Ahad, 25 Ogos 2019

BARU BETUL









TERBAIK

Dituduh rogol pembantu rumah, exco Perak ambil cuti 


PAUL Yong yang didakwa atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya mengambil keputusan untuk bercuti daripada menjalankan tugas beliau sebagai ahli majlis eksekutif kerajaan negeri Perak walaupun sebelum ini bertegas akan terus meneruskan tugas-tugas kerajaan.

Beliau berkata dalam sebuah kenyataan hari ini bahawa beliau mahu menumpukan perhatian terhadap perbicaraan yang dihadapinya bagi membersihkan nama baik beliau.

“Selepas mempertimbangkan kedudukan sekarang ini secara teliti, saya mengambil keputusan untuk bercuti dari tugas-tugas rasmi sebagai exco kerajaan negeri Perak.

“Ini bagi membolehkan saya menumpukan perhatian terhadap perbicaraan yang bakal saya jalani seterusnya dapat membersihkan nama saya dan membuktikan bahawa saya tidak bersalah.”  

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh itu berkata beliau perlu mengutamakan kepentingan negeri daripada kepentingan dirinya dan akan menghubungi Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu hari ini.

Yong turut disarankan oleh peguam-peguamnya untuk memohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan secepat mungkin supaya beliau dapat membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah berhubung tuduhan tersebut.

Walaupun mengambil cuti daripada tugas-tugas rasmi ahli majlis eksekutif, Yong berkata beliau tetap akan meneruskan tugasnya sebagai wakil rakyat Tronoh. 

Dalam kenyataan yang sama, Yong menafikan sekali lagi tuduhan yang dikenakan ke atas beliau. Beliau menyifatkan dakwaan tersebut sebagai sebuah konspirasi politik untuk menjatuhkan karier politik beliau.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak berasas yang ditujukan kepada saya. Saya tetap mengatakan bahawa ia adalah konspirasi politik untuk menjatuhkan saya. Tuduhan berat ini lah menyebabkan tekanan berat ke atas saya, keluarga dan rakan-rakan.

Awal minggu ini, Yong dijatuhkan pertuduhan rogol seorang pembantu rumah Indonesia di mahkamah seksyen Ipoh di rumahnya pada bulan lalu.

Bagaimanapun, beliau menolak untuk bercuti dari tugas kerajaan negeri walaupun beliau dinasihatkan oleh menteri besar untuk melakukan demikian sehingga perbicaraan kes beliau selesai di mahkamah kerana mahu terus berkhidmat untuk rakyat. – 25 Ogos, 2019.
SOKONG

BARU 

BETUL
-------------

2 ulasan:

Unknown berkata...

Yg psal kes paul yong ni aku rsa awek tu gi repot sbb bengang paul tk brsunat. Msa tnya awal2 tu ckp de bsunat, kmudian msa main rsa lain mcm, ingt kndom rupanya kulit.. Ngamok la dia

Unknown berkata...

Cb tgok gmbo rais yatim tu. Mngkin dia ckp 'dgn dua jari mcm ni la saya cucuk dan gletek puting tetek dia, msa tu dia duk atas sy duk bwah...'