Isnin, 24 Februari 2020

LIGA RAKYAT DEMOKRATIK






TAHNIAH

LIGA RAKYAT

DEMOKRATIK

21/02/2020

Liga Rakyat Demokratik (LRD) yang baru di luluskan penubuhan pada 8 Januari 2020, telah mengadakan Mesyuarat Agung Pertama, pada 19 Februari 2020, bertempat di Markas Liga Rakyat Demokratik, Petaling Jaya, Selangor.

Mesyuarat telah membincangkan perihal pindaan perlembagaan, seterusnya melantik Jawatankuasa Pusat yang baru, untuk sesi 2020-2022.

Berikut senarai Jawatankuasa Pusat Liga Rakyat Demokratik bagi sesi 2020-2022:
1. Pengerusi: Adam Adli Abd Halim
2. Timbalan Pengerusi 1: Mukmin Nantang
3. Timbalan Pengerusi 2: Nalina Nair
4. Setiausaha Agung: Amir Abd Hadi
5. Setiausaha Organisasi: Dobby Chew
6. Setiausaha Kerja: Junmey Wang
7. Bendahari Agung: Beatrice Chin
8. Jawatankuasa Latihan dan Perkaderan: Abdul Muqit Muhammad
9. Jawatankuasa Pendanaan: Azira Aziz
10. Jawatankuasa Media dan Komunikasi: Aisyah Farhanah Mohamed
11. Jawatankuasa Perhubungan Awam: Safwan Anang
12. Jawatankuasa Isu dan Dasar: Tarmizi Anuwar

Jawatankuasa Pusat, yang telah bersidang telah sebulat suara bersetuju melantik Junmey Wang sebagai setiausaha kerja Liga Rakyat Demokratik.

Segala gerak kerja LRD akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Status pembekuaan pendaftaran keanggotaan baru untuk LRD kekal sehingga dimaklumkan dalam masa terdekat.

Tahniah dan takziah buat seluruh ahli jawatankuasa yang telah dipilih.

-Tamat-

Ke arah masyarakat yang adil, progresif dan demokratik,

Amir Abd Hadi
Setiausaha Agung
Liga Rakyat Demokratik



------------

Tiada ulasan: