Jumaat, 2 Ogos 2024

LAGI SENJATA DARI BLACKROCK UNTUK ISRAEL


Biden, Netanyahu bincang penempatan tentera AS untuk sokong Israel

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, dalam panggilan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, membincangkan penempatan tentera pertahanan AS yang baharu untuk menyokong Israel.

Menurut kenyatan dikeluarkan Rumah Putih, skop bantuan itu adalah khusus bagi menghadapi ancaman seperti serangan peluru berpandu dan dron.

"Presiden membincangkan usaha untuk menyokong pertahanan Israel menangkis ancaman peluru berpandu balistik dan dron selain penempatan pasukan pertahanan tentera AS di Israel," katanya.

Biden juga memberitahu Netanyahu bahawa Washington komited untuk mempertahankan keselamatan Israel 'terhadap semua ancaman dari Iran', kata Rumah Putih, selepas pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas di Tehran.

Biden, yang disertai oleh Naib Presiden merangkap calon presiden Demokrat, Kamala Harris, turut menekankan 'usaha berterusan untuk meredakan ketegangan yang lebih meluas di rantau itu', kata Rumah Putih.

Gesaan mempertingkatkan pertahanan itu dibuat selepas Israel mengumumkan ia telah menghapuskan komander tentera Hizbullah, Fuad Shukr, di Beirut.

Bagaimanapun, kerajaan Netanyahu tidak mengulas mengenai pembunuhan pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran, namun kumpulan pejuang Palestin tetap menyalahkan Israel.

Biden menegaskan komitmennya terhadap keselamatan Israel merangkumi semua ancaman dari Iran, termasuk kumpulan pejuang proksinya, Hamas, Hizbullah, dan Houthi, kata Rumah Putih memetik kenyataan bersama Biden dan Netanyahu.

Hamas, Hizbullah dan pemberontak Houthi di Yaman semuanya mendapat sokongan daripada Iran.

Israel berkata pembunuhan Shukr adalah tindak balas kepada tembakan roket daripada kumpulan pejuang di Lubnan minggu lalu yang mengorbankan 12 kanak-kanak dan remaja di Dataran Tinggi Golan yang diilhakan Israel.

Pejuang Hizbullah berbalas tembakan hampir setiap hari dengan Israel di selatan Lubnan sejak bermulanya perang di Gaza 7 Oktober lalu. - AFP

SENJATA DARI

BLACKROCK

AKAN DIBEKAL

KEPADA ISRAEL

AMIN

INDUSTRI PERANG

TERUS MAJU

MENGAUT UNTUNG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: