Jumaat, 14 Julai 2023

KERETA LETERIK - TEST LAH




Kemasukan Tesla tarik lebih ramai pelabur ke Selangor, kata Amirudin


KEPUTUSAN Tesla Inc untuk menubuhkan ibu pejabatnya di Selangor akan menarik lebih ramai pelabur antarabangsa ke negeri itu, kata Amirudin Shari.

Menteri besar Selangor dalam satu kenyataan berkata, ia juga selaras dengan cita-cita negeri itu untuk menjadikan Selangor sebagai negeri yang memiliki kemudahan internet 5G paling cekap di Asia Tenggara.

“Kehadiran Tesla Inc di Selangor mencerminkan keyakinan pelabur terhadap pentadbiran ini dan ia akan menggalakkan lebih banyak syarikat antarabangsa dalam industri teknologi bateri untuk melabur di Selangor.

“Ini bukan sahaja penting dalam industri kenderaan persendirian, tetapi juga penggunaan teknologi bateri bersih dalam industri pengangkutan awam seperti kereta api, bas dan van,” katanya dalam satu kenyataan.

Amirudin berkata bagi memudahkan kemasukan Tesla ke negeri ini dan pejabat daerah dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan bersedia untuk menyelaraskan pelaburan Tesla di lokasi yang dikenal pasti di daerah Petaling dan daerah Sepang.

Kenyataan menteri besar itu dibuat selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Tesla akan menubuhkan ibu pejabat di Selangor tahun ini.

Anwar mengadakan pertemuan maya dengan Elon Musk ketua pegawai eksekutif pembuat kenderaan elektrik itu pagi ini.

“Saya mengalu-alukan minat dan keputusan pelaburan syarikat di Malaysia dan juga kesediaan Elon Musk untuk datang ke Malaysia.

“Turut mengucap tahniah dan dokongan kerajaan atas pembukaan Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman jenama kenderaan elektrik Tesla milik Elon di Selangor pada tahun ini,” kata Anwar hari ini. – 14 Julai, 2023.


WOIT

INI BERITA BAIK

UNTUK ALAM

SEKITAR

AMIN

PAKAI KERETA

LETERIK

BOLEH TEST LAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: