Jumaat, 18 Oktober 2024

BETUL KE LAPORAN INI ?



Tentera Israel dakwa bunuh pemimpin Hamas, Yahya Sinwar


BAITULMAQDIS: Tentera Israel pada Khamis mendakwa pihaknya mungkin membunuh tiga pejuang termasuk pemimpin Hamas, Yahya Sinwar dalam operasi di Semenanjung Gaza.

"Pada peringkat ini, identiti individu itu tidak dapat disahkan," katanya dalam satu kenyataan.

Ia berkata, setakat ini tiada tanda-tanda tebusan Israel berada di bangunan di mana tiga pejuang itu didakwa terbunuh.

Setakat ini, tiada maklum balas segera daripada Hamas.

Al-Majd, laman web berkaitan Hamas yang biasanya menerbitkan mengenai isu keselamatan, menggesa rakyat Palestin supaya menunggu maklumat mengenai Sinwar daripada kumpulan itu sendiri dan bukannya media Israel, yang dikatakan bertujuan untuk mematahkan semangat mereka.

Jika disahkan, kematian Sinwar akan menjadi rangsangan besar kepada tentera Israel dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu selepas rentetan pembunuhan berprofil tinggi terhadap pemimpin terkemuka musuhnya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Radio Tentera Israel berkata, insiden itu berlaku semasa operasi darat di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza di mana tentera Israel membunuh tiga pejuang dan mengambil mayat mereka.

Ia berkata, bukti visual menunjukkan kemungkinan salah seorang lelaki itu adalah Sinwar dan ujian DNA sedang dijalankan. Israel mempunyai sampel DNA Sinwar dari tempohnya di penjara Israel.

Sinwar, ketua arkitek serangan 7 Oktober ke atas Israel yang mencetuskan perang Gaza, berada di bahagian atas senarai dikehendaki tentera rejim Zionis sejak itu. Tetapi, dia setakat ini mengelak daripada dikesan, berkemungkinan bersembunyi di dalam terowong yang dibina Hamas di bawah Gaza sejak dua dekad lalu.

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant menyiarkan mesej di platform media sosial X dengan petikan - "Kamu akan mengejar musuhmu dan mereka akan rebah di hadapanmu oleh pedang".

"Musuh kita tidak dapat bersembunyi, kita akan mengejar dan melenyapkan mereka."

Sebelum ini, Sinwar dinamakan sebagai ketua keseluruhannya berikutan pembunuhan bekas ketua politik Ismail Haniyeh di Tehran pada Julai.

Sekumpulan lelaki bersenjata pimpinan Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober, membunuh kira-kira 1,200 orang dan membawa lebih 250 tebusan ke Gaza.

Kempen Israel sebagai tindak balas membunuh lebih 42,000 orang, menjadikan sebahagian besar Gaza menjadi runtuhan dan menyebabkan kebanyakan penduduknya kehilangan tempat tinggal.

BETUL KE

LAPORAN INI ?

AMIN

YAHYA SINWAR

PENGGANTI

ISMAIL HANIYEH

YANG BARU SAHID

AMIN

KITA TUNGGU

DAN NANTI

KENYATAAN

DARI HAMAS

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berita yang masuk semua kena tapis dahulu.
Kita pun tak pasti media yang lapor itu berita betul atau propaganda
atau salah bendera atau hanya mengolah persetujuan atau sengaja nak buat kecoh dan hevoc.

Media jahat sengaja lapor berita yang wartawan dia kutip di tepi jalan. kemudian diolah jadi berita muka depan dan kita pun melompat terkejut membacanya. Walhal ketua editor media tu sedang ketawa terbahak2 sebab dengan berita palsu itu harga saham naik melonjak.

kalau media agen israel zionis, semua ketua musuh mereka sudah tembak bunuh bom dan letup dengan dron.
Walhal kita sendiri pun tak kenal mana satu musuh mana satu israel zionis.
Entah2 watak ketua hamas yang mati itu yang sengaja direka oleh agen propaganda untuk menaikkan moral tentera zionis sendiri.

Gwa percaya portal berita tukartiub je.
Amen

Tanpa Nama berkata...

tribun news tak ada cerita ke? Kah kah kah!