Isnin, 24 Februari 2020

GARIS RASIONAL






DENGAR GARIS

RASIONAL

Tumpu pembaharuan, bukan peralihan kuasa, kata Maria

KERAJAAN sepatutnya menumpu kepada pembaharuan, dan bukan merebut kuasa, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah.

Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) sebagai sebuah kerajaan yang dipilih melalui demokrasi hendaklah dihormati. Begitu juga dengan ahli-ahli Parlimennya, perlu menunaikan janji untuk melaksanakan pembaharuan.

“Menjadi tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat dari Pakatan Harapan melaksanakan janji untuk memperjuangkan agenda reformasi, memastikan kesejahteraan meliputi semua segmen masyarakat, dan mengembalikan kuasa kepada yang berhak, iaitu rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai beberapa mesyuarat semalam dan majlis makan malam yang dihadiri 131 ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan di Hotel Sheraton di Petaling Jaya malam tadi.

Apa yang berlaku semalam mencetus spekulasi bahawa akan berlaku penjajaran semula politik.

Maria tidak ketinggalan dikritik kerana muncul di Sheraton malam tadi bersama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya.

Dalam kenyataannya, Maria juga berkata sebarang penjajaran semula politik mestilah dilakukan secara konsensus.

“Sekiranya penjajaran semula diperlukan, ia wajib dilakukan secara konsensus.

“Semangat PH untuk berkongsi kemakmuran dan merealisasikan pembaharuan demokratik mesti dikekalkan.

“Sebarang perubahan lain mesti melalui proses pilihan raya yang demokratik. Sebarang percubaan untuk melakukan sebaliknya hanya menunjukkan ia bercanggah daripada kemahuan rakyat,” kata Maria. – 24 Februari, 2020.


JANGAN SIBUK

PM8 PM8 PM8

TUNTASKAN

AJENDA REFORM

------------

Tiada ulasan: