Khamis, 7 Mac 2024

PARTI MCA DAH BERANI TIBAI ANWAR



Kenaikan SST pastinya beri kesan domino – MCA

KUALA LUMPUR – Kenyataan Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan yang menyatakan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak membebankan orang ramai didakwa tidak selari dengan keadaan yang dihadapi rakyat.

Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng berkata, kenaikan SST kepada 8.0 peratus sekarang telah memberi tamparan berganda kepada rakyat.

Katanya, setiap kenaikan harga satu barang, sudah pasti akan memberi kesan domino, yang mana harga barangan dan perkhidmatan lain akan melonjak sama.

“Menaikkan SST kepada 8.0% hanya akan menyebabkan inflasi ‘melompat lebih tinggi’,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Teik Cheng berkata, mana-mana peniaga yang menjual produk terpaksa menaikkan harga disebabkan kenaikan SST pada caj pengangkutan dan cukai baharu yang lain kerana mereka tidak akan menyerap kenaikan kos.

“Dalam keadaan sebegitu, bagaimanakah orang ramai, terutamanya isi rumah B40 dan M40 boleh bertahan dengan tekanan kos sara hidup harian?

“Peningkatan SST sudah tentu menyebabkan harga barang melambung tinggi. Oleh itu, bagaimanakah menteri kewangan kedua boleh menganggap langkah ini tidak akan membebankan kehidupan orang ramai?,” soal beliau.

Tambahnya, Presiden MCA,  Wee Ka Siong dan naib presidennya, Wee Jeck Seng telah berulang kali menekankan kesan tindak balas kenaikan SST yang akan menyebabkan harga barang dan perkhidmatan meningkat.

Malangnya, kebimbangan mereka tidak diendahkan.

Sebaliknya, dakwa beliau, kerajaan memperkenalkan pelbagai cukai dalam tempoh singkat yang membebankan rakyat.

Ini termasuk SST pada minuman soda yang telah dinaikkan kepada 8%, cukai barang bernilai rendah (LVGT) pada 10% dan cukai keuntungan modal 10%.

Selain itu, cukai barangan bernilai tinggi (HVGT) yang berkuat kuasa pada bulan Mei ini yang ditetapkan 10%.

“Tidak lama lagi, pengguna akan merenung bil yang lebih tinggi untuk utiliti dan lain-lain,” ujarnya.

Oleh itu, katanya, selain daripada bayaran letak kereta, makanan, komunikasi, dan lain-lain, kerajaan perlu meluaskan skop pengecualian SST,

Memandangkan orang ramai bergelut dengan kehidupan seharian, mungkin kerajaan boleh meletakkan moratorium kenaikan SST atau mengecualikan segmen tertentu untuk membolehkan orang ramai bernafas, tambah beliau. – 

WOIT

INI SUDAH BERAT

KAH KAH KAH

PARTI CUKONG

DAH BERANI

TIBAI ANWAR

KAH KAH KAH

BILA KAYU REBAH

BANGLA BERANI

DATANG BERAK

KHA KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: