australia berpecah-belah dan bergaduh antara satu sama lain dan kita tidak boleh membiarkannya berlaku," katanya.

Menurut polis, penembak kedua berada dalam keadaan kritikal dan pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan wujud penyerang ketiga.

Polis turut mengesahkan seramai 29 orang dikejarkan ke hospital, termasuk dua anggota polis yang berada dalam keadaan serius dan kritikal.

Insiden itu diklasifikasikan pihak polis sebagai serangan keganasan.

Sementara itu, Polis NSW bersama Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Keselamatan Australia (ASIO), Mike Burgess, memaklumkan seorang penyerang sememangnya dikenali pihak berkuasa, namun tidak dianggap sebagai ancaman, sebelum kejadian.

Pada jam 6.47 petang tadi (waktu tempatan), polis dan anggota pasukan kecemasan menerima panggilan dari Archer Park, kawasan berumput di utara Bondi Pavilion yang terletak di belakang pantai berkenaan.

Rakaman video yang dikongsi di media sosial menunjukkan orang ramai melarikan diri dari pantai, selain adegan menyayat hati mangsa yang terbaring di atas tanah sambil menerima rawatan.

Tidak lama sebelum jam 8 malam, polis memaklumkan dua individu berada dalam tahanan dan penyerang aktif sudah 'dineutralkan'.

Sementara itu, Ketua Eksekutif bersama Majlis Eksekutif Yahudi Australia, Alex Ryvchin, berkata pengarah media organisasi itu cedera dalam kejadian itu.

Perdana Menteri, Anthony Albanese, menggelarnya sebagai 'serangan antisemitisme jahat' dan 'saat gelap bagi negara'.

Bagi Ketua pembangkang, Sussan Ley, berkata rakyat Australia berkabung susulan keganasan bermotif kebencian yang menggemparkan 'jantung' sebuah komuniti ikonik Australia, tempat yang amat dikenali dan disayangi semua.


APA SUDAH 

TERJADI ?

AMIN

PANTAI BONDAI

DAH JADI MACAM

PANTAI GAZA

KHALAS

TAK SUKA BAHASA MELAYU -SILA TINGGALKAN TANAH MELAYU


TAK SUKA

BAHASA MELAYU

SILA TINGGALKAN

TANAH MELAYU

KHALAS


Unknown commented on
 "APA HUBUNGAN FARHASH DENGAN ANWAR BIN IBRAHIM ?"

Orang tak suka kebencian, orang sila berkhayal, bermimpi siang hari, semua nak jadi jutawan serta merta, tak payah sekolah tak payah kerja, tak payahlah bersusah payah, ini cara politik, dulu kawan sekarang lawan, dulu lawan sekarang kawan, kan ini semua biasa dalam agenda agama bangsa negara, apapun modal bahasa sudah muncul, adakah sengaja diacarakan, atau sememangnya benar selepas keputusan pilihanraya Sabah? 

Negara ini semakin rumit dengan orang-orang kita yang semakin lari dari kebenaran, siapa penjahat siapa baik sudah dikenalpasti lagi, berlakon berdrama bersengketa luar tetapi kawan dalam kah kah kah, 

jadi pengundi pening setiap hari setiap masa pengundi semakin pening berpecah-belah runsing memikirkan nasib negara, yang penting bagi mereka untuk terus berkuasa kah kah kah

DEMI KUASA LAGA-LAGAKAN KAUM & AGAMA


DEMI KUASA

LAGA-LAGAKAN

KAUM & AGAMA

KHALAS


Unknown commented on 
"KES POLIS TEMBAK DI MELAKA"

Dulu Anwar Ibrahim selalu berpidato tata tertib tata kelola tata itu tata ini, undang-undang rimba, undang-undang hutan, undang-undang jahiliah, sebaik pegang kuasa sama saja nada seperti pemimpin terdahulu, kah kah kah 

tak ada pelik semuanya kerana mencari populariti mencari peluang terus berkuasa demi agama demi bangsa ops demi keluarga kah kah kah, modal utama dalam masyarakat berbilang bangsa agama cukup mudah, laga-lagakan kaum laga-lagakan agama mereka untung tepi selalunya kah kah kah

maka akan muncul pejuang pejuang mencari peluang nanti kah kah kah pastinya yang salah yang betul semuanya diketepikan untuk meraih undi popular kaum agama amin syukur alhamdulillah saya

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SENIN 15 DISEMBER 2025

MELAYU


KITA MASIH MELAYU
Kemarin gua di Pasar Chow Kit -   Gua  rasa ini adalah pasar buah, pasar sayur dan pasar ikan termurah DI KUALA LUMPUR. Saban minggu ini rutin gua. 

Sabtu Ahad memang ramai pelanggan  – Bibik Indon – Mat Bangla – Mat Indon – pelancong luar – datang ke pasar – Dari luar negara cari buah-buah tempatan – manggis dan rambutan.

Kemarin gua beli manggis, rambutan, avokado, betik, pisang kaki – untuk seminggu – murah – termurah di Kuala Lumpur.

Tapi yang paling menarik ialah Minah Melayu datang naik motosikal. Ada bawa kawan  membonceng – ada datang solo. Semua   DATANG ke pasar untuk membeli barangan.

Ha ha – menarik – untuk gua MINAH BERMOTO adalah tanda BAHAWA MALAYSIA masih selamat dari BUDAYA ARAB. 

Untuk gua jika Minah Melayu tidak ada lagi bermotor – Minah Pengkid tidak bermotor -  maka  ini tanda  kita nak jadi Arab.

MINAH BERMOTOR ini  untuk gua adalah termometer untuk kita membaca  suhu ke gilaan NAK JADI ARAB. Amin.

AUSTRALIA
Pantai Bondi dekat Sydney dah jadi macam pantai Gaza.  Mayat bergelimpang. Di Pantai Gaza soldadu   Yahudi bunuh Arab Palestin. Di Pantai Bondi Yahudi dibunuh Australian.

UKRAINE
 Presiden Ukraine Zelensky  bersetuju  untuk tidak menjadi anggota NATO. Ini adalah salah satu tuntutan Rusia.

CHILE
 PRU di Chile Presiden yang menang dari  garis kanan. Kempen anti PENDATANG HARAM macam kempen Trump.

INDIA
Jerebu yang paling tebal melanda New Delhi. Kota ini menjadi kota paling kotor dan paling bahaya untuk kesihatan dalam dunia.

HOKKIEN
Pagi ini basah segar sejuk. KL & KL Sentral berjerebu. Langit pucat. Matahari tidak kelihatan. Kemarin hujan.

Siti dan keluarga datang menunggu makanan.  Jantan Baik jadi kepala. Pagi ini tak ramai datang makan – Ezi bersopan – dia tahu ini bukan untuk dia – hanya memandang dari jauh  Siti dan keluarga makan.

Bila kami berjalan ke Wakaf Tiga  - Jantan Baik terus bergurau dengan Tak Tak -  mereka semakin mesra – malah Tak Tak cium bontot Siti – dalam  dunia Anjing ini adalah  cara bertanya khabar.

Gua harap hari ini akan panas – bila ada mata hari semua boleh jadi. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SENIN

BRO
Hari esok adalah milik lu jika lu buat persiapan hari ini.

BRO
Jika lu sombong lu akan di lihat bangang.

BRO
Jika lu berilmu  lu tak perlu tayangkan gambar lu dapat ijazah di dinding ruang tamu. Amin

BRO 
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA