Khamis, 24 September 2026

BUNGKUS HILANG DUIT PERTARUHAN


PARTI BUNGKUS

NGABIH  BORREH

DI MELAKA

AMIN

TAPI

MASIH BANYAK

DANA UNTUK

DI  TABUR

KHALAS




Bersatu bakal kalah teruk di PRN Melaka






MELAKA – Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diramal menerima nasib sama seperti Johor dan Negeri Sembilan apabila dijangka kalah teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 ini.

Bekas Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Melaka, Dr. Mohd Yadzil Yaakub berkata, Bersatu kini tidak mempunyai kekuatan di Melaka kerana ramai ahlinya menyertai Parti Wawasan Negara (Wawasan).

Justeru beliau tidak menganggap kewujudan parti Bersatu akan memberi ancaman pada PRN Melaka.

“Ya nasib Bersatu di Melaka akan sama seperti di Johor dan Negeri Sembilan. Jika ada pun ahli di Melaka ini hanyalah serpihan. Mereka wujud tetapi kekuatan mereka semakin berkurangan.

“Jadi saya tak nampak ia menjadi gangguan yang besar sebab majoritinya sudah bersama kami. Nasib Bersatu di Melaka akan sama seperti di Johor dan Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Jasin Height, Jasin di sini hari ini.

Mohd Yadzil yang merupakan Timbalan Penyelaras Parti Wawasan Negara (Wawasan) negeri Melaka berkata, mengikut data yang diperoleh, semakin ramai ahli Bersatu meninggalkan parti itu dan menyertai Wawasan.

Beliau yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban itu menjelaskan, Bersatu hanya bersendirian apabila tidak lagi bersama Perikatan Nasional (PN).

“Dalam politik sekarang, sesebuah parti itu tidak boleh berdiri sendiri, dia kena ada satu gabungan untuk membentuk satu kekuatan,” ujarnya.

Maka tidak hairanlah katanya, Bersatu terpaksa berbincang dengan Pakaian Harapan (PH) bagi membentuk gabungan.

“Kalau kita tengok kenyataan daripada Bersatu akhir-akhir ini mereka sudah berbincang dengan PH sebab mereka tahu kalau bersendirian tidak akan menguntungkan mereka,” jelasnya. – MalaysiaGazzette


CARA UNTUK TERUS BERKUASA


LAGI  LAMA

MAT BURUT 

BERKUASA

LAGI BANYAK

PERKARA AKAN

DI BUAT UNTUK

TERUS BERKUASA

KHALAS

KESEDARAN TENTANG HAIWAN


BOLEH DAKWA

BOLEH HUKUM

AMIN

TAPI

YANG PALING

PENTING IALAH

KESEDARAN KITA

TERHADAP 

HAIWAN 

KHALAS

Anjing cedera parah diseret dua lelaki guna motosikal

GEORGETOWN: Dua lelaki dilihat mengheret seekor anjing berwarna hitam menggunakan motosikal di kawasan Batu Lancang semalam, sebelum dihalang seorang orang awam.

Penyelamat haiwan bebas, David Yim, yang membuat laporan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), berkata wanita itu melihat kedua-dua lelaki berkenaan mengheret anjing terbabit dengan motosikal.

Wanita terbabit menjerit dan meminta mereka berhenti, namun mereka didakwa terus mengheret haiwan berkenaan sebelum beredar dari tempat kejadian.

"Anjing itu dipercayai cedera parah. Kedua-dua lelaki serta motosikal terbabit kemudian hilang dari kawasan berkenaan," katanya.

Yim berkata, gambar dan video yang memaparkan kejadian itu turut diserahkan oleh wanita berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat insiden terbabit dan mengambil tindakan pantas sekiranya wujud unsur kezaliman terhadap haiwan.

Sementara itu, Pengarah DVS Pulau Pinang, Dr Saira Banu Mohamed Rejab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

BANGUN DAN LAWAN


JIKA KITA

TAK MELAWAN

SEMUA YANG

DITULIS AKAN

TERUS BERLAKU

AMIN


Unknown commented on 
"JANGAN GUNAKAN DUIT RAKYAT UNTUK SELAMATKAN AIR ASIA !!!"

Ya guna duit rakyat guna duit negara untuk selamatkan parti politik selamatkan anak beranak selamatkan perasuah selamatkan pencuri perompak penyakau negara, ini memang betul, 

semakin lama semakin bodoh tahap pemikiran orang kita terutama yang sudah mencapai menopaus, sebab itulah orang-orang tua berusia 60 tahun dipencen kerana penyakit menopaus, kah kah kah kah 

menopaus otak menopaus pemikiran menopaus kosong sehingga menyusahkan generasi muda kah kah kah kah

RAKYAT TANGGUNG FREELOADER


UNDANG UNDANG

INGGERIS 

AMIN

RAKYAT

 TANGGUNG

FREELOADER

KHALAS

Unknown commented on
 "BUKAN WARIS JANGAN 
MASUK CAMPUR"

Kah kah kah pulus? Siapa nak tanggung pulus nanti? Anak N9 atau seluruh negara tanggung gaji elaun kemudahan percuma sepanjang zaman? Saja bertanya jangan marah-marah yea kah kah kah kah

PAGI INI



PAGI INI




PAGI INI

KHAMIS 24  SEPTEMBER 2026

PBB MASIH BERSIDANG


SI JIN PING
Sampai ke Rumah Putih. Mat Teram sambut – apa di bincang ? Pasti Perang Iran, Perang Ukraine dan Senjata Untuk Taiwan – kah kah kah.

IRAN
Ucapan Presiden Iran DI PBB: KAMI TAK AKAN TUNDUK dengan Mat Buli – kah kah kah.

MAT BURUT
Kenapa Mat Burut tak pergi UNGA kah kah kah – MAT BURUT SUKA DILIIHAT B SEBAGAI HEBAT

KAH KAH  KAH 
APAKAH MAT BURUT
Takut jumpa kawan lama para Zionis di New York – kah kah kah.

PRN MELAKA
Sapa akan bekerja sama?
PAS dengan UMNO ?
UMNO dengan PKR ?

Semua  harap PAS dan UMNO BEKERJASAMA TIBAI MAT BURUT  - Parti DAP dah lama keluar dari kerajaan Melaka – semenjak  PRN Johor.

TUJUH KERUSI UNTUK PAS
Jika PAS dapat tanding 7 kerusi – ini terbaik. PAS tahu parti ini tak banyak pengaruh di Melaka.

NEGERI SEMBILAN
Kah kah kah
Kah kah kah
TERUSKAN LAGI – kacau dan ganggu Mat Burut hingga  bawa PRU 16.

TEATER DAP DAN MAT BURUT
Teater Toni Loke TAWAR LETAK JAWATAN sedang berjalan.  Mangkuk ini sedang berada bersama Mat Burut  di Negeri China – NAK TUNGGU APA ? amin.

HOKKIEN’
Pagi ini basah sejuk – petang kemarin ujan – pagi ini rebas – KL & KL Sentral berjerebu lebih dari berkabus. Matahari dah keluar – cahaya lemah. Langit kelam.

Tim Mak Tetek Lanjut tak muncul. Geng Putih juga tak kelihatan. Abang Potong Rumput masih bekerja di kawasan mereka..

Gua berjalan ke Wakaf Tiga – ha ha – Geng Putih semua berkampung di sini – Gua beri nasi. Wilayah ini banyak lopak air. 

Putih Baik bersandar tunggu gua bersenam. Saekor Gagak berlabuh  dekat  tempat gua bersenam  dan bersuara tak henti. Keng Keng melintas sambil melaung.    

Pagi ini semua nasi untuk Geng Putih – gua tak mahu angkut pulang  nasi  berat lebih dari 3 kilo.

Kemudian  Geng Putih  ikut  gua  pulang ke Wakaf Pertama  - Tiong Laki Bini dah menunggu friskies. Gua gumbira pagi ini ramai makan.

Dekat Pintu Keluar Siti Solo muncul - gua dah agak Siti akan muncul - terus bergurau dengan Tak Tak. Siti ini spesial - dia makan dari tapak tangan gua - hati ayam - kerokok dan friskies

Hari ini akan panas – gua harap HUJAN datung lagi – walau pun hujan buatan. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI KHAMIS DENGAN SENYUMAN

BRO
Kerajaan yang baik ialah kerajaan yang kurang membuat undang-undang dan hukum.

BRO
Bahaya ialah apabila lu betul dan kerajaan salah.

BRO
Kerja paling indah ialah menghasut untuk jatuhkan kerajaan. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT PAKAI BAJU BATIK