Sabtu, 11 Mei 2013

KHALID IBRAHIM TERUS JADI MB SELANGOR





KENYATAAN AKHBAR
SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT

KEJAYAAN MEMPERTAHANKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT  SELANGOR DAN PERLANTIKAN MENTERI BESAR SELANGOR


Parti KEADILAN Rakyat memanjatkan rasa syukur kami ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan Pakatan Rakyat mempertahankan negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami dan rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat terhadap para pengundi khususnya dan rakyat negeri Selangor amnya kerana telah memberikan kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri Selangor buat penggal yang kedua. 

Bagi pihak KEADILAN, saya juga ingin merakamkan penghargaan kami kepada pimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor, juga kepada jentera ketiga-tiga Parti KEADILAN, PAS dan DAP yang telah bertungkus lumus dan penuh komited dalam amanah yang dipikul untuk memastikan kepercayaan rakyat Selangor terus diberi kepada Pakatan Rakyat.

Kejayaan ini juga disambut dengan penuh rasa tawaddhu’ dan rendah diri, terutama dalam proses untuk menamakan seorang Menteri Besar bagi memimpin kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam pentadbiran negeri. KEADILAN sesungguhnya amat berbesar hati dan menghormati sokongan oleh PAS dan DAP yang telah bersetuju supaya jawatan Menteri Besar Selangor dinamakan dari Parti KEADILAN Rakyat.

Berteraskan kepada prinsip konsensus dan rundingan serta semangat kesetiakawanan dan kerjasama yang selama ini telah tersemai dalam Pakatan Rakyat, KEADILAN telah mengangkat dua (2) nama dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri KEADILAN yang berjaya memenangi kerusi mereka dalam pilihanraya umum Negeri Selangor baru-baru ini kepada pimpinan PAS dan DAP untuk dibincang secara bersama dengan KEADILAN bagi memilih salah seorang daripada mereka untuk dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS dan DAP, menerusi Presidennya Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng masing-masing telah bersetuju supaya Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang untuk  diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan meneruskan khidmat cemerlang beliau menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

KEADILAN dengan ini menyeru supaya keseluruhan rakyat Negeri Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk terus menggembeling semangat kerjasama dan setiakawan antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit yang telah selama ini ditunjukkan, bagi terus memastikan agenda perubahan rakyat  dapat diteruskan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.

Sekian, terima kasih.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT

10 MEI 2013



Pakatan sahkan Khalid MB Selangor 
Harakahdaily
Jumaat, 10 Mei 2013
 

kemaskini KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akhirnya mencapai konsensus bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor buat penggal kedua ekoran pencapaian cemerlang Selangor sepanjang tempoh penggal lalu.




--------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...takbir!!!...hasan jati n sewaktu dgn nyer serta katak2 yang terlompat2 harap diam Dan jika ada pimpinan kere jaan BN haramjadah membuat onar ya harap beri motibasi dan teguran...

Tanpa Nama berkata...

1.huhhh!!berebut kerusi MB!!sapa kisah!!semuanya macai kafir dap jee!!
2.paling tak dak akai ialah puak-puak Pas!!bodoh tahap gaban!!

DIDI KOTA BELUD berkata...

Ya...dia orang yang terpilih dan sesuai.....dia juga my first choice sebab itu 2 penggal aku jadi PACA dia servis is free of charge......kahlid is my mb walaupun aku orang sabah...kalau di timbang kati antara dia dan musa aman....aku campak je musa aman tu dalam timbunan perut ayam dalam tong sampah.....dan khalid.....we love you...satu BTR LOVE YOU...JAGA KESIHATAN BOS...KO NAK AKU REPAIR KETE KO PUN NO HAL...FREE OF CHARGE....PENDEK KATA...KALAU LEHER AKU KENA POTONG PUN...KO TETAP MENTRI BESAR AKULAH.........second choice aku azmin...sabar min...kau masih muda...semenyih dan kota damansara tu aku tahu sikit sikit apa sebab...so sabar je min...MASA LU AKAN SAMPAI....LEK BROOOOOOKO.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat akan mula muak jika masalah dalaman digempak-gempakkan di media (baca kenyataan Azmin dan Anwar).You have problems, sort them out internally.All the rakyat want to see a unified PR and BN tumbang.Rallies itu pun sudah mula membosankan.Tumpukan saman SPR dan buktikan adanya election fraud.