Ahad, 7 November 2021

TURUN JALAN RAYA - MENANG PILIHAN RAYA

 

MERAKAM SEJARAH

TURUN JALAN  RAYA
MENANG PILIHAN RAYA
BUKU  INI AKAN SAMPAI
KE KEDAI BUKU TIDAK
LAAM LAGI


BERITA MULA MEREBAK

 



Pengundi Cina mungkin tidak sokong Pakatan, kata ahli politik, penganalisis

PAKATAN Harapan, khususnya DAP, mungkin kehilangan sedikit sokongan pengundi Cina di Melaka jika pakatan itu mengambil pembelot daripada Umno, kata ahli politik dan penganalisis.

Mereka berkata pengundi Cina, walaupun sebenarnya menjadi penyokong terkuat PH, tidak akan gembira dengan sebarang keputusan untuk menerima mana-mana daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka yang menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri.

Mereka juga percaya pengharaman cara berkempen secara tradisi susulan Covid-19 akan menyukarkan parti politik untuk mendekati pengundi. Ini menyebabkan parti politik tidak mempunyai sebarang kelebihan.

Penolong profesor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Lau Zhe Wei berkata, jika tidak ada kejutan, pengundi Cina akan mengundi yang sama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berdasarkan pilihan politik mereka pada Pilihan Raya Umum 2018.

Lau bagaimanapun tidak menolak kekecewaan pengundi Cina terhadap PH kerana beberapa isu politik.

Beliau memberitahu The Malaysian Insight pengundi Cina kini kecewa dan bosan dengan kemelut politik.

Beliau memberi contoh beberapa kekecewaan termasuk bagaimana Ahli Parlimen PH tidak bangkit dan menolak Bajet 2022.

“Bagaimanapun Pakatan Harapan tidak melakukan apa-apa yang amat menjelikkan masyarakat Cina.

“Walaupun terdapat kekurangan dalam pemerintahan selama 22 bulan, ia tidak akan memberi kesan serius kepada penyokong Pakatan Harapan untuk beralih kepada Barisan Nasional atau Perikatan Nasional,” katanya.

Namun katanya, sekiranya PH menerima empat Adun Melaka yang menyebabkan kerajaan negeri tumbang, sudah pasti pengundi Cina akan kecewa dan tidak akan mengundi.

Lau berpendapat ia juga akan merugikan PH jika pengundi luar Melaka enggan kembali mengundi.

“Tetapi jika berlaku pertembungan tiga penjuru, ia akan memberi manfaat kepada Pakatan Harapan.”

Lau berkata, MCA, sebuah parti Barisan Nasional, tidak benar-benar membina imej positif.

“Mungkin MCA sekarang tidak segarang ketika mereka berkuasa dulu.

“Nasib baik BN mempunyai imej positif daripada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang boleh meyakinkan pengundi. Hanya Perikatan Nasional saja yang sukar mendapat sokongan lebih,” katanya. – 7 November, 2021.

HAJI DESAS DESUS

MULA DI DENGAR

DALAM PKR

AMIN

LANGKAH ANWAR

AMBIL PEMBELOT

ADA AGENDA GELAP

AMIN

DISURAHKAN 

DI MELAKA 

PERMULAAN

PEMIMPIN ISLAMA

MAHU BUAT DEAL

DENGAN NAJIB

AMIN

BUKTI:

KES PASPOT NAJIB

TAK ADA KOMEN

DARI PKR

KHALAS

DAP MAKIN BERNAI - SYABAS

 



DAP tidak hadir


 pengumuman calon 


PH Melaka termasuk 


dua Adun khianat

PKR dan Amanah hari ini mengumumkan dua bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menarik sokongan terhadap ketua menteri hingga menyebabkan kerajaan negeri jatuh bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di dalam acara pengumuman nama calon Pakatan Harapan (PH) yang tidak dihadiri pimpinan DAP.

Idris Haron dan Nor Azman Hassan masing-masing akan mewakili PKR dan Amanah di Asahan dan Pantai Kundor walaupun pencalonan mereka mendapat penentangan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Sidang media pengumuman nama calon PH tersebut menyusuli majlis serupa dilakukan DAP bagi calon parti komponen PH tersebut, dihadiri Pengerusi PH dan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.


DAP MAKIN

BERANI LAWAN

KERENAH ANWAR

AMIN

SYABAS DAP

KHALAS

ANWAR CALONKAN KATAK

 



PKR gugur

Yb  Ginie Lim

ambil dua katak

 sebagai calon PRN Melaka

PKR mengumumkan bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya Ginie Lim yang mewakilinya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) digugurkan daripada senarai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada 20 November depan.

Lim yang pernah menjadi sekutu bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali merupakan calon bagi kerusi itu sebanyak tiga kali bermula PRU12 namun hanya memenanginya pada PRU14 dalam pertandingan tiga penjuru.

Pada Jun 2020, PKR memberikan amaran kepada Lim kerana rapat dengan Azmin yang keluar parti itu dan terlibat dalam Langkah Sheraton sekali gus menumbangkan kerajaan PH di Putrajaya.

Selain Lim, Naib Presiden PKR Tian Chua, Pengarah Komunikasi Wanita PKR Pulau Pinang Carolyn Khe juga turut diberikan amaran yang sama.

Lim akan diganti dengan Law Bing Haw sebagai calon baru yang merupakan naib ketua Cabang PKR Kota Melaka.

Pada sidang media hari ini, Anwar turut mengumumkan calon bagi PRN Melaka yang turut memasukkan dua Adun yang digelar 'katak' kerana  menarik sokongan terhadap ketua menteri sehingga mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri.

Mereka adalah bekas Adun Umno iaitu Idris Haron yang akan bertanding di Asahan manakala Nor Azman Hassan di Pantai Kundor.

PH akan bertanding di kesemua 28 kerusi dalam PRN Melaka kali ini.



PRN MELAKA

PELUANG MENANG

AMAT CERAH

UNTUK PAKATAN

AMIN

TAPI SAAT AKHIR

ANWAR IBRAHIM

TELAH FUCK UP

AMIN

PILIH KATAK

DAN BUANG

YB YANG 

SEDIA ADA

AMIN

APAKAH INI DEAL

DENGAN NAJIB?

KHALAS

MADEY ANTI DEMI KINI TURUN BERDEMO

 



MADEY DULU

ANTI DEMO

AMIN

KINI MADEY

TURUN BERDEMO

KHALAS

Unknown commented on

 "GADUH DI MELAKA"

Ini lah karma mendatang Bro, dulu masa kuat, masa sihat, masa duit banyak, fuyo bukan main hina, keji orang kerdil, tiada status tiada Kewangan, tapi perkara yang mereka buat pecah belah rakyat dengan isu kaum, isu agama, isu ketuanan, isu projek, semua nya datang balik, sampai huru hara kaum sendiri, huru haram agama sendiri, kah kah kah agama baik bangsa baik semua ajar jalan kebaikan, tapi ada manusia songsang hentam bontot hentam belakang tidak ikut lubang betul, tikam sini tikam sana, jadi lah tidak adil, tidak saksama, maka semua akan datang balik Kelak kepada muka sendiri, 

Cuba tengok Dr Mahathir the great sampai duduk tepi jalan, pernah pimpin 22 tahun negara, bagi peluang kedua, tikam semula rakyat, maka akan akhir satu episode yang memalukan diri sendiri, mungkin akan datang episode anak beranak dia pulak naik turun mahkamah kah kah akan sampai akan sampai sebab karma tidak lupa kah kah sementara ITU kita semua dapat menonton drama serial anjuran Ahli politik Malaysia kah kah kah

POLITIK JALAN RAYA PEDOMAN KITA

 


POLITIK

 JALAN RAYA

PEDOMAN KITA

KHALAS