Isnin, 27 Oktober 2014

ANGKARA KETUANAN MELAYU





KOMENTAR
lihat apa terjadi
kepada kampong berembang

lihat apa terjadi
kepada pelentong jay bee

lihat apa terjadi
kepada kampong kerinci
kepada kampong abdullah hukum

serangan sedang dilakukan
kepada kampong chu badak
kepada kampong banda dalam

semua hasil angkara
parti ketuanan melayu



Mohd Hasrol Haffiz Aliasak
KUALA LUMPUR - Sikap masyarakat Melayu yang menganggap tanah sebagai komoditi jual beli merupakan antara faktor utama penyusutan bilangan tanah rizab Melayu.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Hartanah Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara, Dr Mohd Hasrol Haffiz Aliasak berkata, hasil kajian yang dijalankan pada 2009 hingga 2011 menunjukkan hampir 75 peratus responden menjual tanah bagi mendapatkan keuntungan serta-merta.

"Kebanyakan masyarakat Melayu yang berpendapatan rendah hanya mempunyai tanah untuk dijual atau dicagar. Masalah berlaku apabila mereka jual atau cagar tanah kepada orang bukan Melayu.














---------

2 ulasan:

Awanama berkata...

Sejak sebelum merdeka parti barua british telah memerintah mengikut acuan british. Dasar pecah perintah dan kekalkan hegemoni politik. Bezanya parti ini pakai topeng agama bangsa negara.... cuma untuk merompak segalanya untuk diri keluarga dan kroni. Apa pun masa untuk perubahan sudah sampai.. segala hak tanah di jual....demi kaut untung...kah kah kah.... masalahnya bani melayu masih kabur.... masih dilema bak kata mamak yang berjaya perintah negara 22 tahun...bagi melayu perintah lagi cepat royak lagi rakus lagi rasuah kuat lagi projek kah kah kah.


Bagi mamak tu saja perintah balik kah

Awanama berkata...

Pak perkatak hanya berminat rixab tempurung kelapa.selagi membodek selagi tu hiidup.