Jumaat, 14 Julai 2023

GUAN ENG KENA SAILANG


Chow pimpin Pulau Pinang semula jika Pakatan menang PRN, kata Loke

DAP menamakan Chow Kon Yeow sebagai calon ketua menterinya dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan datang, kata Anthony Look Siew Fook, menamatkan spekulasi mengenai masa depan ketua menteri sementara itu.

Setiausaha agung DAP itu berkata jawatankuasa eksekutif parti membuat keputusan yang disampaikan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Jawatankuasa ini yang diketuai oleh saya dan dianggotai oleh Lim Guan Eng (pengerusi kebangsaan), Gobind Singh (timbalan pengerusi), Nga Kor Ming (naib pengerusi) dan M Kulasegaran (naib pengerusi) secara sebulat suara menamakan Chow Kon Yeow sebagai calon ketua menteri Pulau Pinang untuk penggal yang kedua.

“Keputusan ini telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan beliau merestui keputusan tersebut sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH),” kata Loke dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

Ahli Parlimen Seremban itu menegaskan sebagai sebahagian daripada pembaharuan kepimpinannya, muka baharu akan diturunkan pada pilihan raya negeri akan datang.

“Proses pembaharuan ini adalah satu keperluan untuk memastikan kesinambungan dan kelangsungan kepimpinan DAP di Pulau Pinang yang lebih muda, dinamik dan berupaya untuk menerajui dan memimpin Pulau Pinang ke arah yang lebih maju dalam semua bidang demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan itu.

Loke berkata jawatankuasa pemilihan calon parti akan memuktamadkan senarai calon untuk enam pilihan raya negeri akan datang paling awal minggu depan.

Pada pilihan raya DUN Pulau Pinang yang lalu, PH memenangi 37 kerusi dengan Barisan Nasional memperoleh dua dan PAS 1. 

Kedudukan PH dalam 40 kerusi itu turun kepada 33 susulan tindakan Bersatu keluar daripada PH.

Dalam DUN yang dibubarkan, DAP memegang 19 kerusi, PKR 12, dan Amanah dua. – 14 Julai, 2023.

WOIT

INI PROJEK

HALANG 

GUAN ENG

KEMBALI 

BERKUASA

KAH KAH KAH

BUKAN DIA NAK

JADI

 KETUA MENTERI

TAPI NAK LETAK

BALACHI

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: