Selasa, 12 Mac 2024

MENTERI AGAMA PERLI ANWAR



Hentikan usaha promosi LGBT – Mohd Na’im


KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Mohd Nai’im Mokhtar mengingatkan pihak tertentu supaya menghentikan usaha mempromosikan budaya  lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Katanya, budaya berkenaan bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan malah bercanggah dengan budaya di Malaysia.

“Daripada sudut pendirian dan pandangan kerajaan jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan jelas bahawa kita tidak menerima amalan LGBT, kita tidak menerima sebarang usaha promosi LGBT.

“Jadi sebarang usaha-usaha ke arah mempromosikan LGBT saya harapkan daripada sudut agama kita kena hentikan.

“Kita nak lahirkan masyarakat yang tenang dan menghormati undang-undang dan budaya agama di negara kita. Daripada sudut keagamaan pandangan hal ehwal agama kita memang tidak boleh menerimanya,” katanya.

Dilaporkan, seramai lebih 200 individu menyertai perarakan himpunan Women’s March Malaysia (WMMY) 2024 yang diadakan di hadapan pusat beli-belah Sogo pada Sabtu lalu yang memperjuangkan kesamarataan jantina.

Antara agenda himpunan tersebut juga adalah untuk mengangkat agenda wanita sejagat.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur himpunan itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya, berkata himpunan berkenaan disiasat  mengikut Seksyen 15 Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Mengulas mengenai siasatan berkenaan, Mohd Na’im menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak polis.

“Saya percaya ada laporan polis dibuat terhadap perhimpunan tersebut. Jadi saya serahkan kepada pihak polis sepenuhnya untuk jalankan siasatan dan kemudian membuat tindakan hasil daripada siasatan yang telah dibuat,” katanya. – 



WOIT

MENTERI AGAMA

NI DAH BERAT

KAH KAH KAH

DAH BERANI

PERLI ANWAR

KAH KAH KAH

LU TAK CAYA

LU TANYA

ABDUL AZALINA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: