Jumaat, 20 Mac 2026

PELURU BERPANDU MENYERANG PANGKALAN AMERIKA


PELURU BERPANDU

MENYERANG

PANGKALAN AMERIKA

AMIN

NUSANTARA RAYA TAK IKUT ARAB


NUSANTARA 

BERAYA TAK IKUT

ARAB 

AMIN

KHALAS



Umat Islam di Singapura, Indonesia, Thailand dan Kemboja sambut Aidilfitri pada Sabtu

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Singapura, Indonesia, Thailand dan Kemboja akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu.

Di Singapura, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata berdasarkan kriteria imkanur rukyah yang dipersetujui oleh MABIMS (Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura), anak bulan Syawal berada terlalu rendah di ufuk Singapura ketika matahari terbenam pada Khamis dan tidak dapat dilihat.

"Ini bermakna esok (Jumaat) melengkapkan bulan Ramadan selama 30 hari bagi kami di Singapura, dan permulaan bulan Syawal bagi tahun 1447H jatuh pada lusa, Sabtu, 21 Mac 2026," katanya dalam klip video yang dimuat naik di laman web Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada Khamis.

Di Jakarta, Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia Nasruddin Umar berkata tarikh 1 Syawal ditentukan menerusi sidang isbat pada Khamis selepas hilal tidak kelihatan di seluruh negara berdasarkan kedua-dua kaedah pengiraan astronomi (hisab) dan cerapan (rukyah).

Berdasarkan data hisab, beliau berkata hilal tidak memenuhi kriteria penglihatan yang ditetapkan oleh MABIMS, iaitu piawaian serantau yang diguna pakai oleh Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura, yang memerlukan paras ketinggian bulan serta jarak sudut tertentu bagi mengesahkan kenampakan.

Di Bangkok, Sheikhul Islam Thailand Arun Boonchom mengumumkan menerusi siaran langsung Facebook bahawa umat Islam di negara itu akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu selepas anak bulan tidak kelihatan selepas matahari terbenam pada Khamis.

Majlis Islam di 40 wilayah menjalankan cerapan anak bulan pada Khamis.

Thailand mempunyai kira-kira 10 juta umat Islam, kebanyakannya menetap di wilayah selatan Pattani, Yala dan Narathiwat.

Sementara itu, Kemboja turut menyertai negara jiran dalam menyambut Aidilfitri pada Sabtu.

Mufti Besar Kemboja merangkap Pengerusi Majlis Tertinggi Hal Ehwal Agama Islam Kemboja Kamaruddin Yusof membuat pengumuman itu pada Khamis

PETANG INI HUJAN LEBAT ?


HUJAN PETANG

RAYA PASTI

POTONG STIM

AMIN

MALAM TAKBIR

BASAH

AMIN


Ribut petir dijangka landa beberapa negeri


KUALA LUMPUR: Ribut petir dijangka membadai beberapa negeri menjelang petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

METMalaysia memaklumkan bahawa keadaan cuaca itu diramalkan melanda beberapa kawasan di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan, selain pedalaman Kedah serta Pahang.

Di Sabah, hujan diramalkan di beberapa kawasan di Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan pada sebelah petang, manakala Sarawak dijangka mengalami ribut petir di Kuching, Serian, Samarahan serta Sri Aman.

Pada sebelah malam pula, kebanyakan negeri di Semenanjung diramalkan tidak hujan kecuali kawasan pedalaman Selangor.

Namun, hujan dijangka melanda Sabah membabitkan kawasan di Pedalaman dan Tawau, selain Sarawak membabitkan Serian serta Kapit.

KEJAYAAN SERANGAN IRAN


KEJAYAAN 

SERANGAN IRAN

AMIN

NARATIF PERANG IRAQN TRUMP MULA MASUK AIR


NARATIF 

PERANG IRAN TRUMP 

MULA MASUK AIR



Ketika tulisan ini di garap Perang Iran telah memasuki hari ke 18.  Berpuluh kota dan bandar di Iran telah runtuh rantah. Tel Aviv dan beberapa kota lain dalam Isreal termasuk lapangan terbang Ben Gurion telah juga mengalami keadaan yang sama.

Umat Islam sedang memasuki hari ke 27 berpuasa di bulan Ramadan tahun 2026.  Hari Raya akan disambut dalam masa tiga hari  lagi. Ini kali kedua Perang Ramadan berlaku. Kali pertama berlaku pada tahun 1973 bilamana Mesir dan Syria telah berperang dengan Isreal dari 6 Oktober hingga 25 Oktober 1973.

Perang Ramadan  - Perang Oktober atau di Israel di panggil Perang Yom Kippur  tamat satelah 19 hari  berperang. Jelas kelihatan Perang Ramadan kali ini belum nampak akan reda. Malah bertambah rancak.

Beberapa kali Trump mengumum bahawa Iran mahu mengadakan perundingan. Setiap kali Trump bersuara hal gencatan senjata akan di jawab oleh Menteri Luar Iran Abbas Araghchi  dengan jelas :  Perang di teruskan. Hanya Iran yang boleh menentukan bila perang tamat.

Iran meletakan tiga syarat untuk perang dihentikan. Syarat ini telah dinyatakan oleh Abbas Araghchi. Pertama :  Iran mahu pampasan. Kedua : Iran berhak dalam soal nuklear. Ketiga : Satu Perjanjian Antarabangsa dimana Iran tidak akan diserang lagi.

Di Amerika perang ini telah mula menjerut ekonomi. Harga minyak petrol telah naik. Saham di Wall Street telah jatuh. Malah harga minyak naik dan saham  merundum sedang dialami oleh satu  dunia.

Dari pungutan suara hanya 26% warga  Amerika  menyokong tindakan Trump menyerang Iran. Malah ramai Ahli Kongres mempertikaikan   dan mentakrif perang ini adalah perang haram. 

Ini kerana dalam Perlembagaan Amerika hanya  Kongres memegang kuasa eksklusif untuk mengisytiharkan perang secara rasmi. Walaupun Presiden bertindak sebagai Panglima Tertinggi, Presiden tidak boleh secara perlembagaan mengisytiharkan perang atau secara unilateral membenarkan perang berlaku.

Keadaan perang tidak berubah. Alatan canggih  penangkis peluru berpandu buatan Amerika  telah di musnah oleh drone Iran. Iron Dome – penangkis terulung kini dibuktikan telah dapat di bolosi oleh peluru berpandu Iran. 

Gelombang demi gelombang  serangan Janji Sejati Iran sudah memasuki ke Gelombang 54. Iran dari awal dulu   menyerang dengan  peluru berpandu Fatah. Kini dengan  Sejjil – peluru berpandu  balistik supersonik. Sejjil senjata terkini tercanggih bergerak 13 kali ganda dari kecepatan bunyi. Boleh bergerak sejauh 2000 kilometer.

Selat Hormuz masih di tutup oleh Kor Pengawal Revolusi Iran. Hanya kapal yang bukan musuh Iran diberi laluan. Justeru kapal dari China di benarkan masuk dan keluar. Masuk membawa apa   - CIA pun tidak tahu. Yang di ketahui kapal China keluar membawa minyak mentah.

Harga minyak dunia terus meledak. Ekonomi kapitalis dunia semakin kacau. Inflasi sampai. Bila inflasi menjerut leher pengguna di Amerika  juga akan menjerut leher  penyokong Trump. Kumpulan kanan MAGA  (Make America Great Again – Jadikan Amerika Hebat Kembali ) yang menjadi induk penyokong Trump telah mula bertanya: Apakah perang ini memberi manfaat kepada Amerika.

Malah semakin ramai warga Amerika termasuk penyokong Trump yang melihat  Trump telah dipergunakan oleh Netanyahu untuk memerangi Iran. 

Kempen dan  naratif yang di sebarkan ialah Iran membawa bahaya kepada  keselamatan Amerika.  Iran dikatakan mengancam Amerika.  Setelah lebih dua minggu berperang  naratif ini mula masuk air. 

Paling terakhir ialah tindakan Ketua Pengarah  Lembaga Intel  Anti-Pengganas. Sosok ini meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan apa yang sedang berlaku.  Pengarah Intel ini dalam surat letak jawatan telah menyatakan bahawa Iran tidak mengancam keselamatan Amerika.

Mengikut sosok ini Amerika masuk menyerang Iran kerana Trump mengikut telunjuk Netanyahu  dan Zionis.

Sosok ini bukan kecik anak. Dia penyokong tegar Trump dan MAGA.  Telah  dua kali menjadi  calon  Dewan Senat  dari Parti Republikan.  Sosok ini dipilih dan dilantik  ke jawatan Ketua Pengarah Intel ini  oleh Trump sendiri.

Justeru , dunia sedang melihat Trump dalam keadaan kelam kabut.  Selat Hormuz yang di tutup oleh Iran kini menjerut leher Trump.  Awalnya Trump membuat kenyataan bodoh menyatakan kapal boleh lalu keluar di Selat Hormuz dengan bantuan Tentera Laut Amerika.

Kenyataan ini telah disangkal oleh Tentera Laut Amerika sendiri. Tentera Laut Amerika setakat ini enggan menyediakan pengiring Selat Hormuz untuk penghantaran, walaupun permintaan setiap hari. Akhirnya  kenyataan awal Trump  telah di tarik balik.

Trump menjadi gelabah. Lalu dia menyeru agar sekutu  dalam NATO seperti UK,  France dan German datang menghantar  kapal perang  untuk memecahkan sekatan  Iran di Selat Hormuz. 

Jawapan  Kesatuan Eropah dan NATO cukup jelas. Portal Maritime Excutives  pada 10 Mac telah menulis : Perdana Menteri Britain Kier Starmer  United Kingdom "tidak akan ditarik ke dalam perang yang lebih luas," manakala Menteri Pertahanan Jerman Boris Pistorius berkata "ini bukan perang kita." 

Kaja Kallas, ketua dasar luar Kesatuan Eropah, berkata negara anggota tidak mempunyai selera untuk mengembangkan operasi keselamatan maritim mereka di Laut Merah ke Selat Hormuz.

Bila kenyataan ini menjadi berita dunia Trump telah mengancam NATO dan Kesatuan Eropah. Portal Agensi Berita AP pada 18 Mac telah melaporkan : Presiden Donald Trump berkata NATO dan kebanyakan sekutu lain telah menolak gesaannya untuk membantu mengamankan Selat Hormuz.

Trump mendabik dada  mengklim dia melancarkan  perang terhadap Iran  demi kebaikan dunia. Kerja baik  Amerika ini jelas   tidak dihargai.

Trump marah bila  langkah Amerika ini  tidak mendapat sokongan "walaupun fakta bahawa Amerika telah membantu" NATO "begitu banyak". Trump berkata NATO membuat ‘ very foolish mistake – satu kesilapan yang amat bodoh .

Perang yang dirancang awal oleh Trump diharapkan akan berjalan selama empat atau lima hari sahaja.  Pantas dan cepat sama seperti operasi soldadu Amerika di Venezuela.  Trump silap besar Iran bukan Venezuela.

Perang kini telah  memasuki minggu ke tiga.  Perang yang awalnya mengikut Trump bertujuan untuk meruntuhkan  kerajaan Iran.  Kerajaan Islamik Republik Iran wajib di ganti dengan kerajaan  baru. Kerajaan baru ini akan   sedia bersahabat dengan Amerika dan Israel.

Impian Trump dan para Zionis di Israel dan di Amerika telah pecah berderai.   Kerajaan Islamik Republik Iran  walau pun ramai pemimpin mati terbunuh – masih lagi tegak berdiri. Tidak goyang malah terus menyerang.

Apa yang jelas sedang berlaku sekarang  ialah lanskap politik Negara Arab Telok termasuk Saudi akan berubah. Selama ini Saudi, Bahrain. Qatar,  Jordan, UAE, Kuwait dan Iraq  di beri harapan bahawa mereka akan di bantu dan di pertahankan oleh Amerika. Keselamatan negara- negara ini di bawah jagaan Amerika.

Justeru  pangkalan tentera Amerika di pasang di negara-negara ini. Lapangan terbang, sistem mengintip,  lembaga risikan dan soldadu Amerika semua berada dalam negara-negara yang bersedia menjadi budak suruhan Amerika. Iran mengubah semua ini.

Perubahan berlaku bila  senjata   peluru berpandu dan drone Iran mula meledakkan panggalan soldadu Amerika ini.  Satu demi satu pangkalan Amerika musnah. 

Alat penangkis peluru berpandu termasuk Iron Dome yang di pasang di Negara Arab  Telok menjadi sasaran peluru berpandu Iran. Alat risikan tercanggih  seperti THAAD yang di pasang di Bahrain, Kuwait dan Qatar musnah. 

Alat risik THAAD  - ( Terminal High Altitude Area Defence ialah sistem pertahanan peluru berpandu yang dipasang dengan trak   untuk   memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik jarak dekat, sederhana dan terhad menggunakan tenaga kinetik "hit-to-kill".
Negara boneka Amerika ini minta bantuan senjata dan alat penangkis  untuk mengganti yang musnah. Israel juga meminta senjata dan  peralatan baru. Jawapan dari Amerika cukup mengecewakan.

Amerika sendiri terpaksa  meminta kembali Iron Dome dan alat penangkis peluru berpandu yang telah di hantar ke Korea Selatan dan Taiwan.  Sekutu Amerika ini sedang merasa tertekan. Bayangkan betapa kecutnya perut  negara Arab Teluk ketika ini.

Persoalan sekarang apakah ada kemungkinan untuk perang ini di hentikan. Jawapan dari Iran jelas.  Perang akan diteruskan. 

Tuntutan awal  Iran  sebelum berlaku gencatan senjata dan perundingan ialah  Israel dan Amerika hentikan serangan.  Jika tidak peluru berpandu dan drone Iran akan terus bergerak.

Mampukan Amerika dan Israel menghentikan perang ini?

Wajib di sedari bahawa pada ketika ini pengaruh Kristian Zionis di Amerika  dan Zionis Ortodoks di Israel mahu perang di teruskan.

Dua kumpulan ini sedang bekerja siang dan malam untuk memastikan perang berlanjutan.
Kristian Zionis dan Zionis Ortodoks ini  memiliki satu ajaran kepercayaan agama. Mereka mahu membawa kita semua  ke Armageddon.

Armageddon ini ialah perhimpunan tentera yang dinobatkan  untuk pertempuran pada akhir zaman – ertinya Kiamat. Ini menurut ajaran Kitab Wahyu  Yahudi dalam Perjanjian Baru Alkitab Kristian.

Armageddon ini ialah perang untuk memastikan kemunculan Kali Kedua Nabi Isa. Bunyi ajaran ini  tidak masuk akal. Tetapi semua persediaan telah di usahakan.  

Apa persediaan itu kumpulan kaum Zionis ini ?  Tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI. COM
https://www.malaysiakini.com/columns/770706


PROJEK MADANI - PECAH PERENTAH


PROJEK MADANI

GADUHKAN 

MELAYU INDIA

PECAH & PERENTAH

AMIN

TUTUP BERITA

KORPORAT MAFIA

KHALAS