BERGUMBIRA KELUARGA INI
60 tahun cari ibu kandung berhasil
Kota Bharu: Selepas 63 tahun menyerahkan anaknya kepada pasangan Melayu sebelum mengambil keputusan kembali ke China, seorang wanita tidak menyangka dapat bertemu semula dengan anak sulungnya itu.
Huang Yi Giao, 79, berkata keputusan untuk kembali ke Kelantan pada Julai lalu, ternyata berhasil apabila menemui semula anaknya, Roslina Ahmad, 63, di Kampung Paya Bemban, di sini.
“Saya dan mendiang suami yang juga seorang anggota polis terpaksa menyerahkannya kepada pasangan Melayu pada 1950 ketika menetap di Gua Musang kerana ketika itu zaman darurat dan keadaan susah.
“Saya juga lumpuh tangan kiri selepas melahirkannya. Mendiang suami, Yong Yang, mengajak saya pulang ke Hainan, China untuk berjumpa tabib bagi mengubati penyakit saya.
“Walaupun berat hati, saya terpaksa juga menyerahkannya kepada pasangan terbabit yang tidak mempunyai anak," katanya dalam keadaan sebak, ketika ditemui di sini, semalam.
Yi Giao dan Yong Yang menetap di Gua Musang sejak 1930-an sebelum menyerahkan anak perempuannya kepada Ahmad Said serta isterinya Bidah Abdullah. Ahmad dan Bidah meninggal dunia pada 1973 dan 1990.
Cari adik beradik
Selepas menemui Roslina pada Julai lalu, Yi Giao sekali lagi bersama lima anaknya, Yang Chai Qun, 61, Mie Lan, 57, Chai Qing, 55, Jun Na, 52 dan Xiao Fen, 32, tiba di Kelantan kelmarin sebelum dijadual pulang semula ke China pada 17 November ini.
Yi Giao berkata, pada 2003, beliau bersama anaknya, Mie Lan, datang ke Malaysia untuk mencari Roslina dengan bantuan Ketua MCA Gua Musang, Lew Kew.
Sementara itu, Roslina yang juga ibu kepada enam anak berusia antara 22 hingga 27 tahun, berkata beliau juga berusaha mencari ibu kandung serta adik beradiknya dengan menyiarkannya di dalam beberapa akhbar tempatan.
“Pada mulanya, saya sangka ibu kandung sudah tiada kerana sudah terpisah lama tapi saya yakin mempunyai adik beradik yang lain. Saya berusaha mencari mereka dan dimaklumkan oleh Lew Kew, ibu bersama adik ada datang ke Malaysia pada 2003 untuk mencari saya. Namun kami tidak berjumpa.
“Saya dan ibu dipertemukan pada Julai tahun ini selepas ibu mengesahkan kepada Lew Kew anak perempuan yang diserahkan kepada pasangan Melayu di Gua Musang itu mempunyai tanda lahir pada paha kanan,” katanya.

1 ulasan:
Motif?
Catat Ulasan