Jumaat, 2 Ogos 2024

LGBT SOKONG KERAJAAN TERENGGANU



Kes tempat duduk asing ikut jantina di stadium

MENJADI kelaziman dalam politik Malaysia di mana ada dasar tertentu yang disalah faham dan tidak dipersetujui hingga akhirnya membawa kepada kekecohan.

Begitu juga keadaannya apabila kerajaan negeri Terengganu mengumumkan keputusannya baru-baru ini untuk menyediakan kawasan khas tempat duduk untuk penonton wanita di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus.

Menurut pihak berkuasa, keputusan itu bertujuan untuk mencegah percampuran bebas lelaki dan perempuan ketika menonton perlawanan bola sepak, dan ia adalah langkah untuk pematuhan syariah.

Pemimpin negeri itu jelas sedar yang kebebasan bercampur lelaki dan perempuan membawa kesan yang teruk.

Dibimbangkan keadaan seperti itu menjurus kepada insiden tidak diingini dalam kalangan remaja perempuan, hingga menyebabkan hamil luar nikah.

Langkah pencegahan ini juga dapat membantu kerajaan negeri mengurangkan bebanan kewangan untuk menambah lebih ramai pegawai agama yang perlu memantau aktiviti tidak bermoral seperti khalwat di kawasan tertutup atau hotel murah.

Duit awam yang dapat dijimatkan dengan cara ini boleh digunakan untuk perkara lebih baik, contohnya menangani isu miskin tegar dan pengangguran. Bertentangan dengan persepsi popular, kerajaan negeri tahu apa keutamaan mereka.

Sebagai respons, ada segolongan rakyat Malaysia yang mendukung liberalisme, pluralisme dan hak asasi manusia mula bersatu untuk membantah keputusan itu.

Dalam mereka terburu-buru hendak mengutuk tindakan kerajaan negeri, pengkritik ini terlepas pandang aspek positif lain dalam dasar pengasingan jantinan itu, di mana dalam jangka masa panjang ia dapat meningkatkan standard bola sepak, dan kemudiannya aktiviti sukan yang lain.

Pengasingan penonton lelaki dan perempuan boleh mengelak sebarang gangguan, jadi fikiran mereka hanya akan tertumpu kepada bola itu.

Hanya apabila penonton, tidak kiralah apa jantinanya, fokus kepada perlawanan bola sepak itu membolehkan pemain jadi sangat bersemangat dan bertenaga untuk bermain sebaik mungkin untuk meraih rasa hormat dan tepukan gemuruh daripada penonton.

Secara ringkasnya, perhatian penonton yang tidak berbelah bahagi terhadap perlawanan itu akan menghantar isyarat kepada pemain, mereka datang ke stadium untuk menonton perlawanan yang bagus dan profesional. – 2 Ogos, 2024.


LESBIAN

MAK NYAH

PENKID SATU

KAWASAN SELAMAT

AMIN

JAMBU GAYBOY

SATU TEMPAT LAGI

AMIN

INI PERJUANGAN

ASAS LGBT

AMIN

HANYA KERAJAAN

TERENGGANU

BERANI MENJAYAKAN

DASAR SOKONG

LGBT INI

KHALAS

LAGI SENJATA DARI BLACKROCK UNTUK ISRAEL


Biden, Netanyahu bincang penempatan tentera AS untuk sokong Israel

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, dalam panggilan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, membincangkan penempatan tentera pertahanan AS yang baharu untuk menyokong Israel.

Menurut kenyatan dikeluarkan Rumah Putih, skop bantuan itu adalah khusus bagi menghadapi ancaman seperti serangan peluru berpandu dan dron.

"Presiden membincangkan usaha untuk menyokong pertahanan Israel menangkis ancaman peluru berpandu balistik dan dron selain penempatan pasukan pertahanan tentera AS di Israel," katanya.

Biden juga memberitahu Netanyahu bahawa Washington komited untuk mempertahankan keselamatan Israel 'terhadap semua ancaman dari Iran', kata Rumah Putih, selepas pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas di Tehran.

Biden, yang disertai oleh Naib Presiden merangkap calon presiden Demokrat, Kamala Harris, turut menekankan 'usaha berterusan untuk meredakan ketegangan yang lebih meluas di rantau itu', kata Rumah Putih.

Gesaan mempertingkatkan pertahanan itu dibuat selepas Israel mengumumkan ia telah menghapuskan komander tentera Hizbullah, Fuad Shukr, di Beirut.

Bagaimanapun, kerajaan Netanyahu tidak mengulas mengenai pembunuhan pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran, namun kumpulan pejuang Palestin tetap menyalahkan Israel.

Biden menegaskan komitmennya terhadap keselamatan Israel merangkumi semua ancaman dari Iran, termasuk kumpulan pejuang proksinya, Hamas, Hizbullah, dan Houthi, kata Rumah Putih memetik kenyataan bersama Biden dan Netanyahu.

Hamas, Hizbullah dan pemberontak Houthi di Yaman semuanya mendapat sokongan daripada Iran.

Israel berkata pembunuhan Shukr adalah tindak balas kepada tembakan roket daripada kumpulan pejuang di Lubnan minggu lalu yang mengorbankan 12 kanak-kanak dan remaja di Dataran Tinggi Golan yang diilhakan Israel.

Pejuang Hizbullah berbalas tembakan hampir setiap hari dengan Israel di selatan Lubnan sejak bermulanya perang di Gaza 7 Oktober lalu. - AFP

SENJATA DARI

BLACKROCK

AKAN DIBEKAL

KEPADA ISRAEL

AMIN

INDUSTRI PERANG

TERUS MAJU

MENGAUT UNTUNG

AMIN

KHALAS

SANUSI SEMPOI


SANUSI SEMPOI

KAH KAH KAH

BOLEH PAS

BOLEH BERSATU

AMIN

BOLEH UMNO

BOLEH DAP

KHALAS

BETULKE ANWAR SOKONG PALESTIN ?


BETULKAH

ANWAR SOKONG

PALESTIN?

AMIN

Rank&File commented on
 "ISMAIL HANIYEH DI BUNUH DENGAN ROKET PELURU BERPANDU"

PMX Kata kawan baik dengan Pak Mail Haniyeh. Kalau betul tak kan nak teruskan jual share MAHB pada sekutu pembunuh kawan baik. Bila lagi nak buktikan solidariti kalau bukan sekarang. Tapi knowing cakap tak serupa bikin punya manusia saya tak fikir friendship means anything to him.

KENA PAU OLEH BLACKROCK


KENA PAU OLEH

 BLACKROCK

KHALAS

khairi rani commented on 
"BLACKROCK
 ADA PERANGKAP ?"

tidak terkejut. tiada yang pelik
kerana adat orang yang bermasalah memang akan kena pau.
tidak susah untuk faham logik ini.

JENAYAH


JENAYAH

JUMAAT 2 OGOS 2024
JENAYAH MAKIN MENJADI JADI
HARI HARI KITA TERBACA
KES BUNUH
KES SAMUN
KES CURI
KES PUKUL

PALING BANYAK
KES RASUAH
MAKIN MENJADI JADI
DIKALANGAN YANG BERKUASA

BILA EKONOMI BURUK
BILA EKONOMI MERUNDUM
KES CURI
KES PECAH RUMAH
KES TIPU 
AKAN BERTAMBAH
SEMUA INI MENJADIKAN
KITA TIDAK SELESA

PALING MEMERANJATKAN
BILA POLIS JADI PENCURI
POLIS MENANGKAP POLIS
INI BERAT
INI TANDA NEGARA MAKIN SAKIT
AMIN

IRAN
ISMAIL HANIYEH
SELAMAT DIKEBUMIKAN
DI TEHRAN

TAIWAN
KUMPULAN PEMBUAT PENGEDAR
PORNO DI TANGAKAP POLIS
INI PENANGKAPAN TERBESAR
BERATUS DI TANGKAP
PENYEBAR GAMBAR LUCAH
KANAK KANAK

UKRAINE
KUMPULAN PERTAMA
JET PEJUANG F16
SAMPAI KE KYIV

BANGLADESH
LEBIH DARI 10 RIBU
PELAJAR TELAH DI TANGKAP
DI TUDUH TERLIBAT
DALAM DEMO ANTI KERAJAAN

LEBANON
PEMIMPIN HIZBULLAH
NASARULLAH BERI AMARAN
PADA ZIONIS ISRAEL
GARIS MERAH TELAH DILINTASI

AMERIKA - RUSIA
PERTUKARAN TAHANAN
DARI JIL AMERIKA
DARI JIL RUSIA
DI BAWA KE ISTAMBUL
UNTUK PEMBEBASAN

HOKKIEN
PAGI INI KERING SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU TERBENTANG
KL SENTRAL CERAH
KL BUKIT BINTANG BERJEREBU

TIONG RIUH
TERKUKUR BERSUARA
DISANA SINI
CHIP CHIP CHIP
TWEET TWEET TWEET
MENJADIKAN PAGI INI INDAH

HARI INI AKAN PANAS
PANAS SAMPAI KE MALAM
MALAM MUNGKIN BERANGIN
UNTUK MENYAMBUT HUJUNG MINGGU

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI JUMAAT

BRO
LU BELAJAR LAH
UNTUK PERCAYA PADA
ORANG LAIN

BRO
BUATLAH PERKARA YANG BETUL
WALAU PUN INI
AKAN MEMERANJATKAN
KAWAN KAWAN

BRO
KALAU SEMUA GAGAL
PERGI CARI
WARUNG  TOMYAM
DAN MAKAN NASI GORENG

LAKUKAN SEKARANG 
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT