Isnin, 28 September 2026

PAGI INI

 

PAGI INI




PAGI INI

SENIN 28  SEPTEMBER 2026

PBB MASIH BERSIDANG


IRAN TERUS MEMBEDIL KAPAL AMERIKA
Mat Teram tolak cadangan Iran untuk membuka Selat Hormuz.

Jawapan Iran ialah  menyerang kapal  Amerika yang cuba mengawal Selat Hormuz.

TAPI BERITA  ini tidak di laporkan oleh media arus perdana. KENAPA ? Untuk jaga agar harga minyak tidak naik. Ini manipulasi pasaran minyak.

ANSARALLAH 
Kini perang hebat sedang berlaku di atas bukit berhadapan dengan Selat Bab Al Mandap. Ansarallah mahu  menawan bukit  strategik ini. 

Sapa menduduki  bukit ini boleh letak senjata dan kontrol Selat Bab Al Mandap. Amin.

GILA
Kegilaan terjadi bila Mukriz yang klim jadi Yam Tuan Negeri Sembilan buang EXCO kerajaan negeri.

Mamat ini dah mental. Mamat ini mana ada kuasa untuk buang orang tak  seneneh arah – kah kah kah.

Ni bukan kerja Raja – ini kerja Menteri Besar.

Lagi cepat Mangkuk hayun ini belah lagi cepat  krisis N9 selesai. Amin

HOKKIEN
Pagi ini indah  kering berangin -  langit kembali biru. KL & KL Sentral masih berjerebu tapI dah kurang. Matahari bersinar indah – cahaya membakar pipi.

Dekat Pintu Masuk Siti Solo muncul terus bergurau dengan Tak Tak.

Tim Mak Tetek Lanjut datang makan. Tiong Laki Bini pun datang makan. Siti Solo tak masuk sama makan.

Berjalan ke Wakaf Tiga gua nampak Geng Putih  - ramai berkejar -– mereka dah tahu pasti ada nasi. Gua gumbira pagi ini ramai datang makan.

Pagi ini gua bersenam kerana jerebu dah kurang. Jantan Putih Baik menjalar menunggu gua. Tak Tak menjalar di tengah jalan.

Satu kumpulan Pipit tebang rendah. 

Berjalan pulang di Wakaf Satu gua dengar suara Tiong – gua tabur friskies – Laki Bini turun makan.  

Dekat Pintu Masuk   Siti Solo muncul  sekali lagi. Dia  dapat hati ayam dan keropok. Siti ini tahu dia spesial.

Dalam Hutan Belukar gua dengar suara Ayam Betina berketak – tak henti. Baru bertelur atau telor di makan ular ?

Hari ini akan panas – Tak Tak sedang  menjalar berjemur di balkoni – Tak Tak  dah makan sebiji telor rebus.

Jika hujan datang lagi – Kuala Lumpur jadi indah. Amin.

BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI SENIN
DENGAN SENYUMAN

BRO
Lu lihat daun gugur – daun beri kamu pelajaran : dalam hidup ini semua berubah.

BRO
Daun yang jatuh itu pasti memiliki cerita kesah dirinya sendiri.

BRO
Dalam kehidupan macam daun - ada masa ia berkembang – ada asa ianya gugur. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKERJA















Ahad, 27 September 2026

IRAN TERUS SERANG KAPAL PERANG AMERIKA

 

IRAN TERUS SERANG

KAPAL PERANG

AMERIKA

KHALAS

DALAM LOKAP DALAM PENJARA BOLEH DAPAT GANJA?


DALAM LOKAP

DALAM PENJARA

BOLEH DAPAT

 GANJA KE?

KHALAS

SAPA PAKSA MB TANDA TANGAN ?

 

SAPA PAKSA

MB TANDA TANGAN

SAMPAI SEKARANG

BELUM TERJAWAB

KHALAS


Zahid jumpa 25 Adun BN, PN bincang krisis N Sembilan malam ini



Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, akan bertemu dengan kesemua 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada BN, PAS dan Wawasan malam ini bagi membincangkan penyelesaian yang mungkin bagi krisis politik dan pentadbiran di Negeri Sembilan.

Kesemua 25 wakil rakyat itu membentuk lebih dua pertiga daripada jumlah keseluruhan Adun di negeri tersebut dan merupakan blok yang sebelum ini menyokong kerajaan negeri; pendirian mereka amat penting bagi sebarang penyelesaian politik susulan penamatan perkhidmatan 10 ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco).

Zahid berkata pertemuan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur itu — tempat sama Zahid merasmikan kongres tahunan ke-18 Parti Makkal Sakti — bertujuan menyelaras usaha serta mendengar cadangan daripada Adun terbabit.

"Saya sendiri malam ini akan mengadakan mesyuarat bersama seluruh Adun BN dan Adun PAS dan Wawasan di bangunan ini (WTC) untuk saya koordinasikan, dengan tanpa niat campur tangan, tapi untuk mencari jalan penyelesaian terbaik konflik di Negeri Sembilan," kata Presiden Umno itu pada sidang media hari ini.

Dia berkata beberapa pilihan akan dibincangkan, termasuk hala tuju pentadbiran negeri susulan penamatan perkhidmatan 10 ahli exco berkenaan.

"Malam ini kita akan bincangkan beberapa pilihan. Tetapi keseluruhan 25 Adun yang ada yang membentuk lebih 2/3 dari mandat diberikan mesti diberikan keutamaan.

"Penyelesaiannya akan datang daripada mereka untuk saya dengar apa pilihan terbaik untuk kita selesaikan masalah," kata Zahid ketika ditanya sama ada barisan exco baru akan dilantik.

Pembatalan pelantikan 10 ahli exco itu telah diwartakan pada 24 September, dengan penamatan perkhidmatan mereka berkuat kuasa mulai 20 September.

Zahid menyatakan bahawa pembatalan itu kini menjadikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, sebagai satu-satunya individu yang secara rasmi masih memegang jawatan dalam kerajaan negeri.

"Oleh kerana menteri besar seorang sahaja berada dalam kerajaan negeri secara rasmi, tentunya masalah Negeri Sembilan perlu ditangani oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, adat dan peraturan-peraturan yang sedia ada di Negeri Sembilan," katanya.

Sehubungan itu, Zahid berkata dia telah memberikan mandat kepada Ismail untuk mencari penyelesaian secara harmoni di peringkat negeri.

Dia berkata usaha itu harus merangkumi langkah menghadap Yang di-Pertuan Besar, Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin, Datuk Syahbandar dan tokoh-tokoh lain dalam hierarki adat Negeri Sembilan.

“Yang penting rakyat mesti diberikan keutamaan. Masalah mereka mesti ditangani.

"Apa yang telah berlaku dan sedang berlaku kita cari penyelesaian baik di peringkat negeri. Dan tentunya kita tidak mahu keadaan menjadi semakin keruh.

"Rakyat tidak boleh dimangsakan dalam situasi ini," katanya.

Desakan agar Majlis Raja-Raja campur tangan semakin meningkat susulan kebuntuan berhubung krisis di negeri berkenaan.

Pakar undang-undang perlembagaan, Abdul Aziz Bari, menyatakan bahawa Majlis Raja-Raja berada pada kedudukan yang tepat untuk membantu menyelesaikan kebuntuan tersebut, sambil mencadangkan agar satu mesyuarat khas diadakan bagi mengesyorkan langkah penyelesaian.

Sementara itu, peguam Haniff Khatri Abdulla mencadangkan supaya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menubuhkan tribunal khas bagi menyelesaikan pertikaian tersebut.

Haniff turut mencadangkan pelaksanaan darurat sementara di Negeri Sembilan sementara menunggu penubuhan tribunal itu, dengan merujuk kepada Perkara 40(2)(c) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan Agong meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan bagi perkara yang melibatkan keistimewaan, kedudukan, penghormatan dan kemuliaan raja-raja.

Abdul Aziz dan Haniff sebelum ini pernah muncul sebagai tetamu dalam episod "Explain Sikit Kini" terbitan KiniTV.

Ketika ditanya hari ini sama ada dia bersetuju dengan desakan supaya Majlis Raja-Raja campur tangan, Zahid menyerahkan perkara itu kepada pihak raja-raja.

"Persoalan Negeri Sembilan berbeza dengan negeri-negeri lain. Dan kita harus menghormati institusi raja dan adat di Negeri Sembilan," katanya.

Walau bagaimanapun, Zahid menolak cadangan pelaksanaan darurat.

"Saya tidak fikir ia harus menuju ke arah itu kerana tidak ada sebarang kekecohan (dari segi) keamanan di Negeri Sembilan.

"Tak perlu fikir pun walaupun ada dengar di hujung telinga. Pasti ada pilihan lebih baik daripada darurat," katanya.




KES ADAT - MAT BURUT GUNA POLIS


MAT BURUT

GUNA POLIS

PASAI APA?

KAH KAH KAH

ANCAM GERTAK 

PASAI APA?

AMIN

SAH  MAT BURUT

LEBIH ZALIM

DARI MAHATHIR

KHALAS


10 Exco Negeri Sembilan dirakam percakapan esok – KPN


KUALA LUMPUR – Seramai 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan akan dirakam keterangan berkaitan isu adat dan perlembangaan yang berlaku di negeri itu bermula esok. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, pihak polis akan mengambil keterangan kesemua exco berkenaan bermula Isnin ini di Negeri Sembilan.

“Tindakan ini bagi membantu siasatan berdasarkan laporan-laporan polis yang dibuat dan diterima sebelum ini,” katanya dihubungi media hari ini.






PUKI MAK NAK LETAK JAWATAN LETAKLAH

 

RAKYAT DAH BOSAN

DEAN TEATER DAP

AMIN

WOIT !

PUKEE MAK 

NAK LETAK JAWATAN

BERAMBUS LAH

KHALAS