Ahad, 27 September 2026

TRAJEDI


BUKAN KOMIDI

TAPI TREJEDI

AMIN



Udin commented on
 "PARTI PAS DITIKAM TAK MATI"

PAS buat theater romantik komidi

UBAH SISTEM


BILA PERANG

BERLAKU KITA

BOLEH ATUR

SISTEM NEGARA

KHALAS



Unknown commented on 
"SATU CADANGAN 
UNTUK NEGERI SEMBILAN"

Cadangan - bubar semua, jd negeri republik.

Ketua negeri = Residen Putrajaya aka TYT Gabenor N9.

Done settle.

Masih perlu cium tangan cium buntut tp that is feudal MALAYSIA, ape nk buat?


PAGI INI



PAGI INI




PAGI INI

AHAD 27  SEPTEMBER 2026

PBB MASIH BERSIDANG


IRAN SERANG KAPAL AMERIKA
Awal minggu ini di PBB – Menteri Luar Iran umum pada media IRAN SEDIA UNTUK SELESAI KES SELAT HORMUZ.

SELAT HORMUZ BOLEH DIBUKA  JIKA Amerika ikut Perjanjian Yang Telah di Tanda Tangani oleh Teram sendiri.

Dua hari kemudian Teram tolak malah  ancam akan serang Iran BULAN NOVEMBER  lepas PRU di Amerika.

KEMARIN IRAN SERANG KAPAL LAUT AMERIKA –  Iran bukan bodoh nak tunggu bulan November – Baik serang sekarang. Amin

SAPA PASANGAN UMNO ?
Semua  menunggu  berita ini. Kah kah kah

Jika UMNO pilihan PKR maka rakyat tak caya pada Zahid lagi.

Jika UMNO pilih  PAS maka Mat Burut akan BUNGKUS – kah kah kah.

BUAH MURAH DI CHOW KIT
Manggis, Rambutan, Duku dan Delima murah sekarang di Pasar Chow Kit – kemarin gua  di sana – GUA dah beli semua itu.

HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah – Gua rasa renyai -  petang hujan – malam hujan – ini tanda baik. Matahari tak kelihatan – Langit putih. KL & KL Sentral  BERJEREBU dan  BERKABUS

Dalam belukar Cengkerik bersimponi – tanda gumbira. Burung lain senyap kerana basah.

Tim Mak Tetek Lanjut datang makan – Siti muncul sama – Geng Putih datang rapat tapi tak masuk makan.

Gua beri Geng Putih makan dekat Wakaf Satu – Di sini Siti Solo tunjuk aksi – nak jadi akrobat – kah kah kah –  Tiong Laki Bini dan kawan datang sama makan. Gua  gumbira.

Gua yakin jap lagi akan panas – mungkin petang hujan lagi.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT 
PAGI AHAD DENGAN SENYUMAN

BRO
Pohon selasih di atas batas
Tumbuh subur tepi busut
Mari bersama kita libas
Sama bergerak libas Mat Burut.

Anak rusa di padang datar
Mati tercekik limau purut
Generasi muda  wajib di ajar
Cara membenci Si   Mat Burut

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI


Sabtu, 26 September 2026

SATU CADANGAN UNTUK NEGERI SEMBILAN


CADANGAN JALAN

SELESAI KRISIS

NOGORI 9

AMIN

DENGAN SAPA UMNO AKAN BERUNDING ?



SASPENS 

KAH KAH KAH

DENGAN SAPA

UMNO AKAN

BERUNDING?

JENG JENG JENG


PRN Melaka: BN runding dua 


pihak minggu depan


Barisan Nasional (BN) akan memulakan rundingan dengan dua pihak pada minggu depan bagi membincangkan kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno berkata perbincangan berkenaan akan diwakili Pengerusi BN Rauf Yusoh dan Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

"Minggu depan, ibu pejabat (Umno) telah mengaturkan dua perjumpaan yang berasingan pada tarikh dan waktu yang berbeza (dengan) dua kumpulan yang berlainan.

"Tentunya kita sebagai sebuah gabungan politik atas nama BN mahu melihat manfaat kepada negara dan khususnya kepada gabungan parti kita bagi jangka sederhana dan panjang " katanya di Melaka, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Musyawarah Nasional - Membongkar Polemik Tanah Melayu yang turut dihadiri Ab Rauf di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di Melaka.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubar berkuat kuasa pada Rabu (23 Sept) lepas bagi memberikan laluan kepada PRN Melaka ke-16.

Dalam PRN yang diadakan pada 2021, BN menang 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, manakala Pakatan Harapan (lima kerusi) dan Perikatan Nasional (dua kerusi).- Bernama

PARTI PAS DITIKAM TAK MATI


PISAU MAKAN

TUAN

KAH KAH KAH

INGAT NAK BUNUH

PARTI PAS

KAH KAH KAH

LAGI DI TIKAM

 LAGI

KUKUH BERJAYA

KAH KAH KAH

KHALAS



PN guna logo PAS tanding di Melaka strategi bijak - Penganalisis

KOTA BHARU: Pertimbangan Perikatan Nasional (PN) menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka jika gabungan parti itu terus digantung, disifatkan strategi bijak dan logik.

Penganalisis politik yang juga Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Azmi Hassan, berkata ini kerana logo PAS sudah sebati dan dikenali pengundi berbanding parti lain termasuk WAWASAN.

"Sebab itu saya kata jika benar apa dikatakan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mereka mungkin menggunakan logo PAS, ia satu keputusan bijak.

"Dalam isu yang berlaku untuk PAS sendiri tiada masalah menggunakan logo sendiri kerana PAS adalah parti sudah lama, namun berbeza dengan rakan parti dalam PN yang lain termasuk WAWASAN, GERAKAN yang belum dikenali dalam kalangan pengundi.




PN mungkin guna logo PAS jika penggantungan berterusan - Takiyuddin

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya penggantungan gabungan parti itu berterusan.

Setiausaha Agung PN,  Takiyuddin Hassan, berkata soal penggunaan logo bukan isu besar di Melaka dan PAS tiada masalah menggunakan logo parti itu dalam PRN akan datang, sementara BERSATU boleh bertanding menggunakan logo parti mereka sendiri.

Katanya, dalam pilihan raya tidak semestinya parti bertanding menggunakan logo sendiri dan ia pernah berlaku pada 2018 apabila DAP, PKR dan BERSATU menggunakan logo PKR.

"Jadi, tidak semestinya parti-parti itu (parti dalam PN) menggunakan logo sendiri. Mereka boleh menggunakan logo mana-mana parti yang menunjukkan mereka ini bersatu bersama.