Jumaat, 16 November 2012

DEMO LEPAS JUMAAT - SOKONG PALESTINE



LAWAN ZIONIS CUKUP SENANG
TAK PERKLU PERGI KE GAZA
TAK PERLU PERGI KE LIBANON
JANGAN MASUK MEK DOGAL
JANGAN MINUM KOKA

DEMO ANTI ZIONIS 

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersama gerakan mahasiswa & anak muda akan mengadakan Demonstrasi anti-Israel berikutan serangan yang telah dilakukan oleh tentera Zionis Israel ke atas Gaza yang telah mengorbankan banyak nyawa termasuk kanak-kanak & Ketua Pasukan Tentera HAMAS; Ahmed Jabari.

Demonstrasi anti Israel ini akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 16 November 2012 
Hari : Jumaat
Masa : 2 petang
Tempat : Berkumpul di Masjid Tabung Haji & berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat.


Demonstrasi ini turut disertai oleh :

1. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
2. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
3. Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
4. Student & Youth Democratic Movement (DEMA)
5. Pro Mahasiswa Nasional
6. Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)
7. Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
8. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
9. Demi Mahasiswa KUIS (DMK)
10. Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM)

Justeru, kami di peringkat mahasiswa & anak muda menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama dalam demonstrasi ini bagi menyampaikan mesej bahawa tindakan tentera Israel ini sudah melanggar prinsip-prinsip hak asasi manusia.


Kami  menggesa pihak pentadbiran Amerika Syarikat yang ditadbir oleh Presiden Barrack Obama mengambil serius berkenaan isu ini dalam pada masa yang sama dapat menasihati sekutu Amerika Syarikat tersebut supaya menghentikan serangan.

Presiden Barrack Obama perlu membuktikan bahawa dasar luar yang dibawanya mampu membawa kesejahteraan kepada sejagat. 

Kami juga tegaskan bahawa isu serangan di Gaza ini bukan sekadar isu umat Islam sahaja, malah ia lebih daripada itu. Ini adalah isu kemanusiaan sejagat.

Terima kasih.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

siapa yg telah menyokong hamas secara terbuka sebelum ini? sengketa di syria telah menyebabkan hamas dan syria dan mungkin sekutu syria, iran dan hizbollah telah berpecah. hamas dikatakan tidak mengenang budi. gendang mazhab punca keretakan. siapa yang memalu gendang tersebut? bila tiada lagi sekutu negara syiah di belakang hamas, srangan terbaru israel di lakukan. nak mengharapkan tindakbalas dan sokongan dari negara arab lain, semuanya lembu dicucuk hidung. dari dulu hingga sekarang, baik di negara arab maupun di india, pakistan juga di malaysia, indonesia, inilah senjata yang sentiasa akan melemahkan org islam.

didi kota belud berkata...

JANGAN MERUSUH..JANGAN BALIN OBJEK...JANGAN HALANG JALANRAYA....AKU ADA IDEA....JALAN BERBARIS BETUL BETUL DIDEPAN PINTU KEDUTAAN TU...TIGGAL KAN SELIPAR ANDA SEMUA DI SITU.....KALAU SERIBU ORANG ..DAH DUA RIBU SELIPAR....KASI LONGGOK KAT SITU SEBAGAI SIMBOL BANTAHAN.....AHHH LORI AKU TUNGGU KAT KEDUTAAN IRAQ KALAU NAK BELI SELIPAR....ALAH LIMA HINGGIT JER.....HEHEHE...AKU PUN NAK KAYA MACAM TT GAK.....?

Tanpa Nama berkata...

Cuba tanya para2 pendemo tu, berapa ramai yang tak makan mek dogal? Berapa ramai yang tak minom air koka?