Jumaat, 16 Oktober 2026

KINI JAIS JUGA DI GUNA UNTUK BUNUH MUSUH POLITIK


KINI JAIS

JUGA DI GUNA

MACAM 

SPRM UNTUK

LAWAN &  BUNUH

MUSUH POLITIK

AMIN

JAM 6 PETANG
NIK NAZMI SEDANG MINUM TEH
TERTIBA JAIS SAMPAI
LAMPU PUN BELUM PASANG
KAH KAH KAH

Bekas menteri ditahan khalwat di PJ

KUALA LUMPUR: Seorang bekas menteri yang juga pemimpin politik ditangkap khalwat bersama wanita dipercayai pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Khamis.

Difahamkan pemimpin berusia 44 tahun itu ditahan pada jam 6 petang di Petaling Jaya, Selangor.

Kedua-dua individu terbabit kemudiannya dibawa ke Pejabat JAIS di Shah Alam untuk proses dokumentasi.

Sementara itu, Pengarah JAIS,  Mohd Shahzihan Ahmad, berkata mengesahkan bahawa satu tangkapan berkaitan kesalahan khalwat membabitkan figura awam dilakukan di sekitar daerah Petaling pada jam 6 petang, semalam.

Beliau berkata, dua individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kesalahan yang disyaki dilakukan di bawah Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

"Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, JAIS menasihatkan umat Islam agar tidak mengaibkan mana-mana individu dengan menjadikannya bahan spekulasi, perdebatan dan fitnah dalam apa juga cara.

Tiada ulasan: