Selasa, 28 Jun 2022

KENAPA MAT SELIT AKUI SEKARANG ?


PKR pertama kali


sahkan Anwar 

disokong

kluster mahkamah 

untuk jadi PM

Buat pertama kalinya PKR mengesahkan presidennya, Anwar Ibrahim mendapat sokongan daripada pemimpin Umno terpalit skandal rasuah dalam usahanya menjadi perdana menteri.

Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pengesahan Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman hari ini yang mengatakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya, Najib Razak memberikan sokongan mereka kepada Anwar, menjadi bukti kebenaran dakwaan bahawa ahli Parlimen Port Dickson itu mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen yang diulang beberapa kali olehnya.

“Kenyataan beliau hari ini juga, menjelaskan bahawa memang benar Pakatan Harapan (PH) dan Anwar Ibrahim mempunyai jumlah sokongan ahli-ahli Parlimen yang mencukupi untuk merampas semula kerajaan selepas mandat rakyat dikhianati melalui Langkah Sheraton,” kata Shamsul dalam sebuah kenyataan beberapa jam selepas Tajuddin mengadakan sidang media di mana beliau menuduh pemimpin parti itu berbohong terhadap ahli Umno.

“Justeru, ejekan sebahagian khalayak yang melantunkan kata-kata kononnya Anwar berbohong apabila menyatakan bahawa beliau mempunyai sokongan yang kukuh dan meyakinkan pada 22 September 2020 terjawab dengan sendirinya,” tambahnya.

Sebelum ini, Anwar mendakwa beliau mempunyai “sokongan majoriti yang kuat, kukuh dan meyakinkan,” dalam usahanya menduduki jawatan utama kerajaan itu selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menunjukkan bilangan sokongan yang diterimanya.

Pihak istana bagaimanapun mengkritik pemimpin PKR itu, mengatakan beliau gagal memberikan perincian nama ahli Parlimen yang menyokongnya.

Zahid dan Najib yang berdepan pelbagai pertuduhan jenayah dan rasuah membabitkan berbilion ringgit merupakan dua tokoh parti itu yang dilihat mengetuai sekumpulan pemimpin Umno yang dikenali sebagai “kluster mahkamah”.

Beberapa minggu selepas Anwar mendakwa mempunyai majoriti untuk menggulingkan Muhyiddin Yassin, yang merupakan perdana menteri ketika itu pada September 2020, MalaysiaNow mendedahkan Zahid dan Najib menulis surat kepada Istana Negara untuk menyatakan sokongan mereka kepada presiden PKR itu.

Tahun lalu, pakatan sulit antara Anwar dan pemimpin Umno itu semakin terdedah berikutan pembongkaran rakaman perbualan telefon antara beliau dan Zahid, di mana kedua-dua mereka saling puji memuji antara satu sama lain dalam rancangan mendapatkan sokongan ahli Umno untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu.

Ia kemudiannya disahkan Anwar, mengatakan beliau mendapat persetujuan dari PKR untuk mengadakan perbincangan bersama Umno dan beberapa parti lain untuk membentuk pakatan baru bagi menggulingkan Muhyiddin.

Muhyiddin ditumbangkan pada Ogos tahun lalu susulan penarikan semula sokongan lebih 10 ahli Parlimen Umno terhadap pentadbiran pemimpin Bersatu itu di mana Zahid dan Najib menjadi dalangnya.

MAT SELIT BIJAK

AKUI SEKARANG

JENG JENG JENG

TAPI KENAPA?

AMIN

MAT SELIT A.K.A

SAMSUL KALAH

DALAM PEMILIHAN

TAK MENANG

APA2  JAWATAN

KAH KAH KAH

UNTUK SELAMAT

BUAT KENYATAN 

YANG  AKAN

GEMBIRAKAN

RAFIZI

KAH KAH KAH

MAT SELIT 

TUNJUK DIRINYA

ANTI ANWAR

ANTI SAIFUDIN

DAN PRO RAFIZI

KAH KAH KAH

MAT SELIT BIJAK

MENYELIT

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: