Khamis, 7 Mac 2024

MAIL BERA NAK BODEK NAJIB


Benarkah terdapat lampiran rayuan agar Najib ditukarkan dari penjara ke tahanan di rumah?

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta menjawab persoalan sama ada benar terdapat kewujudan satu lampiran memohon agar Najib Razak ditukarkan tempat tahanan dari Penjara Kajang ke tahanan di rumah.

Bekas Perdana Menteri kesembilan, Ismail Sabri Yaakob berkata, pertukaran lokasi tahanan itu juga difahamkan terkandung di dalam petisyen permohonan yang dibuat Najib sebelum ini.

Ujar beliau, penjelasan juga perlu buat samada isu tersebut dibincangkan ketika pembentangan rayuan bekas Ahli Parlimen Pekan itu pada Disember lalu.


“Saya ingin mengemukakan soalan kepada menteri berkaitan, sewaktu membuat rayuan pengampunan  Najib Razak, saya difahamkan ada lampiran supaya beliau ditukarkan tempat tahanan dari Penjara Kajang ke tahanan di rumah, dan difahamkan ada di dalam petisyen permohonan.

“Adakah ini benar atau tidak? Kalau benar, adakah ia dibincangkan semasa pembentangan rayuan  Najib?

“Yang di-Pertuan Agong sudah memberi isyarat jelas kepada kita semua agar terus bersatu hati membina kembali negara dengan rakyat sebagai keutamaan,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sesi Perbahasan Menjunjung Kasih Dan Tahniah Titah Diraja.




INI MI SPIK

NO INGLIS

NAK BODEK NAJIB

AMIN

ATAU NAK BODEK

UMNO

AMIN

CUKUPLAH

BIAR NAJIB

BERSALAI 

DI KAJANG

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mail Bera nak GST balik ganti SST, mengapa dia tak buat masa dia PM9?

Mail Bera dah jawab soalan SPRM dia sakaw RM300 juta dari Bajet PMO untuk Promosi Keluarga Malaysia masa PM9?

Apa pencapaian Mail Bera PM9 dengan J/K Jihad Anti-Inflasi dan Kos Sara Hidup? Yang tahu Pengerusi J/K Jihad, Geng BFF Mail Bera, Nuar Musa jadi Broker Menara KL sakaw RM500,000 setahun untuk 15 tahun,

Tanpa Nama berkata...

SAPA PELINGKUP NI.

Jamzuri Ardani
Ini lapuran audit tahun 2022. Masa ni negara ditadbir oleh janawibawa dan jawatankuasa jihad ….. 😅😅😅
Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki
negatif pada 2022
Ridauddin Daud
Mac 6, 2024 11:01 MYT
FELDA didapati mempunyai kedudukan tunai dan kesetaraan tunai yang rendah berbanding kerugian dengan nilai RM0.808 bilion berakhir 31 Disember
tahun 2022. – Foto fail/Astro AWANI