Isnin, 10 Februari 2025

KACAU SAUDI BIAR SISTEM RAJA DI HAPUS




Netanyahu saran negara Palestin ditubuhkan di Arab Saudi

ISTANBUL: Dunia Arab dan negara-negara Islam senada mengecam cadangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, supaya Arab Saudi menjadi lokasi baharu penubuhan negara Palestin.

Mereka menyifatkan cadangan berkenaan sebagai pencabulan terhadap kedaulatan kerajaan terbabit dan undang-undang antarabangsa dengan memaksa rakyat Palestin meninggalkan tanah air sendiri.

Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menegaskan bahawa cadangan Netanyahu itu bersifat perkauman serta antiperdamaian, termasuk pencabulan kedaulatan dan kestabilan Arab Saudi.

Memetik laporan Agensi Anadolu, kenyataan kementerian berkenaan sebagai menzahirkan sokongan penuh kepada Arab Saudi dalam menghadapi provokasi Israel, sekali gus menggesa masyarakat antarabangsa mengecam hasrat Netanyahu itu.

Turut senada mengecam kenyataan Netanyahu itu ialah Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang menegaskan, ia merupakan pelanggaran undang-undang serta konvensyen antarabangsa, selain menyasarkan kedaulatan Arab Saudi.

Setiausaha Agung PLO, Hussein Al-Shekih, menekankan bahawa negara Palestin hanya akan wujud di tanah Palestin.

Mesir juga tidak ketinggalan membidas kenyataan Netanyahu itu yang disifatkan sebagai langsung tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima sama sekali.

Justeru, Mesir tegas menolak kenyataan berisiko mengancam keselamatan dan kedaulatan Arab Saudi itu.

Seterusnya, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Sudan juga menyelar kenyataan Netanyahu itu dengan melabelnya sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap lunas undang-undang antarabangsa, termasuk Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Malah, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dianggotai 57 negara melihat kenyataan Netanyahu itu sebagai satu bentuk pembersihan etnik, jenayah dan pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa, sekali gus menafikan hak sejarah, politik serta perundangan rakyat Palestin terhadap tanah air sendiri.

KACAU SAUDI

BIAR SISTEM

RAJA HAPUS

AMIN

RAJA SAUDI

DIWUJUDKAN

OLEH BRITISH

AMIN

ZAMAN NABI

MANA ADA RAJA

AMIN

DALAM ISLAM

TAK ADA RAJA

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: