SIAPA PUNYA INI?
KETUA PEMUDA PAS ISTIHAR ASET - mstar
KOTA BARU: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi pada
Khamis memulakan langkah pertama dengan mengisytiharkan aset miliknya bagi
membuktikan ketelusan pemimpin sayap parti itu.
Malah menurut beliau, langkah pendedahan aset
secara terbuka itu akan turut dilaksanakan oleh semua calon Pemuda PAS yang
dipilih menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
"Pada hari ini saya memulakan gimik
deklarasi aset milik saya dan selepas ini kita akan mendedahkan kepada umum
aset wakil Pemuda PAS sekiranya mereka menjadi calon," katanya ketika
menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-53 di sini,
Khamis.
Terdahulu Nasrudin menerima borang
pengisytiharan harta daripada Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat.
Langkah tersebut bagi menunjukkan ketelusan
barisan kepimpinan Pemuda PAS Pusat walaupun mungkin tidak semua dicalonkan
pada PRU-13.
Menurut Nasrudin, pendapatan bulanannya ialah
sebanyak RM2,800 iaitu RM2,500 adalah daripada elaun Pemuda PAS sebagai ahli
politik sepenuh masa manakala bakinya daripada wang sewaan rumah miliknya.
7 ulasan:
aik...
lain macam bunyinyer...
mina cooper?
balak?
petrol pump?
ini sapa yang punya abd wahub...jgn mara nanti kena jual
TT,
BOLEH DILIHAT JANGAN DIJAMAH,
BUAT BERBANGGA BERSAMA KAWAN,
INGIN KU TAHU CERITA DITOHMAH,
MINI COOPER CUTE LAGI MENAWAN.
aku kurang percaya dgn sigemok pemalas ni....
jgn belajar dari hassan hidung kuat temberang....
atau sigemok ni keturunan hassang....
kah...kah....kah....
hahaha..ini kereta Ahmad Albab yang punya..hahaha
ahahaha... xkan harap elaun je bro.. lu gerak sana sini hari hari smpi saman berpuluh2 dapat. biar betul . camne plak harap elaun rm2500 pas2 leh ada selera plak pakai keta besar bayar bulan2 1400. kurang dipercayai ni.. kalo dia cakap gaji dia 10k pun aku xkisah la janji jujur ma.
bro TT, apa mau tunggu lagi.
gimik wayang kulit je tu ..susah sgt nak cayanya.. tetiba kuar gimik2 bagai nie apa kes? nak tunjuk ter'baik ke apa? ke sudah kena godak? kahkahkah..
TT...
Keta apo yg dia bayor sampai rm1400 tu??? Nie ketua pemuda PAS, kalau menang Pilihanraya...mahu bayau keta rm3000 sebulan...aku gaji rm4k pun pikir 2~3 kali nak bayar rm1400 tu kereta...dapat 2 biji pesona tu...patut dia pakai waja jer...murah sikit...baru nampak islam, sederhana...Baru 400~500 sebulan. Ker ada duit tepi tp tak mahu kasi tahu...he3
Catat Ulasan