Selasa, 12 Mac 2024

IKUT CARA HUTHI LAWAN AMERIKA



Huthi tembak kapal Pinocchio milik AS


KAHERAH: Tentera Huthi mendakwa mereka menembak kapal Amerika Syarikat (AS), Pinocchio menggunakan peluru berpandu di Laut Merah.

Jurucakap kumpulan dalam siaran televisyen hari ini, Yahya Sarea, berkata kumpulannya akan meningkatkan operasi tentera pada bulan Ramadan sebagai sokongan terhadap rakyat Palestin yang masih menderita perang di Gaza.

Menurut Pangkalan Data Awam yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pinocchio ialah kapal kontena dengan Liberia yang dimiliki oleh syarikat berdaftar di Singapura, OM-MAR 5 INC.

Serangan Laut Merah oleh tentera Houthi mengakibatkan gangguan terhadap laluan kapal dunia, memaksa syarikat kapal mengubah laluan ke perjalanan lebih jauh dan mahal dekat Afrika Sselatan.

Pada Isnin, serangan udara gabungan AS-Britain mengenai bandar pelabuhan dan bandar kecil di barat Yaman, membunuh sekurang-kurangnya 11 orang dan mencederakan 14 yang lain.

Tentera gabungan Barat mendakwa mereka mempertahan laluan kapal dagang di Teluk Aden. - REUTERS


NAK LAWAN

AMERIKA IKUT

CARA HUTHI

AMIN

TAK PERLU 

CAKAP BANYAK

TEMBAK TERUS

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ikut Cara Lu, tadak teloq cabut lari mcm Menantu Abah.