Jumaat, 26 Disember 2025

ADA RASUAH DALAM ANGKATAN TENTERA ?


SPRM panggil 3 individu bantu

 dan pertingkatkan siasatan 

libatkan projek tentera darat


KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil tiga individu untuk dirakam keterangan berhubung perolehan projek tentera darat.

Menurut sumber, tiga individu tersebut telah dipanggil semalam dan pada masa yang sama SPRM turut mempergiatkan siasatan yang dimulakan 23 Disember lalu dengan membuat semakan akaun disyaki terbabit rasuah perolehan.

“Semalam SPRM telah memanggil tiga individu untuk dirakam keterangan dan siasatan awal mendapati bermula 2023 sehingga 2025 perolehan Tentera Darat (TD) melebihi RM500,000 adalah sebanyak 158 projek, manakala bagi perolehan dibawah RM500,000 pula jumlah keseluruhan projek adalah 4,521.

“Semakan awal terhadap kesemua projek tersebut mendapati terdapat beberapa buah syarikat yang kerap memperoleh projek dengan nilai yang tinggi dan ia agak meragukan.

“Begitupun semakan terperinci masih belum dilakukan mengenai profiling syarikat-syarikat yang menerima kontrak ini,” kata sumber.

SPRM pada Rabu telah mengambil aduan dan merakam keterangan Chegu Bad mengenai perincian maklumat yang beliau perolehi.

Aktivis tersebut telah hadir untuk menyalurkan maklumat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya kira-kira pukul 12 tenghari hari.

Pada Selasa, pegawai SPRM telah hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau menegaskan semua siasatan dijalankan secara bebas dan profesional, berasaskan fakta serta bukti, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.


RASUAH DALAM

TENTERA INI

DAH LAMA

BERLAKU

AMIN

DALAM HAL BELI

SENJATA

AMIN

DALAM HAL

BELI MAKANAN

AMIN

TAPI BELUM

SAMPAI TAHAP

TENTERA MEMBUAT

DASAR NEGARA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: