Ahad, 25 Ogos 2019

SILA LAYARI






SILA LAYARI

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2019/08/alamak-muslihat-di-sebalik-utusan.html?m=1 Betul jugak. Utusan banyak hartanah. Ngapa tak jual seketul bayar gaji? Melayu Kaya nak tipu duit Melayu miskin lagi ke? 
on 
JELES
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 25/08/19

Alamak ! Muslihat Di Sebalik Utusan Bungkus, Melayu Kaya Tipu Melayu Marhaen Lagi.

Saya melihat pengarang dan wartawan Utusan Malaysia telah membazirkan kerjaya dan membuang hidup mereka menjadi alat propaganda parti yang telah sekian lama menipu umat Melayu.

Kalau tuan-tuan tidak percaya, sila lihat sendiri lah keadaan umat Melayu. Sila tengok Kelantan. Atau Kedah. Atau pun Perak. Sila lihat sendiri keadaan dalam negara kita sekarang - samada ekonomi ke, perhubungan antara kaum ke, politik ke, hutang kerajaan ke,  perindustrian negara, keadaan universiti IPTA, sistem persekolahan ke, lebai jual air liur ke dan banyak lagi. Selepas 60 tahun pegang kuasa dan Utusan menjadi pencuci jamban mereka - apa yang ada pada hari ini yang tuan-tuan boleh banggakan? Habuk pun tak ada.

Tuan-tuan semua sepatutnya gusar, gundah dan gulana jika betul Utusan telah mencerminkan 'Minda Rakyat' dan menjadi 'Penyebar Fikiran Rakyat'.   If true it must reflect the pemikiran of a very sick society.

Tetapi kita bersyukurlah bahawa, setelah begitu banyak tahun berlalu, umat Melayu pun sedar Utusan serupa poster parti politik yang ditampal pada tembok dan tiang di tepi jalan - lapuk dek hujan dan lekang dek panas. Orang tak pandang sepintas lalu pun.  Utusan pun tidak laku. Sekarang akhbar ini akan ditutup, menjadi mangsa pegangan hidup mereka sendiri. A wasted life. Karma has made a full circle.

Tetapi dalam saat-saat jenazah diturunkan ke dalam liang lahad pun, masih ada hantu-hantu shokujinki yang ingin makan mayat dan tulang-tulang Utusan.  (Shokujinki atau human-eating ghosts, are the spirits of greedy, selfish or impious individuals who are cursed after death to seek out and eat human corpses).

Mereka adalah orang kaya dan puak-puak yang berpengaruh yang mengidam tanah, bangunan dan aset kepunyaan Utusan Malaysia.

Ini adalah mengikut analisa seorang pembaca blog ini yang telah meneliti berita berkenaan penutupan Utusan dan mengkaji sedikit audited accounts Utusan dan beberapa perkara lagi. Yang berikut ini adalah pemerhatian beliau. Saya harap tuan-tuan, terutama sekali kakitangan Utusan, akan faham muslihat orang kaya dan orang yang berpengaruh.  Pada saat orang sedang nazak pun, mereka tetap ambil kesempatan.

Yang berikut ini pendapat 'A Truly Sad Malaysian'.

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2019/08/alamak-muslihat-di-sebalik-utusan.html?




-----------

2 ulasan:

Awanama berkata...

Close plak..cibey btl

Awanama berkata...

They are advocaters of the maxim " threats and opportunities".