ORANG RAMAI
NAK TAHU BILA
SPRM NAK TANYA
BERAPA HARTA
FARHASH?
AMIN
MAKA
TEATER AZEEZ
DI PENTAS UNTUK
LAWAN WAYANG
NAJEEB BEEBAS
KAH KAH KAH
AZEEZ & NAJEEB
SATU GENG
MEROMPAK
TABUNG HAJEEE
KAH KAH KAH
KHALAS
SPRM minta Azeez Rahim, keluarga isytihar harta dalam tempoh sebulan
KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan notis kepada bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Azeez Abdul Rahim dan ahli keluarganya supaya mengisytiharkan harta masing-masing dalam tempoh sebulan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman, berkata pihaknya menyerahkan notis berkenaan kepada Azeez, ahli keluarga termasuk anak-anaknya minggu ini mengikut peruntukan undang-undang.
Menurutnya, borang tertentu turut diberikan kepada pihak terbabit bagi tujuan pengisytiharan dan pelaporan harta kepada SPRM.
"Kami juga sudah menyerahkan notis kepada Datuk Seri Azeez dan ahli keluarganya untuk mengisytiharkan hartanya dalam tempoh sebulan seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang.
"Notis berkenaan disampaikan kepada beliau dan ahli keluarganya dan ada borang tertentu diberikan bagi pelaporan harta tersebut dilakukan atau dilaporkan kepada pihak SPRM," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Menembak SPRM Bersama Media di Maktab Penjara Kajang hari ini.
Pada 9 September lalu, Abdul Azeez didakwa atas satu pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM.
Setakat 18 September, SPRM sudah mendakwa enam individu berkaitan lapan isu atau kes dalam rangka siasatan RCI Tabung Haji, manakala lima lagi siasatan masih berjalan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan