Khamis, 6 Disember 2012

SILA HULUR BANTUAN UNTUK ANAK WARTAWAN MALAYSIAKINI


Hanya 2 kelopak mata, kaki kanan boleh bergerak'

Selepas 13 kali menjalani rawatan radioterapi, anak sulung kesayangan Penolong Pengarang Meja Bahasa Melayu Malaysiakini, Mohd Jimadie Shah Othman - Adam Azfar setakat ini, hanya mampu menggerakkan dua kelopak mata dan kaki kanannya sahaja.
NONEAnak sulung manja pasangan Mohd Jimadie Shah Othman, 32, dan Emme Nurelyana Sazali, 31, dimasukkan ke Hospital Serdang pada 3 November lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas disahkan mengidap ketumbuhan.

Ketumbuhan yang dikenali sebagai 'Pontine Glioma' sepanjang 2.5cm itu dikesan berada di tengah-tengah bahagian otak Adam Azfar.

Adam Azfar dibenarkan pulang ke rumah pada 30 November lalu, selepas tiga minggu dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Adam turut menyambut ulang tahunnya ke-6 kelahirannya pada 23 November lalu di hospital itu.

Berbanding dahulu, anak kecil itu yang ceria, aktif dan tidak kekok bermain-main dengan rakan-rakannya, kini terlantar di katil di rumahnya dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

"Keadaannya masih tidak bagus... Tetapi dia masih sedar. Hanya dia tak boleh bercakap dan tidak boleh makan melainkan susu bernutrien tinggi melalui tiub.

"Semua anggota tidak boleh bergerak, kecuali kaki kanan dan dua kelopak mata," kata Mohd Jimadie Shah kepada Malaysiakini.

Menurutnya, anaknya itu - yang ada kala menangis dan ada kala ketawa - hanya diberi susu bernutrien tinggi bernilai RM136 dan disediakan sebanyak 100 mililiter bagi setiap empat jam setiap hari.


NONETabah mengasuh anaknya setiap hari, Mohd Jimadie mengakui takut melihat timbunan ubat bagi menahan kesakitan anaknya, bagaimanapun menerima hakikat keperitan yang ditanggungnya adalah kehendak dan ketentuan Allah terhadap diri dan keluarganya.

"Ubat-ubat itu dihancurkan dan dimasukkan ke dalam susu. Steroid pula diberikan untuk mengelak bengkak selepas rawatan radioterapi," katanya.



Kadang-kadang Adam Azfar akan mengalami muntah dengan kekerapan sekali dalam tempoh dua hari, katanya.

Mohd Jimadie berkata antibodi anak lelakinya itu kini lemah dan Adam tidak boleh berada di tempat awam bagi mengelakkan sebarang jangkitan untuk mengelak selsema dan batuk.

Katanya, Adam Azfar masih perlu berulang-alik setiap hari dari Puchong ke HKL untuk menjalani baki rawatan radioterapi sebanyak 17 kali dan hari ini anaknya menjalani rawatan ke-14.

Akhbar Sinar Harian sebelum ini menyediakan satu tabung untuk membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan.

Mengikut jurucakap akhbar berkenaan tabung sumbangan telah mencukupi dan pihaknya akan menyampaikan kepada Mohd Jimadie dalam masa terdekat.


Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun Jimadie Shah bernombor 164717019142 (Maybank).

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini Adam Azfar di laman sosial Facebook 'We Love Adam Azfar'.

7 ulasan:

insafdoh67 berkata...

Muka Npok jahil tt tp HATI BAIK.. Jahil Clas A r Bro tt. Jom kita Derma dan Bantu sesama Insan.. X kira sape. Warna politik. Ape sja r kta Pakat Bantu.. Sertakan no Akaun Bank bru senang nk bntu. Jom Ank Muda Kita Mulakan Amalan Menolong. Anggaplah mereka kawan atau sedara kita. Susah kita PAKAT tolong. INSAFLAH.......

Tanpa Nama berkata...

make sure ada yg dh notify maybank pasal derma ni coz dah byk kes before ni, bila derma mencurah2 masuk, maybank akan freeze akaun, problem lain lak timbul. kalau x silap, maybank pernah freeze akaun arwah bob kuman time arwah sakit. just sharing...

Tanpa Nama berkata...

Make sure ada yg dah notify Maybank pasal derma ni coz Maybank biasanya freeze akaun bila derma masuk mencurah2. Kalau tak silap, pernah terjadi Maybank freeze akaun arwah Bob Kuman waktu arwah sakit, $ derma org ramai lgsg tak boleh digunakan untuk tempoh yg agak lama sedangkan arwah amat perlukan $ bantuan yg masuk ketika itu. just sharing.....

Tanpa Nama berkata...

Kisah syiah untuk Pencerahan...mohon paklong tukar tiub siarkan untuk pencerahan da diskusi....anak muda, sebagai tanda keterbukaan pak long TT...

http://www.youtube.com/watch?v=ayXKBxp12Yo

Roti Canai berkata...

account not authorised la

DIDI KOTA BELUD berkata...

kalau sumbangan tak cukup....mana pergi berbilion wang zakat....aku punya zakat yang tak seberapa tu bagilah kat anak tu.....PPZ....bagilah...??...semoga anak ini sihat cepat dan dapat berlari laju lagi...insyahallah....thank u tt.....aku taulah apa nak buat.???

Tanpa Nama berkata...

tlg tanya mashitah, blh dpt peruntukan zakat x?
xkan usaha dptkan bhgn zakat utk hiv je kot...
blh x aku beri zakat utk anak kecil ini?