Sabtu, 19 September 2026

KERAJAAN TITIK


DULU BANGGA

KLIM

KERAJAAN TITAH

AMIN

SEKARANG

PADAN MUKA

KENA TITIK

KHALAS


Anwar, kerajaan


bertanggungjawab 


terhadap


 pengampunan Najib - 


LFL


Pengarah Lawyers for Liberty, Rania Aljunied berkata Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim dan kerajaan pimpinannya perlu memikul “tanggungjawab penuh” terhadap pengampunan yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Dalam kenyataan hari ini, Rania berkata anggota Lembaga Pengampunan mempunyai kaitan dengan kerajaan atau dilantik atas nasihat Putrajaya.

Dia turut merujuk Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong menjalankan kuasa pengampunan atas nasihat Lembaga Pengampunan, selain kes Mahkamah Rayuan pada 2023 yang melibatkan Anwar dan peguam Khairul Azam Abdul Aziz.

Dalam kes itu, hakim memutuskan bahawa “kuasa prerogatif pengampunan diraja merupakan kuasa eksekutif”.

“Adalah mustahil dari segi undang-undang dan perlembagaan untuk Anwar dan kerajaan melepaskan diri daripada tanggungjawab berhubung pembebasan Najib dari penjara untuk menjalani tahanan di rumah atau berpura-pura bahawa mereka tidak mempunyai kaitan dengannya,” katanya.

Dia menggesa Lembaga Pengampunan bersidang semula dan memberikan “nasihat yang disemak semula” kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan peruntukan perlembagaan serta prinsip kedaulatan undang-undang.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberikan pengampunan kepada Najib, membolehkan dia menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan di rumah, dengan syarat bekas Ahli Parlimen Pekan itu membayar denda RM50 juta serta mematuhi semua syarat yang ditetapkan.

Sebagai respons, Anwar bin Ibrahim berkata pengampunan tersebut berada di bawah budi bicara mutlak Agong, manakala tanggungjawabnya sebagai perdana menteri hanyalah memberikan nasihat berkaitan implikasi undang-undang, kestabilan negara dan kedaulatan undang-undang.

Dia memberi jaminan bahawa komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah tidak terjejas dan pendirian yang sama turut disahkan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Perdana Menteri berkata pengampunan itu tidak bermakna negara tunduk kepada rasuah atau perbuatan mencuri.

Sementara itu, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menggesa kerajaan mendedahkan kepada umum maklumat berkaitan keputusan pengampunan Najib, termasuk asas undang-undang bagi penahanan di rumah, semua syarat yang dikenakan terhadap bekas perdana menteri itu, pemantauan dan penguatkuasaan syarat berkenaan, serta mekanisme perlindungan bagi mengelakkan persepsi wujudnya 'dwistandard'.

Pengarah Eksekutif CIJ, Wathshlah G Naidu, mengulangi tuntutan supaya undang-undang hak kepada maklumat diwujudkan, selain menekankan komitmen kerajaan Madani terhadap kebertanggungjawaban.

"Agenda antirasuah yang berwibawa tidak boleh hanya bergantung kepada siasatan dan pendakwaan kes rasuah.

"Ia juga mesti menjamin ketelusan dalam institusi dan proses yang menentukan bagaimana hukuman yang dikenakan terhadap rasuah kemudiannya diubah atau dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda PKR (AMK), Kamil Abdul Munim berkata pengampunan Najib tidak memadamkan kesan skandal 1MDB terhadap reputasi dan kewangan Malaysia.

Sambil menegaskan bahawa sayap itu menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong, Kamil berkata kerajaan masih menanggung liabiliti sekurang-kurangnya RM20.1 bilion, termasuk obligasi sukuk 1MDB berjumlah RM8.9 bilion.

"Setiap sen yang disalurkan bagi membayar faedah dan prinsipal hutang 1MDB ini adalah dana yang terpaksa dikorbankan daripada perbelanjaan pembangunan negara.

"Dana berbilion ringgit tersebut sepatutnya disalurkan untuk membina sekolah baharu, menaik naik taraf kemudahan hospital awam, memperkasakan infrastruktur luar bandar, serta menyediakan bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Semalam, Peguam Negara Dusuki Mokhtar mengesahkan bahawa pengampunan tersebut hanya terpakai terhadap hukuman penjara yang dikenakan ke atas Najib dalam kes SRC International. Dalam kes berkenaan, Najib disabitkan atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM42 juta.

Najib pertama kali disabitkan bersalah atas semua pertuduhan oleh Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 selepas perbicaraan yang panjang. Dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.

Najib mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya dan mengekalkan sabitan tersebut.

Bagaimanapun, pada 29 Januari 2024, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara 12 tahun kepada enam tahun dan denda RM210 juta kepada RM50 juta.

Najib mungkin perlu kembali ke penjara kerana dia masih berdepan beberapa kes jenayah lain di mahkamah.

Antaranya ialah hukuman penjara 15 tahun yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lalu selepas dia disabitkan atas 25 pertuduhan dalam satu lagi kes berkaitan 1MDB. Mahkamah turut memerintahkan Najib membayar denda RM11.38 bilion.



Tiada ulasan: