Ahad, 23 Ogos 2009

PETANG YANG JUJUR




SEHARI TELAH BERLALU


Petang ini akan berakhir
Matahari akan turun meninggalkan kita
Lalu matahari pergi
Ada orang lain yang memerlukan cahayanya

Maka tertutuplah kitab sebuah hari

Apabila kita berlapar ini maka cuba renongkan
Makna hidup dan kewujudan
Dari mana hendak ke mana

Ketika kita berlapar ini
Bebaskan diri dari hiruk pirok
Bebaskan dari mengejar yang tak sudah sudah
Mengejar yang tak dapat dapat

Dalam suasana petang ini sebelum matahari berundur
Sebelum matahari menyinarkan kepada orang lain
Mari kita bertanya diri
Mari memeriksa diri

Apa yang sebenarnya yang kita cari

Cubakan fikirkan apakah ini siuman
Tersentak diwaktu pagi
Berasak-asak dijalan raya
Membuat sesuatu
Membuat sesuatu
Membuat sesuatu
Yang membosankan

Kemudian pulang
Berasak-asak
Berasak-asak
Berasak-asak
Berasak-asak
Di jalan raya

Berakhirnya satu hari

Masih belum sempat bertanya apakah yang sebenarnya di cari
Atau melakukan semua ini kerena tidak pernah memikirkan
Betapalah enaknya memancing ikan
Betapalah enaknya bersandar di tepi laut
Betapalah enaknya menulis sekeping surat cinta

Betapalah enaknya mengembalakan sekawan kambing
Dari menjadi hamba kepada entah apa-apa

Dalam dahaga petang
Dalam lapar senja
Cuba tanya diri

Berdiri tegak ini hendak ke mana?

Aku lakukan ini kerana orang lain buat
Aku lakukan ini kerana macam ini macam inilah macam ini
Aku buat ini kerana datuk aku buat
Aku buat ini kerana datu datuk aku buat

Hah ! dalam lapar dan dahaga ini
Berfikir sajenak
Bertanyakan diri
Soal diri sendiri



10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku lebih memilih untuk membaca tulisan hishamuddin rais berbanding cumbu berahi.


-Kembar Boy George

Kah kah kah!

Jemba berkata...

"Berasak-asak dijalan raya
Membuat sesuatu
Yang membosankan.."

we really are stupid in disguise.. heheheh..

Tanpa Nama berkata...

memang ngam soi lar!berbuka dgn segulung ganja,mmg mengasyikkan baca mende ko tulis ni!

master berkata...

Secaja jujurnya kita datang daripada tuhan dan akan kembali kepada tuhan ..

Kucing Parsi berkata...

berasak2 sambil berbuka di atas jalan raya

alhamdulillah puasa aku di penuhi dengan perkara yang berfaedah!!!

visit

http://www.melodymockers.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

"Where Do We Come From? What Are We? Where Are We Going?" - Paul Gauguin

Nunca Caminaras Solo berkata...

Sedang menyoal diri sendiri sekarang.. Harap lepas habis Ramadhan nie dapat meneruskan amalan-amalan untuk persiapan diri ke tempat tujuan.. Ameenn..

tenken berkata...

ada pilihan lain tak???

Tanpa Nama berkata...

bang..

Mintak izin copy paste masuk facebook boley?

(dah masuk pun.. :p)

Tanpa Nama berkata...

Tak semua manusia itu memiliki perjalanan hidup yg unik, aneh dan tersendiri ikut kepala sendiri... Kebanyakannya telah diprogramkan ikut keadaan sekeliling.. Hanya sebilangan... mereka itu orang-orang biasa.. Salam Ramadhan