Jumaat, 26 Disember 2025

BANGLADESH ZINDABAD !!!



PRU Bangladesh: Lebih 740,000 daftar undi pos termasuk 41,469 dari Malaysia


DHAKA: Lebih 740,000 pengundi, termasuk lebih 534,000 warga Bangladesh di pelbagai negara seluruh dunia, telah mendaftar untuk mengundi melalui pos bagi pilihan raya umum (PRU) yang dijadualkan berlangsung pada 12 Februari tahun depan, lapor United News of Bangladesh (UNB).

Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) Bangladesh melancarkan aplikasi 'Postal Vote Bd' bagi Pengundian Luar Negara (OCV) pada 19 November lalu, manakala untuk Pengundian Pos Dalam Negara (ICPV) pula 17 Disember.

"Aplikasi 'Postal Vote Bd' akan kekal dibuka untuk pendaftaran semua pengundi yang layak hingga 31 Disember ini," kata Pengarah Sekretariat EC (Perhubungan Awam), Ruhul Amin Mollik, semalam.

Walaupun sistem pengundian pos telah lama diperuntukkan dalam undang-undang, ia tidak pernah dipraktikkan pada pilihan raya Bangladesh sebelum ini.

Ini adalah kali pertama EC memperkenalkan sistem pengundian pos hibrid yang berkesan dan disokong teknologi maklumat (IT).

Ia sekali gus membolehkan warga asing, kakitangan kerajaan yang ditempatkan di luar kawasan pilihan raya masing-masing, petugas pengundian serta individu yang berada dalam tahanan sah, untuk menggunakan hak mengundi melalui gabungan pendaftaran digital serta pengundian manual.

Setakat jam 7.05 malam tadi (waktu tempatan), seramai 740,412 telah berdaftar sebagai pengundi pos bagi PRU Februari depan.

Daripada jumlah itu, seramai 205,942 pengundi pos berdaftar dari Bangladesh, manakala 534,470 lagi adalah warga Bangladesh di luar negara seluruh dunia.

Dalam kalangan mereka di luar negara, jumlah tertinggi adalah dari Arab Saudi (155,535), diikuti Qatar (57,521), Oman (43,484), Malaysia (41,469), Emiriah Arab Bersatu (30,713), Amerika Syarikat (25,557), Kuwait (22,975), United Kingdom (21,299) dan Singapura (17,471).

Seterusnya Itali (15,232), Kanada (11,990), Bahrain (11,422), Korea Selatan (10,159), Australia (9,405), Jepun (7,475), Maldives (6,968), Perancis (5,783), Portugal (5,320), Afrika Selatan (5,110), Jerman (4,392), Sepanyol (2,532), China (1,905), Finland (1,713), Poland (1,617), Brunei (1,317), Sweden (1,229) dan Ireland (1,137).

Menurut jadual pilihan raya, tarikh akhir penyerahan kertas pencalonan ialah pada 29 Disember, manakala tarikh akhir penarikan diri calon pula 20 Januari depan.

Kempen pilihan raya dijadualkan bermula 22 Januari depan hingga 48 jam sebelum tempoh pengundian (jam 7.30 pagi 10 Februari).

PRU AKAN

DI JALANKAN

AMIN

TERBAIK UNTUK

BANGLADESH

AMIN

WARGA BANGLA

PENYUMBANG

TENAGA KERJA 

DI SELURUH DUNIA

AMIN

KITA SALUT 

SELAMAT DATANG

 PADA

WARGA BANGLA

YANG BERADA

DI MALAYSIA

KHALAS

Tiada ulasan: