Ahad, 30 Julai 2017

MAPPADULUNG SEDANG KELAM KABUT







MAPADULUNG

SEDANG

KELAM KABUT

DARI ONN

KE SADDAM

KE ARAB 

SPRING

INI PETANDA

MADEY BISA

MENYENGAT

Najib: Umno terus kukuh tanpa Onn Jaafar, Mahathir


Pendirian Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dr Mahathir Mohamad untuk tidak kembali ke pangkuan Umno tidak sedikit pun akan menjejaskan kekuatan parti itu, tegas Najib.

Presiden Umno berkata ini kerana kekuatan utama Umno bukan terletak kepada individu mahupun presiden, tetapi ditunjangi perpaduan dalam kalangan tiga juta anggotanya di seluruh negara.

Katanya sejarah Umno telah membuktikan parti itu terus kukuh walaupun pengasasnya  Onn Jaafar sendiri pernah meninggalkan parti itu dan tindakan itu sedikitpun tidak memberi kesan kepada parti.

"Sehingga kini ia masih mampu berdiri kukuh dan terus kekal subur. Sebab itu apabila Dr Mahathir kata dia tidak akan kembali kepada Umno, go ahead… tak jadi masalah pun kepada Umno.

“Saya bukan takbur, saya bukan hina dia kerana saya sedar dan tawaduk bahawa menjadi presiden parti pun tidak kuat, sebaliknya yang kuat adalah lebih tiga juta ahli Umno yang sokong kepemimpinan presiden," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Lipis di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis hari ini.

Persidangan turut dihadiri oleh Tuan Haji Adnan Yaakob yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang Ketua Umno Bahagian Lipis  Tuan Haji Abdul Rahman Mohamad dan Timbalannya Tuan Haji Mohd Soffi Abd Razak.

Rugi di zaman Mahathir

Najib turut menempelak Dr Mahathir yang sering membuat serangan terhadap dirinya terutama dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedangkan beliau (Mahathir) sendiri gagal ketika mentadbir dengan mengalami kerugian berbilion ringgit.

“Zaman Dr Mahathir, dia tak pedulikan sangat tentang pengangkutan awam. Semuanya bailout, LRT bailout, monorel bailout, bas bailout… semuanya gagal, tetapi kita berjaya menyiapkan MRT dengan kos yang berpatutan

“Saya bukan nak mengutuk, tetapi saya bercakap benar, saya sebut dia gagal sebab Proton kita kena selamatkan dengan beri RM1.5 bilion dan tambah lagi RM1.5 bilion, MAS rugi, Perwaja rugi, Bakun rugi dan macam-macam lagi rugi. Zaman dia kita kerugian sebanyak RM33 billion akibat pertukaran asing (forex), siapa nak jawab.

“Dia asyik sebut pasal 1MDB sedangkan kita ada tanah dan aset yang boleh tarik pelabur dan mengembalikan semula keuntungan. Tetapi RM33 billion itu siapa nak jawab… Dr Mahathir nak jawab? Jawablah di RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) nanti,” kata Najib.

Dalam pada itu, perdana menteri dalam ucapannya sekali lagi menegaskan bahawa menukar kerajaan yang sedia ada bukanlah jaminan dan jalan penyelesaian terbaik kepada semua masalah, malah dikhuatiri akan lebih memudaratkan negara dan rakyat.

Iktibar Arab Springs

Katanya rakyat seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa kebangkitan rakyat atau Arab Springs yang menyaksikan banyak negara Timur Tengah seperti Iraq, kini bergolak.

“Menukar kerajaan bukan penyelesaian, kalau lebih baik masuk akal… kalau lebih buruk, lebih mendatang bala dan bencana serta lebih tidak menentu, lebih mendatangkan bala dan bencana… itu bodoh punya kerja… Minta maaf terpaksa kata.

“Doktor saya di IJN (Institut Jantung Negara) bagi tahu ada pesakitnya orang Iraq apabila tanya mana lebih baik dahulu atau sekarang, dia kata seburuk-buruk zaman Presiden Saddam Hussein sekurang-kurangnya mereka ada makanan di atas meja, anak boleh ke sekolah, keadaan negara aman,” katanya.

​​Kata Najib, Malaysia telah melalui banyak fasa pembangunan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) baik di kawasan bandar dan luar bandar dengan pelaksanaan projek-projek ekonomi berimpak tinggi selain kebajikan rakyat sentiasa dibela.

“Sehingga hari ini pakar-pakar ekonomi mengatakan Malaysia hari ini berjaya terlepas daripada perangkap pendapatan pertengahan. Malaysia kini merupakan negara ke-25 paling berdaya saing dunia. Perkembangan ekonomi negara kita juga diramalkan boleh menghampiri tahap lima peratus.

“Malaysia bukan negara gagal, kenapa perlu menukar kerajaan kalau kerajaan sedia ada boleh membantu rakyat dan membangunkan negara,” katanya.


INGAT CARA

BACA MEDIA

BILA NAJIB

NAFI M'SIA

NEGARA 

GAGAL

MAKNANYA

BETUL

MALAYSIA

SEDANG 

GAGAL

KAH KAH KAH

--------------

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

X rela berketuakan orang gagal: gagal periksa: gagal dlm rumah tangga, dh elok dpt bini cantek pilih yg mata duitan...,pandai copy n paste je,dah gagal dn terbukti gagal segalanya ad hati nk trusmemimpin Malaysia..

Tanpa Nama berkata...

Najib berkata ini kerana kekuatan utama Umno bukan terletak kepada individu mahupun presiden, tetapi ditunjangi perpaduan dalam kalangan tiga juta anggotanya. Haaaaa.... apa lagi 3 juta anggota... bos kau sendiri dah mengaku dia sebagai presiden sendiri pun bukan kuat mana... jadi apa kau nak takut lagi untuk tumbangkan dia yang kau sendiri tau memang banyak masalah bagi kau semua pening kepala je nak menjawab untuk dia.... takkan masih kecut telor kottt??? Bangun la tunjuk jantan sikit!!

Tanpa Nama berkata...

Tolong tanya sama itu orang....zaman madey perentah ada tak 2.6 billion dalam akaun madey?....kalau ada....tlong la tunjukkan kat rakyat.....

Tanpa Nama berkata...

Najib dah melalut lalut, umpan PH dah mengena, PM dan TPM asyik sebut nama Madey jer seminggu dua ni. Nama Madey hari2 masuk Tivi3suku dan utusan dajjal. Makcik dan pakcik kampung dah mula marah bila tiap2 kali tengok berita kat tivi PM dan TPM hari2 asyik kutuk Madey. Kah kah kah teruskan... teruskan serang Madey.

DIDI KOTA BELUD berkata...

Hehwhw... Piem ni menjak kecil dah looser... Main bola.. Aduh.... Entot mongol... Usik bulu budak itam... aduh Aduh... Curi duit pun tak terrer... Pai bini pun pai ulung..asik mengaduh jee... . Ada susun daun lap lap fuh dia letak sam tuh tuh... Ulung ler daun tu bodoh... Susun le piak piak fuu.. Baru ada fight.... Habislah duit kita yg dio pinjam ni... Asik membayar cong je keje.......... Pi mampuslah kau.... Hehehhehehe

Tanpa Nama berkata...

antara key word nasiba guna pakai...
ekonomi kukuh - betul lah tu...
kekuatan ahli 3 juta - betul kah?
mahathir rugi lebih banyak dari saya....
tak ada mahathir pon masih elok
mahathir pon support kroni juga lee....
mahathir pon bail out
saya hanya teruskan usaha mahathir...
saya lebih hebat...
walau sadam hussein teruk lebih baik
kah kah kah
dia tak sampai tahap sadam hussein...
semua ada makan atas meja...
semua berak di tandas
semua ok tak ada susah
jadi kesimpulan
kekal saya atau atau atau
hangpa semua aku susahkan lagi
lagu mana ok tak???
kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Najib presiden kpd 3 juta pengikut yg yesss bosss.....

melaju7010@gmail.com berkata...

President yg paling berkuasa di malaysia... Dan PM yg Amat Amat berpengaruh diseantero dunia...msia...pisst(tapi kalah@takut dgn bini...kononnya bini nilah yg teraggggong aku miliki)kau tanggunglaaaa sendiri....balasannya...dulat dgn bini yg pertama dulu kot...

melaju7010@gmail.com berkata...

President yg paling berkuasa di malaysia... Dan PM yg Amat Amat berpengaruh diseantero dunia...msia...pisst(tapi kalah@takut dgn bini...kononnya bini nilah yg teraggggong aku miliki)kau tanggunglaaaa sendiri....balasannya...dulat dgn bini yg pertama dulu kot...